Wednesday 31 July 2013

31 Julai 2013 ---> 29 Tahun

Assalamualaikum....


Syukur alhamdulillah. 31 Julai 2013, ina masih diberi kesempatan utk bernafas di muka bumi Allah yg terbentang luas. Terima kasih Ya Allah. Hmmmm, tambah 1 tahun lg umur ina. Mmg sekejap je masa berlalu. Anak pun dh ada sorang. Thn depan dh masuk 30-an. Mcm x percaya pun ada. Tp itu la hakikat yg perlu diterima. huhuhu..... Apa2 pun ina berdoa pada Allah agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi keimanan yg teguh, hidup diberkati oleh Allah serta diberi kebahagiaan di dunia & akhirat. Semoga ina dpt menjadi seorg isteri, ibu & anak yg solehah, penyayang, penyabar & bertanggungjawab.

Sebenarnya  x tau nk tulis apa lg. huhuhu... Byk keje yg belum buat lg nie. Nak kemas dapur yg belum kemas lg lps buat kuih mlm td. Lps tu nak kemas baju sbb nak blk Muar hari nie. Sebelum tu nk pegi Masjid India dulu. Nak jln2 @ shopping kalau jumpa barang2 yg berkenan. Persiapan raya pun x lengkap lagi nie. Nasib baik baju baby zara dh beli sikit. Ingat nak beli lagi. Biar la baby zara yg melaram lebih raya nanti. Mama & daddy biasa2 jer. huhuhu... Ok la, cukup la utk hari nie. Nanti kelam kabut plak sbb hubby ckp nk keluar pukul 10 pagi. 1 pun belum buat lagi. huhuhu...

Monday 29 July 2013

Bubur Sum-Sum Version Baby

 Assalamualaikum.....

Sementara nk masuk ke dapur masak makanan utk berbuka nk update blog sekejap. Byk lg citer yg ina belum post kt blog. Nak2 pasal makanan zara. Ya la, semenjak makanan ikan nie byk menu yg ina hasilkan dari ikan. So kena la update sikit. Alhamdulillah, setakat nie baby zara suka mkn ikan & baby zara pun x de alahan bila makan ikan. Oh ya, mula2 nk citer pasal dessert utk baby zara. Ina buatkan baby zara bubur sum-sum. Ina dgn hubby mmg suka mkn bubur sum-sum. Tp masa hari tu ina buat bubur kacang. So ina simpan sikit santan utk buat bubur sum-sum baby zara. X byk pun guna santan. Dlm 6 sudu besar. Jom kita tgk bahan utk buat bubur sum-sum version baby.
Bubur Sum-Sum Baby Zara
Bahan-Bahan
sedikit santan (6 sudu besar)
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit cheese
daun pandan
3 biji kurma
air secukupnya
yummy...
Mula2 kisar daun pandan. Kemudian tapis utk dapatkan air daun pandan. Sebenarnya ina nk bg bubur sum-sum tu warna hijau. Tp letak daun pandan sikit. So x jadi warna hijau. Tp bau daun pandan mmg kuat. Sedap je baunya.  Lepas tu campurkan tepung jagung, santan, air daun pandan & air secukupnya. Bancuh cair ya sbb kalau bancuh pekat nanti bubur jadi berketul2. Kemudian kacau atas api. Masukkan sedikit cheese. Ina letak cheese sbb nk bg bubur rasa lemak & masin sikit. Kacau lagi sehingga bubur menjadi pekat & masak. Akhir sekali masukkan dlm bekas utk disejukkan. Utk kuah pula bg menggantikan air gula, ina gunakan kurma. Rebus kurma sehingga lembut. Lps tu buang kulitnya. Kemudian lecek2 kurma sehingga sebati dgn air. Ok dah siap. Masa nk mkn baru campur bubur dgn kurma. 

Sunday 28 July 2013

Homemade Sos Tomato

Assalamualaikum & Salam Ramadhan....

Baru berkesempatan nk update blog hari nie. Td dh buka laptop nk update blog. Sekali baby zara pun kacau. Hmmmm, mmg x blh update sbb baby zara nie suka tekan2 laptopnya. huhuhu... So skrg baby zara dh tido, blh la mama buat keje sikit. Pagi td sibuk mengemas rumah. Skrg br free. Hari nie x payah masak. Sbb hubby ajak pegi bazar Ramadhan ptg nanti. Fuhhh, lega. Kalau x puas duk fikir nk masak apa hihihihi...
homemade sos tamato
Ok la,  hari jumaat lepas ina ada buat homemade sos tomato. Senang kalau dh ada sos tamato nie. Blh mkn dgn pasta. Ina dapat resepi homemade sos tomato nie dari blog saya hot. Bahan yg digunakan pun senang. Lagi satu homemade sos tomato nie mmg mudah disediakan. Kalau ikutkan resepi asal, tomato yg digunakan 6 biji. Tp sbb ina baru nk cuba buat, so ina guna 3 biji tomato jer. Bahan2 yg lain pun ina kurangkan separuh. Jom kita tgk bahan2 & cara membuat homemade sos tomato.
bahan2 yg digunakan utk membuat sos tomato
Bahan-bahan
3 biji tomato
1/2 bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil unsalted butter

