Thursday 28 March 2013

Pelakon Siti Fazurina Akhirnya Terpaksa Nikah Kali Kedua!


PETALING JAYA – Pelakon Siti Fazurina akhirnya terpaksa bernikah buat kali kedua selepas pihak mahkamah mendapati perkahwinan kali pertamanya dengan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, tidak sah mengikut hukum syarak.
Ibu kepada pelakon itu, Zubaidah Abu Bakar, 61, berkata, akad nikah tersebut telah dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gunung, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu berwalikan adik kandungnya, Mohd Firdaus Mohd Famir, 22.
“Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 31 dan Hykal, 32, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.
Bagaimanapun menurut ibunya, perkahwinan itu tidak sah kerana Siti Fazurina dipercayai memberikan maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang dengan mengatakan dia anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan dia masih mempunyai dua adik lelaki kandung yang layak untuk menjadi walinya.
Dia dilaporkan telah menukar qariah asalnya iaitu Sungai Petani (Kedah) kepada Ayer Hitam (Pulau Pinang) dan melangsungkan pernikahan dalam tempoh kurang empat bulan bermastautin di situ sehingga memaksa ibunya melaporkan hal tersebut kepada mahkamah berkenaan.
Dalam pada itu, Zubaidah memberitahu walaupun tidak merestui anaknya itu berkahwin semula dengan lelaki berkenaan tetapi dia terpaksa akur kerana tidak mahu anaknya itu hidup bergelumang dengan dosa.
“Saya sebenarnya tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak merestui hubungan mereka itu.
“Tiada seorang ibu pun mahu melihat anaknya hidup dalam maksiat dan tindakan saya ini (melaporkan hal berkenaan kepada mahkamah) semata-mata mahu menegakkan kebenaran,” jelasnya.
Tambahnya, keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah telah membuktikan segala tohmahan masyarakat terhadapnya sebelum ini ternyata salah.
“Ramai mengatakan saya kejam kerana cuba menghalang perkahwinan mereka apabila mendakwa pernikahan mereka tidak sah tetapi keputusan mahkamah telah membuktikan saya tidak menipu,” katanya.
Menganggap kejadian yang menimpa keluarganya sebagai ujian daripada Allah, Zubaidah memberitahu buat masa ini dia belum terfikir untuk memaafkan perbuatan Fazurina yang membelakangkannya sebagai seorang ibu.
“Siapa yang tidak sayangkan anak tetapi jujurnya hati saya sebagai seorang ibu masih terluka. Jika ingin meminta maaf dari awal lagi mereka boleh buat begitu,” ujarnya.
Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan daripada Fazurina gagal apabila pelakon drama Trilogi Cinta itu tidak menjawab panggilan telefon. – mStar Online

Wednesday 27 March 2013

Menu Baru Bubur Baby Zara

BUBUR NASI CAMPUR AYAM & BROKOLI
Lunch utk baby zara hari nie ina buatkan bubur nasi campur ayam & brokoli. Nie 1st time baby zara mkn brokoli. Baby zara dh 8 bln. So dh blh mkn brokoli. Bubur yg ina buat hari nie ina x campur kurma atau kismis. Ina nk tgk baby zara blh mkn x kalau x letak kurma atau kismis. Ya la, bila letak kurma atau kismis bubur akan ada rasa manis2 sikit. Lagi2 kalau letak kurma. Mmg akan rasa manis. Tapi manis buah la. Masa mula2 mkn mmg nmpk perubahan muka baby zara. Hari nie menu baru plak. Baby zara x pernah rasa lg. Mmg lain mukanya. Ina ingat baby zara x suka dh bubur yg ina buat hari nie. Rupanya tidak. Baby zara sampai nk menangis ina lmbt suap bubur kt dia. Suka rupanya dgn menu baru bubur hari nie. Alhamdulillah. Habis baby zara mkn. Bubur brokoli nie sama je mcm bubur lain yg ina buat utk baby zara. Brokoli ina masukkan lps bubur hampir nk masak sbb brokoli nie sekejap je masak. Ina x buat puree pun. Sbb selalu lps bubur masak ina blend bubur tu. So blh blend dgn sayur sekali. Bubur pun ina dh x tapis lg. Nk ajar baby zara tekstur makanan yg dia mkn, Tp still blend hingga halus lg. Kdg2 je ada yg masih kasar. Baby zara pun dh pandai kunyah sekarang. Al maklumlah dh ada gigi. Tp ina perhatikan bukan dia kunyah dgn gigi tp dgn gusi. Ok la tu. Sekurang2nya, baby zara x terus telan makanan tu. So lps nie blh la ina buat bubur brokoli campur dgn sayur2 lain setelah melalui 4 days rule. 

