Thursday 31 January 2013

BABY ZARA DAH BOLEH DUDUK SENDIRI

YEAYYYY, BABY ZARA DH BLH DUDUK SENDIRI
Baby zara dh blh duduk??? Mmg baby zara blh duduk sendiri dgn bantuan mama & daddy. hihihihi... Sebelum nie baby zara duduk atas riba je. Masa tu kt umah auntie norizan (mak angkat hubby). Sambil2 tgh tunggu hubby buat kelas anak auntie, ina pun cuba dudukkan baby zara. Alhamdulillah, tegak je dia duduk. Cuma kdg2 je t'senget2. Maknanya pinggang baby zara dh kuat. Cuma belum pandai duduk sendiri lg. Selalunya baby blh duduk sendiri bila baby dh start merangkak. Baby zara merangkak pun belum lg. Suka sgt tgk baby zara duduk. Comel je. Terus hubby, auntie & anak auntie snap gambar baby zara. Baby zara jd model kjp. hihihihi.... Jom kita layan pic baby zara duduk.
BULATNYA MATA BABY ZARA
DAH DUDUK PUN JARI MASIH DLM MULUT
Masa nk blk auntie ajak g mkn dulu. Sampai kt food court hubby dudukkan baby zara kt kerusi baby. Suka baby zara duduk kt situ. Lps nie kalau pegi mkn blh la baby zara duduk kt kerusi baby kalau x bwk stroller. (*_*)
SUKANYA DPT DUDUK KT KERUSI BABY
COMEL X SAYA???? 
BABY ZARA WITH UNCLE & AUNTIE

MANGKUK MAKANAN PERTAMA BABY ZARA

Tadaaaaaa.... Nie la set mangkuk makanan p'tama utk baby zara. Set mangkuk Brand Combi. Mangkuk nie ina & hubby beli kt AEON (JUSCO), 1 Utama semalam. Mmg b'kenan sgt dgn mangkuk yg comel nie. Warnanya pun menarik. Tp harganya agak mahal iaitu RM29.90 . X pe la. Utk baby zara. Lg pun mangkuk nie tebal. Antara ciri lain yg m'buat ina & hubby t'tarik utk beli mangkuk nie ialah BPA free & blh masuk dlm microwave. Selain dari tu, set nie ada penutup, pinggan kecik & sudu jgk. Sbb ina tgk ada mangkuk makanan yg x de penutup. Yg set mangkuk ina beli nie kira lengkap la. 
Kalau nk tau yg warna kuning tu penutup mangkuk. Pinggan kecik yg warna putih tu utk letak makanan baby zara. Mmg kecik pinggannya. Tp ok la utk baby zara. Bkn byk pun baby zara mkn utk p'mulaan nie. So yg mangkuk warna oren tu ina nk letak air. Air pun x byk sbb baby zara masih fully breastfeed. Nanti baby zara dh besar sikit baru belikan mug utk dia. So esk ina akan mulakan projek bg baby zara mkn. Tugas baru utk ina. Yeayyyy. Kalau nak tau baby zara mkn apa, kita tunggu esk. Surprise!!!!!

Wednesday 30 January 2013

KHASIAT BUAH DELIMA

Nie la buah yg ina teringin nk mkn masa pregnant. Kalau korang nk tau, masa ina tgh pregnant susah sgt nk dptkan buah nie sbb belum musim buahnya lg. Puas hubby & ina cari kt kedai buah. Langsung x jumpa. Akhirnya, masa ina blk muar dpt jgk buah nie. X ingat bulan brpa masa tu. Masa tu hubby pegi pasar. Sekali blk dr pasar hubby ckp hubby ada belikan buah delima. Alhamdulillah, dpt jgk. Tp mahal la. Sebiji sampai RM7. X kisah la kn. Janji dpt. hihihihi... Skrg nie byk sgt buah delima. X salah ina dr bulan 12 thn lps lg buah nie dijual.  X abis2 lg musimnya. Hubby pun ada beli masa pegi pasar mlm ari sabtu lps. Harganya, 5 biji RM1O. Murahkan. Buahnya pun sedap. Manis & biji pun x keras. Blh gigit & terus telan. hihihi... 