Cara-cara
1. Kisar bawang besar & bawang putih.
2. Potong tomato kpd 6 bahagian.
3. Rebus tomato dlm air sehingga kulit tomato hampir tertanggal dari isi.
4. Buangkan kulit & biji dari isi.
5. Kisar tomato yg telah direbus.
6. Tumis bawang yg telah dikisar sehingga naik bau dgn unsalted butter.
7. Masukkan tomato yg telah dikisar.
8. Masak sehingga sos tomato menjadi pekat.
9. masukkan dlm bekas2 yg kecil utk dibekukan dlm frezer.
tomato direbus sekejap
tomato yg telah dikisar
tomato dimasak sehingga pekat utk menghasilkan sos

SUMBER: http://heavilyspiced.blogspot.com/

Saturday 27 July 2013

Baby Zara @ Butik Zara


baby zara di butik Zara
Assalamualaikum & Selamat Berhujung Minggu...

Masa awal bulan hari tu pegi Sunway Piramid. Saja jln2. X pernah bawak baby zara pegi Sunway Piramid lg. Jln punya jln ternampak butik Zara. Sebenarnya dh byk jgk la ina jumpa butik Zara. So apa lg. Terus amik gambar baby zara kt depan butik Zara. Dashyat la baby zara nie. Kecik2 dh ada butik sendiri. hihihihi... (perasan betul mama zara nie...)
sukanya baby zara
baby zara & mama

Friday 26 July 2013

Baby Zara Check Up Setahun


saya dh setahun mama
Assalamualaikum & Selamat Malam..

Baby zara tgh asyik bermain. So blh la ina update blog sikit. Nak citer pasal check up baby zara masa cukup setahun hari tu. Baby zara check up setahun 24 Julai. 2013. sehari slps tarikh lahir baby zara. Check up kali nie mmg awal kita org pegi. Pukul 8 pagi dh sampai kt klinik. Nurse pun belum mula buat keje. Sebenarnya pegi awal sbb baby zara kena inject MMR masa check up setahun. So biar la pagi2 baby zara kena inject. Blk dari klinik blh sambung tido blk. Masa sampai kt klinik, kt bahagian ibu & anak x ramai org lg. Ina org ke 4. Lega rasanya. Malas nk tunggu lama2. 
apa la yg zara x puas hati tu sampai berkerut dahi...
Sebenarnya berdebar jgk check up baby zara kali nie. Ya la. Baby zara kena inject. Last baby zara kena inject masa umur 6 bln. Sekarang baby zara dh setahun. Tunggu punya tunggu akhirnya sampai giliran kami. Masuk je bilik check up mcm biasa la. Buka baju & seluar baby zara. Mula2 timbang berat. Berat baby zara naik sikit. Dari 7.79kg ke 7.9kg. Alhamdulillah, naik jgk walaupun sikit. Tp ina ingat berat baby zara dh lebih 8kg. Sekali x sampai 8kg lagi. X apa la zara. Janji zara sihat. Masa timbang baby zara mmg x duk diam. Baby zara x suka baring kt atas penimbang tu. Lps timbang nurse ukur tinggi plak. Ina terlupa berapa tinggi baby zara. Buku check up kt dlm kereta plak. Kemudian ukur lilitan kepala baby zara. Lps dh siap semuanya, ina try letak baby zara kt atas penimbang digital. Timbang guna penimbang digital, berat baby zara 8kg. Hmmmm, x tau la yg mana betul. huhuhu....

dah besar anak dara mama & daddy...
Kemudian masuk bilik dpn (bilik utk inject). Risaunya ina masa nie. Dlm kepala duk fikir mcm mana keadaan baby zara nk kena inject. Inject kali nie kt lengan. So ina bg tangan kiri zbaby zara utk inject. Nurse suruh pegang tangan baby zara dn kuat. Dh la baby zara x nk baring. Ina pun dgn sekuat hati pegang tanagan baby zara. Bukan apa, takut baby zara byk bergerak. Bahaya kalau baby bergerak. Takut jarum patah masa kena inject. Nasib baik hubby ada. So hubby pun pegang baby zara sekali. Mula2 tu baby zara bergerak2 la jgk nk lepaskan diri. Terus ina pegang kuat2 tangan baby zara. Masa kena inject, baby zara m'jerit & menangis sekejap. Terkejut kot. Lps dh siap inject terus senyap. Alhamdulillah, baby zara x meragam. Ingatkan lps check up nk pegi klinik gigi. Nk check gigi baby zara. Kan baby zara dh tumbuh gigi. So kena check gigi. Tp takut baby zara meragam plak masa tu sbb br lps inject. So kita org terus blk rumah. Tp sebelum tu singgah kt tempat keje ina yg dulu. Hntr cookies. Oh ya, ina ada buat cookies utk raya. Nanti ina citer ya. Ingatkan dh sampai kt rumah baby zara nk sambung tido. Ya la, selalunya baby zara bgn tido pukul 11pg. Sekali baby zara x tido pun. Sibuk main. Dh ptg dlm pukul 2 lebih br baby zara tido. Alhamdulillah, baby zara x demam lps inject MMR. So lps nie check up 3 bln sekali. Next check up 14 Oktober 2013. 
buah hati mama & daddy...