Tuesday 26 March 2013

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
Nie lauk dinner mlm tadi. Sejak kahwin ina mmg x pernah masak asam pedas. Asam pedas rebus ada la. Yg pekat mcm nie mmg x pernah masak lg. Bkn apa, ina x berapa mkn sgt asam pedas. Tgk keadaan. Kalau rasa nk mkn, mmg ina mkn. Kalau x tgk je la. hihihi. Mlm semlm tiba2 hubby ckp suruh masak asam pedas. Sebelum tu hubby ada beli asam pedas daging. Asam pedas Melaka katanya. Ina pun x tau apa beza asam pedas Muar dgn asam pedas Melaka. So hubby pun beli la bahan2 nk buat asam pedas. Ikan kembung mmg dh ada. Senang je nk masak asam pedas nie. Nie bahan2 yg ina gunakan utk masak asam pedas ikan kembung. 
  • Ikan kembung
  • Cili  kering
  • Bawang merah kecil
  • Bawang putih
  • Kunyit
  • Daun kesum
  • Serai
  • Bunga kantan
  • Asam keping
  • Minyak
  • Air
  • Garam
Mula2, masak cili kering. Kemudian lps dh sejuk kisar cili kering dgn bawang merah kecil, bawang putih & kunyit. Seterusnya, panaskan minyak dlm periuk. Masukkan cili kering yg tlh dikisar dgn bawang td. Masak sehingga naik minyak. Kemudian masukkan serai & asam keping. Tambahkan air. Masukkan ikan kembung, bunga kantan & daun kesum. Akhir sekali letak garam secukup rasa. Ok, siap utk dihidang. Hubby ckp sedap. Tapi. Ada tapinya jgk. huhuhu... Asam pedas ina cair sikit. Mmg x dinafikan. Ina terlebih air. huhuhu... X pe la. First time buat. Lps nie cuba lg. (",)

Monday 25 March 2013

CHECK UP 8 BULAN

BERPOSING DULU SEBELUM JUMPA NURSE
Hari isnin lps ina & hubby bawa baby zara pegi Poliklinik Maharani, Muar utk check up 8 bln. Last check up hari tu masa baby zara 6 bln. Masa tu berat baby zara 7.23 kg. Check up kali nie berat baby zara naik 7.7 kg. Alhamdulillah. Banyak jgk naik dlm tempoh 2 bln. Ya la, kn baby zara dh mula mkn. Tu yg berat naik byk sikit. Ina duk ingat berat baby zara dh masuk 8 kg sbb bile dukung baby zara mmg terasa. Rupanya msih dlm lingkungan 7 kg. X pe la. Janji baby zara sihat & aktif. Lps nie mkn byk2 ye baby zara supaya berat naik byk lg. Suka tgk baby zara bam2. Check up hari tu just timbang je. Ukur tinggi x de pun. Nurse tanya baby zara dh mula mkn belum? Ina bg tau baby zara dh mula mkn & ina buatkan bubur campur sayur & ayam. Nurse ckp bagus. Ada bg buah x? Ada. Lps tu nurse suruh ina suapkan baby zara roti cicah air milo. Ina hanya mengganggukkan kepala. Sebenarnya dlm hati nie b'kata OH TIDAK SAMA SEKALI. Knp tidak??? Jawapannya, milo x sesuai utk baby bwh 1 thn. Kandungan gula t'lalu tinggi utk baby. Roti pun kena ikut peringkat umur baby. Alhamdulillah, sejak join group Solid Food for My Baby kt facebook, byk ilmu yg ina dpt. So ina akan cuba yg t'baik utk pemakanan baby zara. Insyaallah. Ok, next check up 2 bln lg iaitu 13 Mei 2013. Kita tgk berat baby zara brp kg plak masa tu. (",)
COMEL X MULUT SAYA... (^-^)

