Sunday 28 July 2013

Homemade Sos Tomato

Assalamualaikum & Salam Ramadhan....

Baru berkesempatan nk update blog hari nie. Td dh buka laptop nk update blog. Sekali baby zara pun kacau. Hmmmm, mmg x blh update sbb baby zara nie suka tekan2 laptopnya. huhuhu... So skrg baby zara dh tido, blh la mama buat keje sikit. Pagi td sibuk mengemas rumah. Skrg br free. Hari nie x payah masak. Sbb hubby ajak pegi bazar Ramadhan ptg nanti. Fuhhh, lega. Kalau x puas duk fikir nk masak apa hihihihi...
homemade sos tamato
Ok la,  hari jumaat lepas ina ada buat homemade sos tomato. Senang kalau dh ada sos tamato nie. Blh mkn dgn pasta. Ina dapat resepi homemade sos tomato nie dari blog saya hot. Bahan yg digunakan pun senang. Lagi satu homemade sos tomato nie mmg mudah disediakan. Kalau ikutkan resepi asal, tomato yg digunakan 6 biji. Tp sbb ina baru nk cuba buat, so ina guna 3 biji tomato jer. Bahan2 yg lain pun ina kurangkan separuh. Jom kita tgk bahan2 & cara membuat homemade sos tomato.
bahan2 yg digunakan utk membuat sos tomato
Bahan-bahan
3 biji tomato
1/2 bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil unsalted butter

Cara-cara
1. Kisar bawang besar & bawang putih.
2. Potong tomato kpd 6 bahagian.
3. Rebus tomato dlm air sehingga kulit tomato hampir tertanggal dari isi.
4. Buangkan kulit & biji dari isi.
5. Kisar tomato yg telah direbus.
6. Tumis bawang yg telah dikisar sehingga naik bau dgn unsalted butter.
7. Masukkan tomato yg telah dikisar.
8. Masak sehingga sos tomato menjadi pekat.
9. masukkan dlm bekas2 yg kecil utk dibekukan dlm frezer.
tomato direbus sekejap
tomato yg telah dikisar
tomato dimasak sehingga pekat utk menghasilkan sos

SUMBER: http://heavilyspiced.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...