Ikan Tenggiri Masak Singgang


Ikan Tenggiri Masak Singgang
Assalamualaikum...

Nie menu utk lunch baby zara semlm. Disebabkan baby zara dh masuk setahun, so ina perkenalkan ikan utk baby zara. Kalau ikutkan ikan blh diberi bila baby berusia 10 bln. Tp hanya ikan2 terpilih je yg blh diberi pada baby. Sbbnya ikan mengandungi merkuri yg tinggi & tidak sesuai diberikan pd baby pada peringkat awal. Lg satu menurut kata org2 tua, ikan blh buatkan perut baby ada cacing. Antara ikan yg biasa diberi pada baby ialah ikan salmon. Tp ina bg ikan tenggiri sbb belum pegi Jusco. Semlm tgh hari pegi kedai. Kemudiaan hubby nampak ada ikan tenggiri baru. Tp bkn seekor. Separuh je. Bahagian dari badan hingga ekor. Harga sekilo RM26. Berat ikan tu 1/2 kg, so harganya RM13. So menu yg mula2 ina terfikir ialah buat ikan tenggiri masak singgang. Sbb nk masak singgang nie senang & bahan yg digunakan pun x byk. 

Bahan2nya
Isi ikan tenggiri
1/4 bawang holland
1 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup
sedikit halia
celery
tomato

bila baby zara suka mkn, mama pun seronok tgk..
Mula2 potong bawang & carrot secara dadu. Kemudian masukkan bawang ke dalam periuk yg mengandungi air. Air nie agak2 la ya. Masukkan jgk kunyit, halia & celery. Lps tu masukkan isi ikan tenggiri. Didihkan sehingga isi ikan masak. Kemudian masukkan tomato. Biarkan seketika sehingga tomato lembut. Ok, dh siap. blh campurkan ke dlm bubur. Mmg sedap baunya. Alhamdulillah, baby zara pun mkn sampai habis. Ya la, menu baru kan. Sebelum nie asyik mkn ayam jer. Mesti baby zara pun bosan. Bila dh masuk sethn nie lg mcm2 makanan yg baby zara blh mkn. Tp masih no sugar & no salt. Hmmmm, kdg2 tu ina terbagi jgk makanan luar tp dlm kuantiti yg sikit. Bg rasa je kata org. So minggu nie baby zara mkn makanan berasakan ikan tenggiri. Mama pun kena google utk cari resepi berasakan ikan. (^_^)

Butter Chicken Porridge


Butter Chicken Porridge 
Assalamualaikum & salam Jumaat....

Alhamdulillah, hari nie dh masuk hari ke 17 kita berpuasa. Hari nie juga merupakan hari Nuzul Al Quran. X lama masuk 10 Ramadhan terakhir. Mmg cepat sgt masa berlalu. Alhamdulillah, ina masih b'puasa. X ponteng puasa lg. Belum period lg. Hormon masih belum stabil agaknya. Ke ada berita baik utk ina. Hmmmm, sama2 kita lihat. hihihihi...

Ok la, dh byk hari x update menu makanan baby zara yg dh masuk setahun. Ya Allah, anak dara ina dh setahun. Sekejap jer masa b'lalu. Dh besar anak dara ina. Semoga baby zara m'besar dgn sihat & sempurna. So hari nie nk update pasal makanan baby zara. Sebenarnya bubur nie ina buat minggu lps.Terlupa nk masukkan dlm blog. Resepi bubur nie ina ambil dari blog saya hot. Tapi ina ada ubah sikit bahan2nya. Blog yg sentiasa jadi tempat rujukan ina. Senang je nk buat bubur nie. 

Bahan2nya 
 ayam & stok ayam
tomato
carrot
 celery
 bawang putih
 bawang holland
 unsalted butter

bubur utk baby zara
Disebabkan ina dh kehabisan stok ayam, so ina pun guna la seketul daging ayam yg masih ada tulang. X tau la bahagian mana. Sbb x belek2 pun daging ayam tu. hihihi... Mcm buat stok ayam jgk. Mula2 potong segala sayur & bawang. Tumiskan bawang dgn unsalted butter. Lps dh naik bau, masukkan air. Kemudian masukkan ayam, carrot & celery. Rebus sekejap. Kemudian pindahkan ke dlm periuk yg masak bubur. Campurkan rebusan ayam dgn bubur. Masak sehingga bubur lembut. Mmg sedap baunya masa nie. Bau mcm stok ayam. Agak2 bubur dh nk lembut masukkan carrot & tomato. Oh ya, sebelum tu carrot & tomato ina stim. Sbb kalau masak atas api carrot kena masak lama utk bg lembut. Hilang dh khasiat carrot tu. So ina pun stim carrot & tomato hingga lembut. Dh lembut blh lenyek2 je. Sebelum tu buang celery & carrot yg dimasak dgn ayam td sbbnya khasiat pd sayur tu dh hilang. Tujuan ina campur celery dgn carrot dlm ayam supaya rebusan ayam m'punyai rasa. Celery m'hasilkan rasa masin. Akhir sekali ambil ayam yg dicampur dlm bubur td. Carik-carikan isi ayam dari tulangnya. Hias atas bubur. Masa nk mkn blh la gaul dgn bubur. Selamat mencuba. (^_^)

Tuesday 23 July 2013

Happy Birthday My Little Princess


Happy Birthday Princess Zara
Assalamualaikum....