Sunday 24 March 2013

BABY ZARA 8 MONTHS ALREADY

Alhamdulillah, semlm 23 Mac 2013 baby zara genap 8 bulan. Kjp je dh 8 bulan. Gigi pun dh tumbuh. Nk masuk 2 batang dah. Gigi bawah. Kadang2 kalau nk menyusu baby zara siap gigit. M'jerit jgk la ina. Bila ina m'jerit mesti baby zara lps. Tau mama dia marah. Bagus anak mama & daddy. Kdg2 tu kalau ina baring kt dia, mesti nk tarik rambut ina. Mmg sakit la. huhuhu... Pasal pemakanan pulak, skrg nie baby zara mmg berselera mkn. Selalunya baby zara mkn bubur mmg akan habis. Jarang la x abis. Lagi2 kalau bubur yg baby zara suka mkn. Pernah dulu ina buatkan bubur campur puree kentang. Tapi baby zara x suka. Mungkin sbb rasa kentang tu yg x berapa nk rasa sgt. Last2 ina campur puree pisang sikit. Baru laju baby zara mkn. Sekali baby zara poo poo najis keras la plak. Mana x nya. Semua karbohidrat. Ina plak x t'fikir masa tu. Nasib baik la baby zara x menangis masa dia poo poo najis keras tu. Sejak tu ina belum bg kentang lg. Skrg nie byk buat bubur carrot & labu. Sayur lain belum cuba lg. So dh masuk 8 bln nie blh la cuba sayur2 lain plak. Nanti kita cite psl pemakanan baby zara lg ye. Oh ya, kalau nk tau baby zara skrg pandai ajuk org. Kalau ina buat2 marah kt dia, mesti dia marah kite blk. hihihi...  Comel jgk baby zara marah. Suara bkn main kuat lg. Ada perkembangan baru pada baby zara. Ptg td masa tgh baring kt atas comferter baby zara tarik dada nk ambil mainan dia. Ina dgn hubby punya la suka sbb mmg nk tgk sgt baby zara tarik dada. Akhirnya, b'jaya jgk baby zara tarik dada utk ambil mainan dia. Tp sekjp je la baby zara tarik dada. Lps tu terus t'baring blk. X pe la. Sekurang2nya baby zara dh dpt tarik dada walaupun sikit. Ada perkembangan baru baby zara. Lps nie kalau dh laju baby zara tarik dada abis la 1 umah dia explore. Nk kena kejar je la rasanya. hihihi...


Saturday 23 March 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU YANA & PASANGAN

Assalamualaikum.... Dh seminggu kawan baik ina selamat diijabkabulkan dgn pasangannya, tp ina br nk taip entri pasal perkahwinan kawan ina. Hmmm, selalu lmbt update ina nie. Kena elakkan nie. Sedar diri sekjp tp nanti buat lg. huhuhu... Ok la, jom kita cita pasal wedding yana. Yana nie kwn baik ina dari sek rendah lg. Cuma x 1 kelas masa sek rendah. Kt sek menengah plak 1 kelas masa form 4 & 5. Lps tu kita org amik form 6 plak. 1 kelas lg lps ina tukar aliran dari sains ke sastera. Lps abis exam STPM ina sambung study kt UUM & yana keje. Tp kita org still rapat lg. Kalau ina cuti sem selalu jgk la lepak sama2. Skrg nie masing2 dh ada kehidupan sendiri. So kdg2 je la jumpa. Eh, td nak cite pasal wedding yana, tp pegi cite psl kisah silam plak. hihihi... Yana nikah hari jumaat 15 Mac 2013. Tp inqa x pegi masa yana nikah sbb ina belum blk Muar lg. Ina blk Muar mlm Sabtu. So ina pegi masa majlis persandingan yana je. Dlm pukul 1.30 ptg ina sampai umah yana. Ina pegi dgn hubby, baby zara, mak & adik fatihah. Masa sampai tu terus jump yana dulu. Warna tema majlis yana warna oren tp baju yana warna gold. Bila tgk baju yana warna gold teringat baju kahwin ina dulu. Warna gold jgk tp baju utk mlm berinai. Mengimbau kembali kenangan la plak.. hihihi.. Masa kt umah yana kwn sek yg ina jumpa dulu awin. Awin nie kwn 1 kelas masa form 4 & 5. Lps tu pegi mkn dulu sementara nk tunggu pengantin b'sanding. B'peluh2 baby zara duk bawah khemah sbb cuaca masa tu panas. Tp x lama lps tu hujan renyai2. Dlm pukul 2 lebih pengantin lelaki pun sampai. Masa tu ina kt bwh khemah lg. So mmg x sempat nk masuk blk dlm umah yana sbb org dh penuh. Mmg x tgk yana sanding. huhuhu... Dlm pukul 3 lebih baru la kwn ina yg lain sampai. Adura, masitah & zue. Kwn2 kelas yg lain mmg x nmpk. X dtg kot. Terus pegi jumpa dia org. Dh lama x jumpa. Adura, ina jumpa masa wedding ina. So dh 2 thn la x jumpa dia. Masitah plak ina jumpa thn lps. Masa tu tgh pregnant baby zara. Zue plak ina jumpa masa last sem kt UUM. Lg la lama. huhuhu... Akhirnya, b'temu kembali. Kira reunion kecik la nie. LPs kwn2 ina dh siap mkn kita org pun b'gambar la dgn pengantin. Tp gmbr kita org lg byk kot dari b'gmbr dgn pengantin. Terover la plak. hihihi... Baby zara masa tu duk dgn mak ina sbb tido. So ina jd single kjp. hihihi... Lps dh siap b'gambar hujan turun dgn lebatnya. Masa tu dh pukul 4 lebih. Tunggu la hujan b'henti sambil2 b'borak dgn masitah & adura. Awin & zue dh blk. Lps hujan dh b'henti baru blk umah. Harap2 lps nie dpt la buat reunion dgn member2 sekolah. Apa2 pun jom layan gambar masa wedding yana.