Sabda Nabi Muhammad SAW: 
“Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari syurga itu.” (Kisah sahabat). Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis Vitamin, Magnesium dan Calcium. Khasiat Buah delima untuk kesihatan ialah:
  • Buah delima mengandungi antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
  • Buah delima dapat melindungi jantung kita. Kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1%. Aliran darah menurun sebesar 18%.
  • Buah delima dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Buah delima dapat mencegah dan mengubati kanser. Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sihat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara. Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal. Buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberikan jus delima. Tikus tersebut mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.
  • Sumber nutrisi sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
  • Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
  • Kandungan gula buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
  • Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah. Lepas makan buah delima jangan buang kulitnya. Ambil kulit buah delima jemur sehingga kulitnya kecur. Kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk. Kemudian simpan dalam bekas dan apabila nak digunakan ambil sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah. Biarkan ianya kering kemudian basuh.
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang mengandung buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.


Tuesday 29 January 2013

AKHIRNYA, BABY ZARA DAH PANDAI MASUKKAN KAKI DLM MULUT

TADAAAA... BABY ZARA DH MASUKKAN KAKI DLM MULUT (^_^)
Nie la p'kembangan baby zara yg t'baru. Masukkan kaki dlm mulut. Org2 tua ckp kalau baby masukkan kaki dlm mulut maknanya nk dpt adik. hihihihi... Betul ke fakta tu? Entah la, x tau la betul ke tidak. Kalau betul pun kebetulan agaknya. Sebelum nie mmg baby zara dh angkat2 kaki. Main2 kan kaki dia. Tp x de la terus masuk dlm mulut. Rasanya sbb kakinya belum sampai kot. Skrg nie kalau angkat kaki mesti nk masukkan dlm mulut. Masa mula2 baby zara masukkan kaki dlm mulut, dia tgh pakai stokin. Stokin 3D minnie mouse. Agaknya baby zara tgk stokin tu comel kot, tu yg terus masukkan kaki dlm mulut. Baby zara tgh baring atas riba hubby masa tu. Ina terus bg tau hubby sbb hubby x perasan. Apa lg, terus snap gmbr la. Lps tu hubby buka stokin dia. Nk tgk dia masukkan kaki dlm mulut lg x. Hmmmm, mmg baby zara masukkan lg kaki dia. So skrg nie kalau dia angkat kaki mesti nk masukkan kaki dlm mulut. Ina prnh t'baca kt internet, bila baby angkat kaki secara x langsung blh kuatkan pinggang baby.
MATA TGK TV, KAKI KT DLM MULUT (*_*)
Skrg nie pun kalau baby zara meniarap, dia dh blh b'guling2. Mmg nk kena perhatikan selalu. Sbb ina selalu letak baby zara atas comforter kt dpn tv. Takut nanti dh meniarap kt lantai plak. Bkn apa, takut t'hantuk kt lantai. Tu yg kena perhatikan selalu. Alhamdulillah, p'kembangan baby zara b'jln dgn lancar. Syukur alhamdulillah. Smga baby zara m'besar dgn sihat & sempurna. X sbr nk tgk apa plak p'kembangan baby zara lps nie. Betapa nikmat & indahnya m'jd seorg ibu. Pengalaman yg paling b'harga & b'makna apabila dpt m'jaga anak sendiri & melihatnya m'besar di dpn mata. Terima kasih Ya Allah di atas anugerah yg tlh Kau berikan kpdku. Smga aku dpt m'jaga amanah yg tlh Kau berikan kpdku ini dgn sebaik2nya. AMIN