23 Julai 2013. Tarikh yg penting utk ina sbg seorang ibu. Kalau nk tau, hari nie hari jadi baby zara. Yeayyyy, baby zara dh genap setahun. Wow, sekejap je masa berlalu. Rasa mcm baru je ina lahirkan baby zara. Pejam celik, pejam celik, baby zara dh setahun hari nie. Masih terbayang2 lg saat2 ina lahirkan baby zara. Pengalaman yg sgt bermakna & berharga sebagai seorang ibu. Kenangan yg x mungkin ina lupakan sampai bila2. Alhamdulillah, baby zara m'besar dgn sihat & sempurna. Syukur padaMU Ya Allah. Memandangkan hari jadi baby zara masa bulan Ramadhan, so ina & hubby decide nk buat majlis hari jadi baby zara masa raya nanti. So hari nie x buat apa2. Lg pun hari nie nk blk Muar. Sbb esk baby zara kena pegi klinik utk check up setahun. Nie pun belum kemas brg2 lg. So post kali nie x blh nk cite panjang2. Nanti ina update lg ye. Cuma ina nk bg ucapan sikit kt baby zara. 

Selamat Hari Jadi Anak Mama & Daddy 
AFEEYA PUTERI NOOR ZARA
Semoga Zara dipanjangkan umur, diberi kesihatan yg baik, menjadi anak yg solehah, dimurahkan rezeki, taat kepada ibubapa, dikurniakan akal fikiran yg cerdik, pandai lg bijaksana, berjaya di dunia serta akhirat & sentiasa di bawah lindungan Allah Taala. 
AMIN

Sunday 21 July 2013

Lagi Kes Ibu Tinggal Anak Dalam Kereta


Alhamdulillah, umur anak kecil ini masih panjang.
Kota Kinabalu: Tidak sampai sehari selepas seorang kanak-kanak lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya, Selangor, seorang lagi budak hampir menerima nasib sama di sini, malam kelmarin. 

Dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sedang tidur ditinggalkan ibunya dalam kenderaan yang dikunci dari dalam serta enjinnya hidup sebelum keluar membeli belah. 
Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci. 



Goyang kereta baru terjaga 

Menurut saksi, orang ramai berjaya mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta itu beberapa kali sebelum budak perempuan terbabit terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintunya. 

Dalam kejadian jam 8.30 malam di Taman Putra Jaya dekat Telipok di sini, wanita lingkungan usia 20-an itu mengaku meninggalkan anaknya berseorangan dalam kenderaan kerana keluar membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya berhampiran. 

Wanita itu memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat. Khamis lalu, Nawal Iris Samsudin, tiga tahun, ditemui lemas dalam kereta yang ditinggalkan ibunya di pekarangan sekolahnya di USJ4, Subang Jaya. 

Ibu kanak-kanak itu, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya berada dalam kereta ketika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat di sekolahnya jam 11 pagi. 

Mayat Nawal ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta itu jam 5.30 petang ketika ibunya bersiap untuk pulang selepas sesi sekolah. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengulangi perkara sama kerana ia bukan saja membahayakan kanak-kanak, malah boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini termasuk ancaman jenayah.


SUMBER: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lagikesibutinggalanakdalamkereta/Article

Puasa Tanpa Bersahur



Assalamualaikum & Selamat Berhujung Minggu...

Hmmmm, puasa tanpa sahur. huhuhu... Tu la terjadi kt ina & hubby hari nie. Kita org x bgn sahur sbb x sedar. Mcm mana la blh x sedar. X dengar alarm pun. Sekali terjaga dh pukul 7 pagi. Kelam kabut bgn solat subuh. Lps solat ina tgk phone. Rupanya phone ina dh mati. Patut la x sedar. huhuhu.... Nie la kali pertama ina x bgn sahur sejak kita berpuasa. Hrp2 dpt la bertahan sampai buka puasa. Sbbnya ina kan masih menyusukan baby zara. Takut2 lembik hari nie. Hrp2 x la & hrp2 susu pun ok sbb x sahur. Selalunya waktu sahur ina akan minum air lebih sikit supaya pengeluaran susu ok & cukup utk baby zara. Nasib baik tgh mlm td ina & hubby mkn nasi kerabu. Ptg semlm pegi bazar Ramadhan. Sbbnya ina x masak. hihihi... Hujung minggu blh la pegi bazar sbb hubby habis kelas awal. So beli la nasi kerabu & nasi ayam dara berempah. Masa buka mkn nasi ayam dara berempah dulu. Nasinya byk & bahagi 2 dgn hubby. Ada jgk beli kuih2. So kenyang la masa berbuka tu. Tu yg mkn nasi kerabu kemudian. Sekali pg td x bangun sahur la plak. huhuhu... Apa2 pun puasa perlu diteruskan. 