Thursday 21 March 2013

Lunch & Dinner For Baby Zara

BUBUR NASI CAMPUR AYAM, CARROT, LABU & KURMA
Hari nie baby zara mkn bubur nasi campur ayam, carrot, labu & kurma. Selalunya ina x campur 2 jenis sayur. Tp kali nie ina campur. Alhamdulillah, baby zara suka mkn. Oh ya, carrot & labu pun ina x buat puree. Ina just potong carrot & labu kecik2. Potong dadu. Kemudian bila bubur dh hampir nk masak br ina masukkan carrot & labu. Bila dh potong kecik2 skjp je labu & carrot masak. Sebelum tu ina masukkan ayam & kurma dulu bg ayam & kurma lembut & hancur. Lps bubur dh masak, biarkan sekejap supaya sejuk. Kemudian baru blend sehingga halus. Ina dh x tapis lg bubur baby zara. Tp mmg kena blend bg halus. Smlm ina blend x brpa nk halus sgt. Sekali bila suap kt baby zara, baby zara buat mcm nk muntah. Setiap kali suap mesti buat muka nk muntah. Maknanya baby zara x blh mkn bubur yg x hancur @ halus sepenuhnya lg. Hari nie elok je baby zara mkn. Berselera baby zara mkn. Alhamdulillah, smga baby zara cpt m'besar.... AMIN

Tuesday 19 March 2013

HAPPY 2nd ANNIVERSARY

♥ MY FAMILY
Alhamdulillah. Semalam 18 Mac 2013 genap 2 tahun usia perkahwinan ina bersama hubby. Alhamdulillah juga dlm tempoh 2 tahun kami telah dikurniakan seorg puteri yg sgt comel yg kini berusia 7 bulan lebih. Sekejap je masa b'lalu. Pejam celik, pejam celik dh 2 tahun ina kahwin. Mcm br semlm je rasanya diijabkabul. hihihi.... Mcm2 pengalaman yg dah ina & hubby lalui sepanjang 2 thn hidup berumahtangga nie. Manis, pahit, masam, kelat. Semuanya ada. Biasa la adat berumahtangga. Apa2 pun ina bahagia m'jadi isteri kepada Ahmad Zakiyuddin & mama kpd Afeeya Puteri Noor Zara. Syukur Alhamdulillah. Semoga ikatan perkahwinan yg kami bina berkekalan hingga ke akhir hayat kami, dilindungi serta diberkati oleh Allah s.w.t. & dikurniakan zuriat yg soleh & solehah. Semoga kami juga diberi kesihatan yg baik & diberi kekuatan serta ketabahan & kesabaran dlm menghadapi setiap dugaan dariNYA. Kpd my hubby, terima kasih kerana m'jd suami & daddy yg baik utk sayang & baby zara. I LOVE YOU SO MUCH....