Monday 28 January 2013

JALAN-JALAN CUCI MATA

NASI AYAM HAILAM
Hari sabtu lps hubby ajak keluar pegi jln2 kt KL sbb dh lama x bawak baby zara keluar jln2. Ina dgn hubby nie mmg jenis suka b'jln. X kisah la pegi mana pun. Yg penting keluar. Kalau dulu masa sebelum ada baby zara, selalu pegi tgk wayang. Skrg nie x de la. Jln2 sambil cuci mata. Ye la, x kn la setiap kali keluar nk shopping kn. Mmg abis la duit mcm tu. So window shopping je la. Kalau ada brg yg penting nk dibeli, br beli. Kalau x brp penting, just list harga dulu & beli kemudian. Kita org pegi 1 Utama. Tp sebelum tu singgah mkn nasi ayam hailam kt Damansara Utama. Nasi ayam nie mmg t'kenal kt situ. Masa kita org sampai, ramai jgk la org. Tp masih ada tmpt duduk. Hubby order nasi ayam 2 set & sayur tauge. Hmmmm, mmg sedap nasi ayam kt situ. Patut la ramai org. Harga nasi ayam nie RM7. Ok la harganya sbb sedap. Lps dh abis mkn br pegi 1 Utama. Oh ye, masa tgh tunggu husband pegi toilet, ina t'serempak dgn Irma Hasmie dgn husband dia. Comel je Irma masa tu. Ye la, kn dia tgh pregnant. Berisi jgk la bdn dia. Biasa la. Org pregnant kn. Masa kt 1 Utama pun cuma jln2 kt tmpt baby dgn pegi kedai buku popular sbb hubby nk beli buku. Tgk brg2 utk baby zara. Ramai sgt org. Hari sabtu kn. Org sibuk duk shopping. X lama lg kan Tahun Baru Cina. So, tgh sale skrg nie. Untung kalau shopping skrg. Sbb selalunya nk raya cina mmg sale gila2. Duit pun laju mcm air je keluar. Hahahaha. Pukul 5 dh blk sbb hubby ada kelas. Hubby ckp next week keluar lg. Teruja ina yg m'dengarnya. 
BABY ZARA TGH TUNGGU MAMA & DADDY MKN

Sunday 27 January 2013

IKAN PARI MASAK ASAM TEMPOYAK


IKAN PARI MASAK ASAM TEMPOYAK
Ikan pari masak asam tempoyak. Haaaa. Tu la menu mkn tgh ari ina hari nie. Hubby ada beli ikan pari. X tau nk msk apa. Hubby ckp masak asam tempoyak. Nie la first time ina msk asam tempoyak. Sebelum nie kalau msk asam x prnh pun letak tempoyak. Ok la first trial nie. Hubby ckp sedap. Alhamdulillah. Masa mula msk tu kuahnya agak cair sbb ina t'lebih air. Hubby tmbh tempoyak lg. Br la pekat. Kira m'jd la jgk msk asam tempoyak nie. Lps nie blh la msk ikan patin masak asam tempoyak. Ina mmg suka ikan patin msk asam tempoyak. Fuhhhh, mmg sedap. Ok, bahan2 utk msk asam tempoyak nie senang je. Ina x tau la betul ke tidak bhnnya sbb ina tgk resepi masak asam tempoyak ada letak daun kesum. Ina x letak. Sbb x de daunnya. Ina letak apa yg ada kt umah je. Nie la bahan2nya:
  • ikan pari
  • tempoyak
  • bawang kecil
  • bawang putih
  • cili besar merah & hijau
  • cili api
  • serai
  • asam keping
Mula2 ina blender bawang kecil, bawang putih, cili besar, cili api & tempoyak. Lps tu msk mcm biasa & tmbh air. Masukkan serai yg dh diketuk & asam keping. Kemudian masukkan ikan. Akhir sekali letak garam & gula secukupnya. Gula tu sikit je. Jgn byk2. Nti manis plak. Ok, dh siap. (^_^)

Thursday 24 January 2013

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1434H 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'

اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم
Alhamdulillah, hari nie Khamis, 24 Januari 2013 bersamaan 12 RabiulAwal 1434H umat Islam di seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul. Maulidur Rasul disambut sempena kelahiran Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada pada Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Alla s.w.t. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Untuk pengetahuan semua, tema Maulidur Rasul Tahun 2013 ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' selaras dengan tema Maal Hijrah 1434. Pemilihan tema kali ini bertepatan dengan usaha kerajaan mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori Nabi Muhammad SAW yang menjadikan masyarakat Madinah contoh terbaik. Pendekatan ini diharapkan akan terus wujud dalam jiwa rakyat bagi menyuburkan keharmonian hidup dan melonjakkan prestasi negara menuju ke tahap lebih cemerlang. "Wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh di mata dunia. 

Setiap tahun pada hari maulidur rasul, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. 