Alhamdulillah, hari nie dh masuk hari ke 12 kita berpuasa. X tau la ina dpt puasa penuh ke tidak sbbnya belum period lg bln nie. Dh lewat seminggu dh nie. Bln lps lewat 2 minggu. Ingatkan pregnant. Siap buat UPT lg. Sekali negatif. Kita tgk bln nie plak. Ina & hubby mmg merancang nk baby lg jika diizinkan olehNYA. Ya la, umur pun dh meningkat. So skrg la nk tambah baby. Hrp2 ada rezeki utk ina tambah baby lg. AMIN...

Friday 19 July 2013

Homemade Cookies utk Baby Zara


Princess Zara Cookies
Assalamualaikum....

Hmmmm, baby zara tgh tido. So blh la update blog sekejap. Ok la, kalau nk tau pg td ina buatkan cookies utk baby zara. Sebenarnya nie kali ke 2 ina buatkan cookies utk baby zara. Kali pertama x jadi. Sebabnya ina t'salah sukatan. huhuhu.... So cookies jadi keras. Mmg x puas hati masa tu. Mmg nk buat lg cookies lps tu. Tp x buat2. So hari nie ina buat lg. Bahan2 semua dh ada. Resepi cookies nie ina amik dari blog blog saya hot. Blog nie mmg byk resepi makanan utk baby & blog nie jugak la yg selalu m'jadi rujukan ina utk masak makanan zara. 

Bahan2 utk cookies
Nie resepi & cara utk buat cookies.

1/2 cawan (125g) unsalted butter
3/4-1 cawan (125g) tepung atta
1/8 cawan (2 sudu besar) tepung jagung
puree kurma
cheese @ cream cheese

adunan yg dh sebati disimpan dlm peti ais selama setgh jam
Mula2 panaskan oven 180 C selama 10 minit. Kemudian pukul butter sehingga kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati. Lps tu blh la dibahagikan kpd beberapa bahagian. Ina bahagikan kpda 2 bahagian. 1 bahagian ina letak puree kurma. 1 bahagian lg ina letak cheese. Kemudian simpan adunan dlm peti ais selama setgh jam. Lps tu blh la dikeluarkan adunan. 

adunan perisa kurma
adunan perisa cheese
Tekap adunan dgn cookies cutter mengikut kesukaan anda. Akhir sekali bakar dlm oven selama 15-20 minit dgn suhu 180 C. Kalau ikutkan dlm blog saya hot, bakar selama 20 minit pada suhu 190 C. Mula2 mmg ina bakar pada suhu 190 C. Tp lps dh 15 minit, cookies mcm dh nk hangit. Mungkin suhu tinggi sangat. So kali ke 2 bakar, ina turunkan suhu & bakar selama 15 minit. Alhamdulillah, menjadi. 

Nie la rupa cookies yg letak cheese. Mmg buruk rupanya, tp masih rapuh.
Tp ada bahagian yg x jadi. Bahagian yg ina letak cheese. Ina ingatkan bila dh bakar, cheese akan cair. Sekali tidak rupanya. Cheese jadi mcm nk hangit & rangup walaupun cookies lembut. So lps nie mmg x blh letak cheese. Gantikan dgn cream cheese. Adunan yg guna puree kurma, alhamdulillah sedap rasanya. Lps buka td ina try rasa. Adunan yg letak cheese tu rasa mcm crispy sikit bila digigit. Crispy dari cheese. Rasanya lemak2. Tp x de rasa manis2. Oh ya, cookies nie mmg rapuh. Nk2 yg cheese. Yg puree kurma x berapa rapuh sangat. Tp still lembut utk baby zara gigit. Hmmmm, habis b'sepah baby zara mkn. Mama jgk la yg kena sapu. X apa la zara. Janji zara mkn. Senang hati mama. So lps nie blh la buat lg. Try letak puree pisang plak. hihihihi.... (^_^)

Sumber: blog saya hot

Lempeng Labu & Kismis


Lempeng labu & kismis
Assalamualaikum....

Alhamdulillah, hari nie dh masuk hari ke 10 kita berpuasa. Sekejap je masa berlalu. Tp mood rasa masih belum ada lg. Bila dh b'kumandang lagu raya, br la mood nk beraya tu dtg. Ok la, x mau la citer pasal raya dulu. Bila dh ada mood raya br kita citer pasal raya. Mula2 ina nk citer pasal makanan baby zara. Blog ina nie mmg byk citer pasal baby zara. Puteri kesayangan ina. Disebabkan stok labu sentiasa ada kt rumah nie, so ina t'fikir nk buat lempeng labu utk breakfast baby zara. Senang je nk buat lempeng labu nie. Mula2 stim labu sehingga masak. Kemudian lenyek2kan labu sehingga hancur. Lps tu campurkan sedikit tepung atta. Tepung nie agak2 la ya sukatannya. Jgn terlebih tepung tau. Takut lempeng x lembut nanti. Kacau tepung & labu sehingga sebati. Sambil2 tu panaskan non stick pan dgn unsalted butter. Kemudian curahkan adunan ke atas kuali. Ratakan adunan supaya lempeng tidak terlalu tebal. Akhir sekali taburkan kismis di atas lempeng. Jgn lupa t'balikkan lempeng supaya kedua2 belah permukaan lempeng masak. Ok, dh siap. Senang kan??? Selamat mencuba. (^_^)

Thursday 18 July 2013

Spinach With Carrot & Dates


Sup bayam bersama carrot & kurma
Assalamualaikum...