Thursday 14 March 2013

KHASIAT @ KELEBIHAN KISMIS

KISMIS TOK GURU
Assalamualaikum. Hari nie ina nak cerita tentang khasiat kismis. Al maklum la, ina letak kismis dlm bubur baby zara. Hmmm, mmg sedap. Baby zara suka mkn bubur yg dicampur kismis. Ina gunakan kismis TOK GURU untuk diletakkan dlm bubur baby zara. Antara kelebihan kismis Tok Guru ialah kismis ini telah dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan didoakan oleh Ustaz dan para pelajar Maahad Tahfiz Nikmatillah Pulau Melaka, Kelantan. Amalan memakan kismis setiap pagi dapat mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan dan juga sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Kismis ini sesuai digunakan untuk meningkatkan kecerdasan otak dan minda. Malah sesuai untuk yang menuntut ilmu, mereka yang belajar menghafaz Al-Quran, mereka yang belajar menghafaz Hadith dan juga untuk para Hafiz dan Hafizah. Antara khasiat dan faedah kismis Tok Guru ialah menghilangkan penyakit lupa, menguatkan daya ingatan, mencerdaskan minda, membersihkan hati, mencerahkan mata dan menghilangkan balgham. 

Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab. Disabdakan Rasulullah SAW, Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.

Apakah sebenarnya rahsia kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dulu? Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat. Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen. Dalam satu penulisan dalam majalah Today Dietitian mengungkapkan kismis sebagai gula-gula asli dan semula jadi. Kenapa begitu? “Ia adalah salah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrisi di dunia. Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium”. Jika begitu, tidakkah kismis membahayakan kesihatan? Kismis mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula fruktosa adalah gula semula jadi yang dipanggil gula ringkas. Ia mudah diproses untuk menjadi tenaga. Walaupun kering, kismis juga dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot. Oleh itu, kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas. Snek ini menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan.

Antara khasiat lain Kismis:
a) Menajam minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.
b) Antioksida. Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.
c) Gigi sihat. Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.
Oleh itu, kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Tuesday 12 March 2013

LAHAD DATU: SEORANG LAGI ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA TERKORBAN

OPS DAULAT
Innalillahiwainnailaihirojiun. Seorang lagi anggota keselamatan Malaysia terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Lahad Datu. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi. Menurutnya, pasukan keselamatan bertembung dengan lima anggota penceroboh pada jam 7.45 pagi ketika melakukan operasi pembersihan di kawasan sekitar Sungai Nyamuk dekat Tanjung Batu. Penceroboh berundur ke bahagian atas Sungai Nyamuk dan anggota mengekori mereka dan diikuti dengan pertempuran pada kira-kira jam 10.45 pagi. Anggota keselamatan yang terkorban adalah 1163468 Prebet Ahmad Hurairah bin Ismail dari 7md, Kem Kukusan Tawau, Sabah. Allahyarham terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pagi tadi. Arwah berasal dari Kelantan. Beliau adalah anggota tentera pertama yang terkorban di mana sebelum ini seramai 8 orang anggota polis telah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu, Sabah.  Jenazah akan dibawa pulang ke kampungnya di Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan. Jenazah akan diterbangkan dari Lapangan terbang Tawau pada pukul 4 pagi esok dan dijangka tiba di lapangan terbang Pengkalan Chepa jam 8 pagi. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN 