Wednesday 23 January 2013

ALHAMDULILLAH, BABY ZARA DH BERUMUR 6 BULAN

dh nk tido pun masih nk meniarap lg. daddy pun dh tido... ;) 
Alhamdulillah, hari nie 23/1/2012 genap baby zara 6 bln. Sekejap je masa b'lalu. Ina rasa mcm br je lahirkan baby zara. Pejam celik, pejam celik, dh 6 bulan baby zara dilahirkan. Besar dh anak dara mama & daddy. Maknanya dh 6 bln jgk la ina menyusukan baby zara sepenuhnya. Alhamdulillah. Tp masa di awal kelahiran baby zara ina t'paksa top up dgn susu formula sbb susu ina x brp byk lg masa tu. Ditmbh plak baby zara kena jaundis (kuning) masa tu. So nk x nk ina & hubby kena bg susu formula utk baby zara supaya baby zara kerap kencing & berak utk mengurangkan jaundis. Tp dlm masa yg sama ina masih menyusukan zara dgn susu bdn. Alhamdulillah, masa tu susu bdn ina semakin byk & penyakit jaundis baby semakin b'kurangan. Seminggu je baby  zara kena jaundis. Sejak tu ina terus menyusukan baby zara dgn susu badan sehingga la ke hari nie. Susu formula yg hubby ina beli pun x abis. Sepanjang 6 bln p'besaran baby zara, sekali je baby zara demam. Tu pun demam sbb nk kena penyakit tangan, kaki & mulut. Itulah kebaikan & kelebihan penyusuan susu ibu yg kaya dgn pelbagai khasiat. Ina b'niat utk susukan baby zara dgn susu bdn sepenuhnya sehingga baby zara 2 thn. Smga Allah pemudahkan niat ina. AMIN. Ok, nti kite cite plak psl kebaikan & kelebihan susu ibu. Skrg nie nk cite psl baby zara yg dh 6 bln. Mcm2 gelagat baby zara skrg.
  
baby zara br lps mandi
P'kembangan baby zara skrg nie sama mcm baby2 lain. Baby zara skrg tgh duk meniarap & telentangkan semula bdn dia. Kalau meniarap dh blh b'pusing. Tp lum smpai tahap 360 darjah lg. Baby zara mula meniarap masa umur 4 bln lebih. Tp masa tu br sikit2 & selalu kena tlg. Skrg nie dh laju baby zara meniarap. Alhamdulillah. Ada sesetgh baby dh meniarap masa umur 3 bln. Nk2 baby boy. P'kembangan setiap baby x sama. Ada yg cpt & ada yg lmbt. Janji baby aktif & cergas. So far setakat nie baby zara mmg aktif. X reti duk diam. Kalau dh dpt b'diri mmg nk b'diri je. Sampai nk dudukkn semula dia buat keras je. X nk duduk blk. X tau la mcm mane gaya baby zara bile dh naik walker. Kita tunggu & lihat. Ok, bila dh masuk umur 6 bln nie b'mula la tugas br ina iaitu sediakan makanan utk baby zara. Ina pun dh google tntg pemakanan utk baby zara. Utk p'mulaan, ina akan bg baby zara mkn puree. Puree nie d'perbuat dr buah & sayur. Cthnya mcm epal, labu, pear, carrot & mcm2 lg. Lps tu br mula bg makan bubur + puree. Tujuan bg puree dulu supaya usus baby zara x t'kejut menerima makanan pejal. Ya la, sebelum nie kn baby zara minum susu je. Tiba2 mkn makanan pejal. So kena la bg mkn ikut tahap umur zara. Cewah, pandai dh ina bab2 pemakanan baby zara. Ina pun br bljr dr maklumat2 yg diperolehi dari internet. Ina pun ada join group Solid Food for My baby , Solid & Semisolid Food for Your Baby kt facebook. Byk info yg ina dpt dr fb grup nie. Lps nie mesti ina cerita psl pemakanan baby zara je kn. X sbr nk tgk reaksi baby zara bila bg mkn nti.  Rasanya nk mula bg baby zara mkn masa 1 Feb nti. Tp x tau la kalau2 ina plak yg dh x sbr nk tunggu bg baby zara mkn. hihihi... Kita tunggu & lihat. (*_*)