Hari nie nk update pasal makanan baby zara lg. hihihihi... Disebabkan sayur bayam ada lg, ina buat sup bayam lg utk baby zara. Tp kali nie ina campur dgn carrot, kurma & stok ayam. Baby zara mmg suka mkn bayam nampaknya. Kali nie pun habis bubur yg ina buat. Alhamdulillah. So far, baby zara poo poo pun ok bila mkn bayam. X de la sembelit ke apa. Lps nie kena cuba sayur lain plak. Baby zara pun dh nk dkt setahun. So dh byk sayur yg blh baby zara mkn. Ina la yg kena kreatif utk sediakan makanan baby zara. Mudah2an ina dpt buat yg t'baik utk baby zara. (^_^)

Inilah hasil air tgn mama zara yg x seberapa.

Wednesday 17 July 2013

Lempeng Jagung Untuk Baby Zara


Lempeng Jagung
Disebabkan stok jagung ada lg, so ina buatkan lempeng jagung utk baby zara. Senang je nk buat lempeng jagung nie. Mcm kita buat lempeng yg biasa tu. Ina cuma guna isi jagung, tepung atta & unsalted butter. Oh ya, tepung atta nie sejenis tepung utk m'buat capati. Tepung nie x sama dgn tepung biasa sbb tepung nie lebih halus & lembut. Mmg sesuai utk digunakan dlm pemakanan bayi. Mula2 ina stim isi jagung sampai lembut. Kemudian blend isi jagung sehingga halus. Lps tu campurkan sedikit tepung atta. Jgn lupa letak sedikit air supaya adunan x terlalu pekat. Bancuh hingga sebati. Panaskan kuali & letakkan sedikit unsalted butter utk m'goreng. Gunakan non stick pan supaya lempeng tidak melekat. Masak lempeng sehingga agak2 kekuningan & garing. Walaupun garing lempeng masih lembut. Selamat mencuba... (^_^)

Sayur Bening Bayam Bersama Keledek


Sup Bening Bayam Bersama Keledek
Assalamualaikum....

Td citer pasal jagung. Nie nk citer pasal sayur bayam plak. Awal bulan hari tu pun ina perkenalkan bayam utk baby zara. Sayur bayam pun blh diperkenalkan kpd baby dari umur 10 bulan ke atas. Utk permulaan, sayur bayam nie ina buat sup bening yg dicampur dgn keledek. Senang jer nk masak sup bening nie. Semua org tau. Bahan utk sup baby zara ialah bayam, keledek, homemade chicken stock, bawang holland, bawang putih & olive oil. Mula2 ina tumiskan bawang holland & bawang putih dgn olive oil. Lps dh naik bau, ina masukkan sedikit air. Kemudian ina masukkan keledek yg dipotong dadu. Potong kecik2 supaya keledek cpt empuk. Bila keledek dh empuk, masukkan homemade chicken stock. Last sekali br masukkan bayam. Masak sehingga bayam agak2 layu. Tp jgn layu sgt. Ok, siap utk dihidang. Utk baby zara ina masih lg blend sayurnya. Tp blend secara kasar supaya tekstur sayur masih ada utk dikunyah oleh baby zara.  Alhamdulillah, habis baby zara mkn. Suka mama tgk baby zara mkn sampai habis. Sbbnya, kdg2 baby zara nie ada masanya jgk mkn x abis. 
Bubur bersama sup bening bayam
Alhamdulillah, habis baby zara mkn.

Cheesy Sweet Corn


Cheesy Sweet Corn
Assalamualaikum & Selamat Pagi....