Monday 11 March 2013

BABY ZARA DAH ADA GIGI

KENA TGK BETUL2 GIGI BABY ZARA. NMPK TAK???
Alhamdulillah, di usia 7 bln lebih baby zara dh tumbuh gigi sebelah bawah. Br sebatang giginya. Ina perasan masa minggu lps lg. Tp hari nie br nk menaip pasal gigi baby zara nie. Mula2 tu mmg perasan gusi baby zara dh keras. X lama tu ina nmpk kt gusi baby zara mcm t'belah sikit. Tp masa tu gigi belum keluar lg. So tunggu je la. Sekali masa blk Gerik minggu lps tiba2 mlm Isnin tu baby zara menangis masa tgh tido. Teresak2 jgk la menangis. Sebelum tido tu bkn main baby zara main. X sudah2 m'jerit. Ina pun ingat baby zara mengigau. Hubby pun cuba masukkan jari dia dlm mulut baby zara. Rasa kt gusi baby zara. Tadaaaa... Gigi dh keluar rupanya sbb ada rasa tajam2. Tp tu la. Br sebatang. Skrg pun masih sebatang lg. Ina pun x pasti sama ada gigi akan keluar 2 batang terus atau satu2 dulu. Sbb selalu tgk gigi baby mesti ada 2 batang. X kisah la gigi atas atau gigi bwh. So kena la tanya pada org yg b'pengalaman lps nie. Baby zara skrg nie suka gigit benda2 yg keras. Habis mainan dia gigit. Bg teether pun kejap je baby zara gigit. Lps tu buang ke tepi. Setakat nie kalau baby zara bf x de la dia m'gigit lg. Alhamdulillah. Kalau x m'jerit ina. hihihi... Tp x tau la lps gigi dh tumbuh byk nanti. Harap2 x m'gigit la. Think positif. (^_^)




Saturday 9 March 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU ET & PASANGAN

ET & PASANGAN
Hari sabtu yg lps ina, hubby & baby zara pegi wedding kawan ina masa study kt UUM dulu. Majlis b'langsung di dewan SMK Tajul Ariffin, Manong Perak. Sebelum tu ina blk umah mak mertua dulu kt Gerik. Ina blk mlm sabtu. So esknya pegi manong. Ingat x jauh kalau gerak dari Gerik. Tp jauh jgk rupanya nk ke Manong tu. Ada la dkt 2 jam p'jalanan. Ina janji dgn kwn ina yg lg sorg utk pegi sekali wedding et. Kwn ina pun nama ina jgk. Ingat lg masa study dulu. Kwn2 nk bezakan kami dia org panggil ina Muar & ina Baling. Yg sebenarnya ina pun asal dari Baling jgk tp skrg family ina duduk kt Muar. Tp kg masih kt Baling, Kedah. Kwn ina dia pegi umah abg dia dulu kt Kuala Kangsar. So kita org jumpa kt Kuala Kangsar. Kita org sampai kt wedding et pun dh pukul 2 lebih. Et tgh mkn beradab masa tu. X sempat nk tgk et b'sanding. Kalau kt Johor, pukul 2 mcm tu pengantin br sampai. Tp kt Perak dh siap b'sanding rupanya masa tu. Biasa la. Lain negeri, lain adatnya. X pe la. Janji ina dh sampai kt wedding et. Mmg ina nk sangat pegi wedding et. Sbb last ina jumpa et masa ina kawin dulu. Lps tu x jumpa dh. huhuhu.... Masa kt majlis ina x jumpa pun kwn2 UUM yg lain. X tau la ada yg pegi ke x. Et nie kwn baik ina masa study dulu. Kwn 1 course, 1 kolej, 1 blok & 1 paras. Cuma bilik je lain2. Et pun dtg masa wedding ina dulu. Ina dpt jumpa et sekjp je. Tu pun masa nk amik gmbr. X sempat nk b'bual lama. Biasa la. Pengantin kn. Sibuk nk jumpa tetamu & b'gambar. Ina dulu pun mcm tu jgk. X sempat nk b'bual2 dgn kwn2. Kalau yg dtg sebelum majlis b'sanding mmg sempat la nk b'bual. Lps dh jumpa et & b'gambar kita org pun blk. Plan lps nie nk buat reunion. Nk jumpa blk kwn2 masa kt UUM dulu. Rindu nk kumpul ramai2. Tp tu la. Masing2 dh ada komitmen. Mmg susah nk kumpul ramai2. Hrp2 lps nie boleh la buat reunion. Mana yg ada la. janji dpt jumpa. X nak la ikatan persahabatan yg dibina t'putus mcm tu je. Nasib baik la ada facebook. So blh la b'tanya khabar melalui facebook. Next week 16 Mac blk Muar plak sbb kawan ina masa 1 kelas dkt sekolah menengah kawin. Tu pun kawan baik. Mmg wajib pegi kalau x de apa2 aral melintang. Hadiah pun belum cari lg nie. X sbr nk pegi wedding next week sbb dh janji dgn kwn2 lain nk jumpa. Mmg dh lama x jumpa dia org. Rindu nk jumpa & b'borak2. 
ACARA MKEMOTONG PULUT KUNING OLEH PANGANTIN (gmbr pulut kuning x nmpk plak)

INA & BABY ZARA
INA BALING & BABY ZARA
INA MUAR & INA BALING
KAMI LAGI
BABY ZARA WITH AUNTIE INA 
B'GAMBAR DI PELAMIN YG INDAH

Thursday 7 March 2013

Polis SAHKAN Mayat Pegawai Dan Anggotanya Di Semporna Diperlaku Dengan KEJAM!!!!


Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata polis dalam Facebook lewat malam tadi. Menceritakan kronologi peristiwa krisis Sabah itu, polis juga mendedahkan mereka terpaksa menghantar pasukan penyelamat ke kampung tersebut sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang cedera dan mengambil mayat rakan mereka yang maut dalam serangan hendap sekumpulan penceroboh dari selatan Filipina. Menurut posting Facebook tersebut, polis menghantar satu pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh Filipina.
“Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis itu telah diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh oleh pihak polis.
“Pihak polis dihantar pasukan penyelamat untuk mengambil mayat wira-wira kita terkorban dan menyelamatkan anggota yang terperangkap di Kampung Simunul, Semporna. Pasukan itu berjaya melaksanakan misi tersebut.
“Mayat anggota polis yang terkorban itu ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut,” tambahnya..
Polis menamakan enam anggota yang terkorban sebagai Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.
Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan bahawa ada mangsa dipenggal dan juga mata mereka dikorek keluar.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merujuk kepada insiden tersebut dalam satu sidang akhbar pada hari Selasa dan menyifatkan tindakan penceroboh itu ‘sebagai tidak Islamik’.
Insiden mengerikan itu juga dibangkitkan pada mesyuarat tengah malam antara Setiausaha Luar, Albert del Rosario dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman pada hari Isnin di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengeluarkan satu penjelasan semalam, bahawa del Rosario tidak melabelkan kumpulan Filipina itu sebagai “pengganas”, tetapi mengakui kekejaman tersebut, jika benar, dianggap sebagai perbuatan “pengganas”.
Di Semporna, terdapat dakwaan tindakan keganasan. Seperti yang dilaporkan oleh menteri luar Malaysia, selepas pasukan polis terjebak dalam satu serangan hendap dan dibunuh, mayat mereka dipelakukan dengan kejam. “Jika benar kekejaman ini dilakukan seperti yang dilaporkan kepadanya, kedua-dua setiausaha luar dan menteri luar itu bersetuju bahawa ini adalah tindakan keganasan,” kata kenyataan itu.

PERJUANGAN & PENGORBANANMU TETAP DIKENANG... AL FATIHAH

Takziah ina ucapkan kepada keluarga wira2 negara yg telah terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu & Semporna, Sabah. Mereka yg terkorban dlm pertempuran di Kg. Tandua, Lahad Datu ialah Almarhum Insp Zulkifli bin Mamat, 29 tahun dan Koperal Sabaruddin bin Daud, 47 tahun dari Unit 69 Komando PDRM. meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, pada hari jumaat (1 Mac 2013) yg lepas. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3. Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.
Dalam kejadian serangan hendap penceroboh di Kg Srijaya, Simunul Semporna pada 2 Mac 2013, 6 orang anggota polis telah terkorban. Mereka ialah Superitenden Ibrahim Lebar (Cawangan Khas, Bukit Aman), ASP Michael Padel (Cawangan Khas, Ibu Pejabat Daerah Semporna), Sarjan Baharin Hamit (Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontingen, Sabah), Sarjan Aziz Sarikun (Batalion 14, Pasukan Gerakan Am, Tawau), Koperal Salam Togiran (Ibu Pejabat Daerah Tawau) & Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran (Batalion 14, Pasukan Gerakan Am Tawau). 
Kesemua anggota polis yg terkorban telah dinaikkan pangkat dgn serta merta. Semoga keluarga allahyarham anggota polis yang terkorban tabah & sabar menghadapi dugaan dari Allah. Semoga roh-roh anggota polis yang terkorban dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Wednesday 6 March 2013