Tuesday 22 January 2013

GADIS 24 TAHUN CAMPAK BAYI LUAR NIKAHNYA DLM TONG SAMPAH HOSPITAL DI TEMERLOH

Nie berita yg ina br baca kt http://mynewshub.my td. Sedih bila baca berita mcm nie. T'gamak seorg ibu m'buang bayi yg dikandungnya ke dlm tong sampah. Kt mana la perasaan dia ketika itu. Agaknya mmg x de perasaan kot. Hmmmm. Ye la. Dh la buat keje t'kutuk, lps tu pegi buang plak bayi yg x b'salah. Apa la nasib bayi tu. Ada org yg dh kawin b'tahun2 tunggu nk dpt baby, x dpt2 sbb Allah belum bg rezeki. Tp dia plak pegi buang baby tu mcm tu je. Alangkan nk melahirkan baby pun menanggung kesakitan yg t'amat sgt. B'tarung nyawa. Dia plak dgn sewenang2nya pegi buang baby tu. Entahlah. T'lalu kerap dgr berita kes p'buangan bayi. Mmg org yg buang bayi nie x takut dgn hukuman Allah yg akan dia org terima. Ina sejak dh ada baby, bila baca berita mcm nie terus jd sebak. Kdg2 tu menangis bila baca pasal baby yg dibuang, baby yg sakit & mcm2 lg la pasal baby. Terus ina tgk baby zara & peluk dia. Nk tau cerita selanjutnya, jom baca kt bwh nie.

Monday 21 January 2013

LAYAN FILEM MINYAK DAGU

Haaaaa. Mlm td layan filem Minyak Dagu kt Astro First dgn hubby & zara. Skrg nie kalau nk tgk movie kt Astro First je la. Mmg x pegi cinema dh skrg nie sbb baby zara kecik lg. Nasib baik ade Astro First. Blh jgk tgk movie. Kalau dulu masa b'dua selalu pegi cinema tgk wayang. Tiap2 bln mesti pegi cinema. Mcm2 movie la ina duk layan dgn hubby. Sampai tgh sarat mengandung pun pegi cinema lg. hihihihi. Ina ingat lg masa pregnant pegi tgk movie, baby zara siap b'gerak2 dlm perut. Mungkin baby zara dgr sound yg kuat masa tu. Ye la. Dh namanye tgk movie kt cinema mesti la sound dia kuat kn. Kesian kt baby zara. X tenang dia duk kt dlm perut ina. hihihi... ;) Oklah, nie psl filem minyak dagu yg x brpa seram la pd ina. Cuma ada part yg buat kite t'kejut. Tp x de la t'kejut sgt. hihihihi. Pelakon utama filem nie adalah Fezrul Khan (Azman), Yana Samsudin (Emelda) dan Fizo Omar (Johan).Kalau nk tau cite minyak dagu nie psl ape, jom baca sinopsis cite nie. 

Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yg b'dendam dgn bekas tunangnya Emelda, disebabkan t'lalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman tlh b'jumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan p'tunangan dgn Azman demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bhwa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan blh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya seorang jurujual yang sering x ada untungnya. Liza, ibu kpd Azman begitu kecewa dgn sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. Stlh b'temu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad utk m'beli minyak dagu, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu t'sebut haruslah dicalitkan pd siku Emelda dan botol minyak dagu t'sebut hendaklah di tanam b'dekatan dengan pokok pisang. Sekiranya botol t'sebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang. Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan. Emelda nekad ingin m'jemput bekas tunangnya itu. Azman mula mengambil kesempatan tersebut utk m'calitkan minyak dagu pd siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba-tiba histeria. Azman puas krna dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan b'tindak m'bawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon, mak Emelda cenderung menuduh Johanlah yang m'jadi punca sakit Emelda. Akhirnya slps b'tengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman merasa b'salah lalu melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati.