Alhamdulillah, hari nie dh masuk hari ke 8 umat Islam b'puasa. Sekejap je kan masa b'lalu. Pejam, celik, pejam, celik, dh nk raya. Ckp pasal raya nie, p'siapan raya utk ina sekeluarga masih belum sempurna. Baru sediakan sikit2. Sikit2??? Nk byk mana la ina nie kan. Sederhana sudah. Utk ina & hubby mmg sederhana. Mulai tahun nie kena beri tumpuan yg lebih utk baby zara. Kalau thn lps, ina & baby zara beraya dlm pantang. Blk kg sebelah abah kt Tangkak. X ke mana pun. So thn nie blh la sambut dgn lebih meriah. Thn lps mmg meriah jgk sbb kehadiran org baru. Tp thn nie & seterusnya akan lebih meriah lg dgn baby zara yg sedang m'besar. Mesti comel si kecil baby zara pakai baju kurung. Ok la, kita stop dulu citer pasal hari raya nie. Tajuk kt atas Chessy Sweet Corn, tp citer pasal raya. hihihi... Sbnrnya ina nk citer pasal menu makanan baby zara. Rasanya dh lama x update pasal makanan baby zara. Busy memanjang. Busy ke??? hihihi....
Isi jagung yg sedia utk distim
Awal bulan ari tu, ina perkenalkan sayur baru utk baby zara iaitu jagung. Eh kejap. Jagung kategori sayur ke buah eh??? Rasanya dua2 blh kot. hihihi... Kalau nk ikutkan, jagung blh diberi pd bayi berumur 10 bulan ke atas. Tp ina selalu lewatkan sebulan. Lg pun tekstur jagung agak keras. Kena rebus @ stim & blend utk baby zara. So hari tu ina buatkan Chessy Sweet Corn utk baby zara. Oh ya, ina beli jagung kt pasar malam. Sebelum tu ada jgk cari jagung kt pasar mlm Country Homes. Tp x de. Sekali pegi pasar mlm kt Bandar Tasik Puteri ada plak org jual jagung. Alhamdulillah, ada rezeki utk zara & ina sekeluarga. 
Yeayyy, jagung dh masak...
Isi jagung yg siap digaul dgn cheese & unsalted butter
Utk buat Chessy Sweet Corn, ina hanya gunakan jagung, cheese & unsalted butter. Mula2 ina kikir @ kikis isi jagung dari batangnya. Ina guna sebatang je. Lps tu ina stim sampai isi jagung lembut. Nk rebus pun blh. Bila isi jagung dh masak ina terus letak cheese & unsalted butter supaya cheese & unsalted butter cair dgn cpt. Kemudian gaul sehingga sebati. Akhir sekali blend isi jagung sehingga halus. Ok dh siap. Alhamdulillah, habis baby zara mkn sbb makanan baru utk dia kan. So lps nie blh la buat makanan lain yg berasaskan jagung lg.

Monday 15 July 2013

Keistimewaan & Kelebihan Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam). (Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. (Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khalifah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Sunday 14 July 2013

3 Ramadhan 1434H, Baby Zara is Turning 1




Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari nie dh masuk 5 Ramadhan. So dh 5 hari kita b'puasa. Sekejap je masa b'lalu kan. Masih belum t'lambat utk ina ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak & Selamat Berpuasa kpd anda semua. Al maklumlah, baru b'kesempatan update blog. Sebenarnya hari2 bukak blog. Tp asal nk update je ada yg m'ganggu. Gangguan dari si kecil baby zara. Lps tu dgn line internet yg x brpa nk ok. Tu tg x update blog. Entri nie ina dh taip masa 3 Ramadhan hari tu. Sekali nk publish internet slow mcm siput. Hari nie br ok. B'ckp pasal Ramadhan, awal puasa hari tu ina sambut puasa kt Muar. Sbb raya thn nie kt Grik, kg hubby. Tu yg sambut puasa kt Muar. Mmg seronok b'buka puasa dgn family. Mer8ah sbb ramai. Tp ina t'lupa nk amik gambar menu masa b'buka kt Muar. huhuhuhu.... 

Ok la. Kalau nak tau, 3 Ramadhan yg lps, ulang tahun kelahiran baby zara yg pertama mengikut bulan Islam. Senang je nk ingat ulang tahun baby zara mengikut bulan Islam. Masih teringat lagi detik2 kelahiran baby zara thn lps, 3 Ramadhan 1433H. Kenangan terindah yg tidak akan dilupakan sampi bila2. Pengalaman & pengorbanan seorg ibu melahirkan cahaya mata yg sgt comel, Afeeya Puteri Noor Zara di bulan Ramadhan yg mulia & penuh keberkatan. Alhamdulillah, semalam baby zara genap 1 tahun mengikut bulan Islam. Happy birthday Baby Zara. Hmmm, ina x de buat apa2 pun. Tunggu tarikh 23 Julai 2013 utk sambut besday zara. Tp masa tu masih lg dlm bulan Ramadhan. Mmg x buat apa2 parti la. Just sambut anak beranak. Ingat nk buat besday party baby zara masa raya nanti. Tp still dlm perancangan. Apa2 pun ina sentiasa doakan baby zara dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, dikurniakan akal fikiran yg cerdik pandai, m'jadi anak yg solehah, taat & patuh kpd kedua ibubapa, dilindungi & dirahmati oleh Allah s.w.t serta b'jaya & cemerlang di dunia & akhirat. AMIN

Friday 5 July 2013

Jenjalan @ IKEA


mama yg sdg menikmati meatball & zara yg kebosanan+mengantuk
Assalamualaikum...

Hari rabu lps hubby ajak pegi IKEA. Katanya nk mkn tgh hari kt sana. Nk mkn salmon. So dlm pukul 9 pagi baby zara dh bgn. Terus ina mandikan baby zara. Siap2 kan baby zara dulu. Kemudian br ina plak b'siap. Dlm pukul 10 pagi br keluar rumah. Tp pagi tu hubby ada tuisyen. Ina pun ikut sekali. Tp x de la duk kt dlm rumah student tu. Kebetulan kt depan rumah student tu ada taman permainan. So ina pun bawak la baby zara pegi taman tu. Angin masa tu sepoi2 bahasa. Sedap plak rasanya duduk kt situ. Ada buai, gelongsor, kuda yg enjut2 tu & mcm2 lg la. Mula2 ina bg baby zara naik buai. Bkn min suka dia naik buai. T'sengih2. Sambil2 tu mata duk tgk anak mat saleh. Baby zara nie mmg suka sgt dgn budak2 yg sebaya @ besar sikit dari dia. Lps dh main buai, ina suapkan bubur kt baby zara. Siap bawak bekal lg. Dh siap mkn main2 lg. Seronok je baby zara main. Tu belum blh jln lg. Kalau dh blh jln nanti mesti nk main sendiri. Hubby abus kelas pukul 12 tgh hari. Lps hubby abis kelas terus gerak pegi IKEA. Hmmm, ramai jgk org. Tp x de seramai mcm yg ina pegi dulu. Sampai nk mkn pun x de tmpt. Kali nie pegi ada tempat lg. Mungkin sbb belum pukul 1. Alhamdulillah...
nie daddy punya
yg nie plak mama punya
mashed potato yg x brpa lembut
bubur baby zara
Hubby terus pegi beli makanan. Ina nk mkn Swedish MeatBall. Hubby plak nk Salmon. Org ckp Meatball IKEA sedap. Dulu dtg x dpt mkn. So kali nie br nk rasa. Baby zara dgn ina. Hmmm, makin ramai org masa tu. Baby zara dh x nk duk kt dlm stroller. Ina pun angkat duk kt atas meja. Nk amik baby chair kena tunggu hubby dtg. Tunggu punya tunggu akhirnya hubby dh dtg. Sekali tgk hubby beli Lemon Chicken Thigh. Bukan salmon. Tp meat ball ina pesan still ada ya. Lps tu hubby pegi amik baby chair utk baby zara. Bukan main baby zara duduk kt dlm baby chair tu. Kejap pandang sana, kejap pandang sini. Dia tgk ramai org sgt kot & mcm2 kerenah org. Sambil mkn sambil suap baby zara. Baby zara mkn bubur la. Bubur yg daddy masak pg2 sebelum keluar. Bubur ayam, brokoli & carrot. Masa kt taman permainan dia dh mkn separuh. So tinggal lg separuh. Tp mkn pun x abis. Sbbnya duk sibuk nk amik benda yg kt atas meja. Lg satu, baby zara dh mengantuk. Bg je bantal, terus la dipeluk bantal tu. Mmg nk tido dh tu. 
entah apa la yg zara pandang
bantal peluk kesayangan @ bantal busuk
saya sudah mengantuk la mama
Lps dh siap mkn, br jln2 kt IKEA. Nk cari permainan utk baby zara. Sekali jumpa la set pinggan, mangkuk, cawan, sudu & garfu plastik. 1 set RM5.50. So beli la semua set tu. Mmg colourful. Cantik. Baby zara kan suka main masak2 skrg nie. Kalau masuk dapur abis periuk, kuali & perkakasan dapur dibuat permainan dia. So bila dh ada set pinggan mangkuk plastik nie, blh la baby zara main. Sambil2 tu blh mama guna utk baby zara jgk. Lps tu hubby beli bath tab utk baby zara. Dh besar br beli. Mcm kelakar plak. hihihi... Hubby ckp x pyh baby zara duk kt lantai lg. Masa kecik2 dulu mmg baby zara mandi dlm besen. X beli pun bath tab sbb kt umah mak dh ada. Lps abis pantang x bawak pun bath tab tu blk rawang. Guna besen je. Bath tab IKEA mmg cantik walaupun warna putih. Plastiknya nmpk lain. Lps tu beli water spray & jam. X beli apa sgt pun. Just pusing2 je. Baby zara pun dh t'tido.
baby zara dgn bantal brokoli & carrot
try permainan kjp.. x beli pun.. hihihi...
muka mengantuk & akhirnya t'tido
sempat mama b'posing
hasil tangkapan di IKEA
Sebelum blk singgah Daiso. Daiso nie kedai brg2 dari Jepun. Mcm2 ada. Setiap brg harganya RM5. X kira la brg tu kecik ke, besar ke, harganya mmg RM5. Kt Daiso ina beli mangkuk baby zara, sudu hello kitty, glove utk pegang benda panas, balang biskut & bekas utk bakar kek. Ina mmg suka masuk Daiso nie sbb mcm2 brg ada. Tp tu la. Semuanya RM5. Kalau brg tu besar ok la. Kalau kecik, mcm rugi je. Lps dh puas pusing2 br blk. Hmmm, hari tu baby zara baik sgt. Duduk je kt dlm stroller. Kalau x, nk suruh dukung je. Tq zara sbb x buat perangai. Mama sayang zara.
yg nie hasil tangkapan kt Daiso
Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...