Sunday 20 January 2013

WOW, STEVE JOBS MALAYSIA


Usianya baru menjangkau 17 tahun, namun bakat luar biasa dimiliki pelajar, Syed Muhammad Syed Abdullah mengagumkan berikutan mampu menembusi perisian syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Apple menerusi lima aplikasi dihasilkan untuk iPhone dan satu permainan ciptaannya diiktiraf terbaik dunia. Ekoran bakat luar biasa itu, dia yang mesra disapa Habib Al-Attas menerima ‘panggilan mengejut’ daripada syarikat Apple di Amerika Syarikat tiga hari lalu untuk dipastikan mengenai aplikasi terbabit sesudah permainan ciptaannya menarik perhatian pengguna iPhone di 30 negara. Selain pengguna di Amerika Syarikat, pengguna iPhone negara lain yang tertarik dengan permainan ciptaannya termasuk dari United Kingdom, Perancis, China, Russia, Itali, Jepun, India, Jerman, Greece dan Thailand. Ketika ditemui di rumahnya, di Ukay Perdana, di sini, Habib berkata, sejak dimuat naik permainan, Crazy Ball di iPhone pada 14 Januari lalu, aplikasi itu menerima sambutan ‘panas’ sebelum diiktiraf tiga terbaik dalam dunia. Dia yang digelar ‘Steve Jobs Malaysia’ dalam kalangan rakan-rakannya berkata, permainan itu menerima 900 muat naik pada hari pertama dan memecah monopoli penghasilan aplikasi dunia lain. 


Saturday 19 January 2013

JOZAN JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012

Johan & Zizan (JOZAN)
Tahniah buat Jozan kerana tlh m'jadi juara Maharaja Lawak Mega 2012 yg tlh diadakan mlm td b'tempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor. Jozan menewaskan empat kumpulan lain pd peringkat akhir yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna dan Astro Mustika HD. Mmg lawak Jozan nie. Mmg ina dh agak dia org akan menang sbb Jozan m'punyai peminat yg ramai. Lawak dia org pun mmg sempoi & t'baik. Jambu & Shiro pun x kurang hebatnya. Boboi plak kdg2 lawak, kdg2 biasa2 je. Kumpulan Saywho dr Indonesia pun t'baik jgk. Dia org pandai m'cari idea yg b'kaitan dgn negara kita. 

Kejutan yg dilakukan Jozan dgn kemunculan Johan pd saat akhir, yg sepatutnya masih m'jalani rawatan lutut di sebuah hospital swasta slps membiarkan Zizan b'sendirian di pentas pd dua minggu sebelumnya, ternyata m'buka peluang lebih besar buat pasangan paling serasi itu m'bawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi sumbangan Astro. Menurut Johan, dia menguatkan semangat utk datang membuat persembahan demi peminat Jozan yang banyak m'beri sokongan. “Walaupun peluang utk mengadakan latihan yg diberikan hanya sekejap disebabkan kesihatan saya belum pulih, saya puas hati. “Saya puas hati atas kemenangan ini dan b'harap semoga peminat juga b'puas hati,” katanya.

Tempat kedua dimenangi kumpulan Jambu yg dianggotai oleh Zamatul Amri Zakaria (Taukeh) dan Yussry Edoo (Yus) sekali gus merangkul wang tunai RM250,000. Tempat ketiga dgn m'bawa pulang RM150,000 berserta trofi dimenangi kumpulan Shiro yg dianggotai Shahrol Azizie Azmi (Shahrol) dan Mohamad Hanaffi Razak (Ajak). Kumpulan Boboi dan Saywho yg m'dapat tempat keempat dan kelima masing-masing m'bawa pulang RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi. Hadiah disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani; Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai; dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Friday 18 January 2013

REBAT ELEKTRIK DILANJUTKAN SEHINGGA DISEMBER 2013

Mlm td tgk Buletin Utama kt TV3. Antara berita masa buletin tu psl rebat elektrik utk pengguna yg dilanjutkan sehingga Disember 2013. Rebat nie utk penggunaan elektrik yg dicaj RM20 & ke bwh. So mana2 rumah yg bil elektrik RM20 ke bwh mmg x pyh byr bil. Kerajaan melanjutkan tempoh bagi rebat elektrik RM20 dan ke bawah kepada pengguna domestik yang layak sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Bagi tujuan itu, kerajaan membelanjakan RM146 juta membabitkan lebih 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara, tahun lalu. Rebat ini akan mengurangkan bebanan rakyat dan sekaligus menggalakkan penggunaan elektrik dengan cekap. Kerajaan memperkenalkan program pengecualian membayar bil elektrik bulanan RM20 dan ke bawah bermula Oktober 2008 khusus kepada pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah. Ia adalah antara usaha dan keprihatinan kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka. Kalau korang nk tau, rumah ina setakat nie mmg xprnh la dpt rebat tu. Bil elektrik mesti RM20 ke atas. Mana x nya. Dgn kipas angin 24 jam, tv, lampu & mcm2 lg la. Walaupun duk b'tiga, tp elektrik byk jgk guna. Prnh sekali tu kite org x de kt rumah lama, bil elektrik pun x byk. Tp still x dpt rebat. Tp kalau bil air sejak duduk kt rawang nie mmg x prnh byr. Dpt rebat utk 20 meter padu pertama. Ina rasa kt rumah ina byk jgk guna air. Tp tu la. Masih x kena byr lg. Alhamdulillah. Adil la kn. X pyh byr bil air tp kena byr bil elektrik. Ok la tu. (*_^)

Wednesday 16 January 2013

BABY ZARA CHECK UP 6 BULAN

suka main lidah sbb gusi gatal... ;)
Hari isnin (14 Jan 2012) yg lps ina bawa baby zara pegi klinik utk check up 6 bln. Dh nk masuk 6 bln baby zara. Sekejap je masa b'lalu. Baby zara check up kt Poliklinik Muar dr lps lahir sampai la skrg. Ina teruskan check up kt klinik Muar sbb kliniknya besar. Walaupun ramai org x de la nk kena tunggu b'jam2. Biasa la. Semua klinik ramai org. Tp kt klinik Muar ina rasa cara keje dia org sistematik & teratur. Bilik utk check up pun byk. Nk timbang baby pun semua kt dlm bilik. Dulu ina prnh check up mengandung kt klinik Kelana Jaya & klinik Batu Arang. Dua2 klinik nie mmg ramai org. Nk timbang berat & amik tekanan darah semua kt luar bilik, utk baby pun sama. Dh la ramai org, lps tu buat kt luar plak. Kt dlm bilik hanye utk jumpa nurse & check perut. Mcm x best je. X de privacy langsung. Byk songel plak ina nie. hihihi.. So bila ina tgk kt klinik Muar lebih sistematik, ina pun terus decide utk teruskan check up baby zara kt sini. Sebulan sekali je pun. Blh blk muar sekali. ngeee... Lps nie check up 2 bln sekali. Maknanya baby zara kena pegi klinik lg masa umur 8 bulan plak.

Thursday 10 January 2013

RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Rambut gugur slps b'salin??? Itu la yg ina alami skrg. Rambut ina mula gugur masa baby zara 4 bln. Menurut kata org2 tua, bila baby dh mula menyembur @ main buih kt mulut, rambut ibu akan gugur. Ina ingat tu sekadar mitos. Tp mmg betul ckp org2 tua. bila baby zara dh mula menyembur, rambut ina pun mula gugur. Kalau sikit x pe jgk. Nie byk. Bila sikat rambut lps mandi mesti byk rambut yg gugur. Risau plak ina tgk. Ina pun potong la rambut bg pendek sikit. Tp x de la pendek sgt. Skrg nie pun masih gugur lg. Rasa mcm dh nipis rambut ina. huhuhu.. So ina pun google la kt internet utk cari punca rambut gugur slps b'salin. So nie yg ina dpt dr laman web http://pama.karangkraf.com/ . Jom kita baca.

9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari. 
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut. 
3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama. 
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat. 5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari. 
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari. 
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. 
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin. 
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Sunday 6 January 2013

KENANGAN LALU : DETIK-DETIK KELAHIRAN PUTERI ZARA

AFEEYA PUTERI NOOR ZARA
Alhamdulillah, hari nie baby zara dh b'usia 5 bln 2 minggu. Sekejap je masa b'lalu. Dh besar rupanya baby zara. Masih segar dlm ingatan ina detik2 kelahiran baby zara. So entry kali nie ina nk cerita pengalaman melahirkan puteri zara. Walaupun dh bbrp bln b'lalu, tp masih terasa lg saat2 yg penuh b'makna & b'harga utk ina. Beginilah kisahnya. Mengikut kiraan tarikh period, ina dijangka melahirkan baby zara pd 22 Julai 2012. So awal bln 7 hubby dh hntr ina blk umah family kt muar. Ina blk awal sbb takut b'salin awal ke. Mana la tau kan. Perkara yg x dijangka. Lg pun nie kandungan p'tama ina. So mmg x de experience langsung. Bila dh blk umah family mmg la best. Sbb ada org blh tgk2 kn ina. Kalau duk kt rawang, ina duk sorg2 sbb hubby sibuk dgn kelas tuisyen dia. Kalau korang nk tau masa pregnant ina selalu ckp dgn baby suruh lahir masa bln Ramadhan. Ina nk sgt baby lahir dlm bln Ramadhan, bln yg penuh keberkatan.

Thursday 3 January 2013

ALAHAI, PERUTKU....

Waaaaaa... perutku buncit kembali lps 5 bln b'salin... knp ye? masa lps b'pantang ari tu perut flat je... seronok sgt masa tu... tp skrg nie buncit blk... mcm ada baby lg dlm perut... x kn kot... mmg ina x period lg lps b'salin sbb ina fully bf baby zara... hrp2 ina x pregnant lg la buat masa skrg nie sbb ina nk besarkan baby zara dulu... kesian kt baby zara kalau ina pregnant lg... kalau blh biar la baby zara pandai b'dikari dulu... br blh fikir utk pregnant blk... ina plan nk jarak 2 thn... tp kalau Allah nk bg rezeki sebelum tu, ina terima dgn hati yg t'buka & b'syukur kpd Allah... ye la, umur ina thn nie pun dh 29 masuk thn... kalau org yg kawin muda dh 3 @ 4 org anak dh... x pe la.. rezeki masing2... b'balik pd perut yg buncit td, hubby pun ada tegur ina... siap ckp lg "entah2 ada baby lg kt dlm tu", hihihi... x tau la ada baby ke tidak... x buat pregnancy test pun lg... x berani... blh gitu.. hihihi... hmmm... sejak ina bf baby zara, berat ina mmg turun... masa last ina timbang berat ina 47kg... fuyooo, berat masa time sek tu... mmg nmpk bdn ina kurus... seronok sgt.2.. seluar jeans pun longgar... masa b'pantang, mmg ina pantang betul2 bab mkn... tp ada jgk ngelat2 masa hari2 t'akhir pantang... skrg nie ina still fully bf baby zara... so mmg maintain kurus... tp tang perut plak buncit... cmner blh jd mcm nie??? huhuhu... kena pakai korset bg flat blk perut nie... nk pakai korset yg malas tu... hahaha... kena usaha lebih nie nk slimkan blk perut yg buncit... (*_*)

Tuesday 1 January 2013

TAHUN BARU, BLOG PUN BARU

Alhamdulillah, akhirnya siap jgk blog baru yg ina buat... Ina t'paksa buat blog baru sbb t'lupa username & password blog lama... mcm x masuk akal la plak lupa username & password blog... huhuhu... almaklum la dh lama x update blog... mmg malas sgt2 nk update... skali terus t'lupa.. ingat masa pregnant je ina jd pelupa.. rupanya lps b'salin pun pelupa jgk... huhuhu... puas jgk la godek2... tp x blh jgk... so kena la buat blog yg br... t'kial2 jgk nk buat blog br nie pun sbb interface blogger br... serba x kena dibuatnye... tp gagah jgk ina menyiapkannya... sbb hati masih teringin nk ada blog sendiri lg... byk benda yg nk ditulis... hrp2 blog kali nie x b'sawang la ye...blog kali nie lain ckit ina design... warna utk blog ina masih pilih warna pink+purple... warna nie t'sgt la cantik... hihihi... tp blog ina x la secantik blog org2 yg kreatif design blog... ape2 pun ina b'syukur dpt jgk siapkan blog nie dlm masa 2 ari...  x de la mengadap 24 jam... almaklum la ina dh ada seorg puteri... time puteri zara tido @ main2 br la ina mengadap laptop... kalau dulu blh la ina mengadap laptop nie lama2... skrg nie x de la... ina dh ada tanggungjwb lain yg harus diutamakan... so dgn lafaz بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم ina dgn rasminya melancarkan blog http://www.mamaputerizara.blogspot.com/... cewah, mcm merasmikan majlis la plak... hihihi... kpd sape2 yg teringin nk tgk blog lama ina blh la jenguk2 kt http://kelipkelipkehidupanku.blogspot.com/... tp x byk sgt cerita kt dlm blg tu sbb ina malas nk update... blh dikira brp artikel je kt dlm blog tu... huhuhu... hrp2 kali nie ina aktif la b'blogging... ^_^ 
Next
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...