Bubur Nasi Baby Zara

BUBUR NASI + AYAM + CARROT + KISMIS
Sejak masuk umur 7 bulan, ina dh bg baby zara mkn bubur nasi. Bubur nasi pertama yg baby zara mkn ialah bubur nasi + ayam + puree carrot. Mula2 buat bubur tu ina blend beras. Tujuan blend beras supaya beras yg cpt masak & halus. So x pyh blend bubur lg lps dh masak. Mula2, beras tu ina sangai dulu hingga kekuningan. Lps dh sejuk, ina blend hingga halus sampai jadi mcm tepung. Kemudian masuk dlm tupperware & simpan dlm peti ais. Kalau nk masak bubur tu masak mcm biasa. Lps tu ina rebus isi ayam sikit utk dicampur dlm bubur. Tp isi ayam nie kena blend juga supaya halus. So ina pun kena la blend dgn bubur sekali. So kaedah yg ina guna blend beras siap2 x brpa m'bantu. Sejak tu ina masak bubur mcm biasa. Terus campur dgn isi ayam sekali. Jd bila nk blend, blh blend sekali. Lps dh blend ina tapis lg supaya halus sbb baby zara belum ada gigi lg. X berani ina nk bg bubur yg kasar. Alhamdulillah, baby zara suka mkn bubur nmpknya. Mula2 tu ina buat bubur nasi + ayam + carrot. Sekarang nie ina campur kismis bila buat bubur utk baby zara. Byk khasiat yg terkandung dlm kismis nie. Ina guna kismis Tok Guru. Ok, nanti ina post entri pasal kismis plak ye. Lps dh bg bubur nasi + ayam + puree carrot + kismis, ina bagi baby zara mkn bubur nasi + ayam + puree labu + kismis plak. Alhamdulillah, baby zara suka mkn jgk. Baby zara pun poo poo mcm biasa. Mula2 tu ada jgk la mcm sembelit. Risau jgk masa tu. Tp sekejap je. Lps tu dh ok dh. Lps nie kena fikir nk campur apa lg dlm bubur baby zara. Nie la tugas mama utk baby zara. 
BUBUR NASI + AYAM + LABU + KISMIS

Tuesday 5 March 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU ANGAH & FAEES

ANGAH & FAEES
Alhamdulillah, sepupu yg paling rapat dgn ina telah slmt diijabkabul b'sama jejaka pilihan hatinya pd hari sabtu (16/2/2013) yg lps. Angah anak mak dak ina. Adik abah. Ina mmg rapat dgn angah sejak kecik lg. Angah nie sebaya dgn adik ina yg lelaki. Dia dgn adik ina adik beradik susuan. Mak ina pernah susukan angah masa angah baby. Masa tu mak dak masuk hospital & angah x nk hisap susu botol. Jadi mak pun susukan angah. Dh jd anak susuan mak ina. Angah nikah pg sabtu. Mlm tu ada majlis khatam al Quran. B'sanding dlm pukul 2 lebih. Sebelum pengantin sampai hujan turun. So mmg lama nk tunggu hujan b'henti. Jadi pengantin x de berarak dr depan rumah. Pengantin perempuan hanya tunggu kt dpn pintu rumah je. Kalau kt jhr nie mcm2 adat masa kahwin. Antaranya ialah tol. Haaaa, tol nie masa pengantin lelaki nk masuk jumpa pengantin perempuan kt pelamin. Ada 3 tol. 1 kt pintu masuk, 1 kt dpn pelamin, 1 lg kt atas pelamin. Biasanya atas pelamin nie mak andam yg duduk. Pengantin lelaki kena sediakan ang pau utk org2 yg jaga tol. Mmg byk la sampul kena sediakan. Siap dgn duit ya, bkn sampul kosong. Ina dgn baby zara turut jd org jaga tol. hahaha... Seronok jgk. Ina dgn baby zara duduk kt depan pelamin. Hubby ina pun sama. Hubby jaga kt depan pintu. Dpt la 2 sampul utk kami. Alhamdulillah. Mmg seronok masa nie. Mcm2 ragam. T'ingat masa ina kahwin dulu. Siap b'pantun. Nasib baik la pengapit hubby pandai m'jwb pantun. Lps pengantin lelaki dh dpt duduk kt atas pelamin dgn pengantin perempuan, adat seterusnya ialah acara tepung tawar. Yg nie biasa kot kt negeri lain. Lps tu acara yg paling ditunggu2. Acara m'baling gula2 b'sama duit syiling. Yg nie mmg seronok. Yg besar, yg kecik, semua berebut2 t'masuk la ina & hubby. hihihi... Nasib baik duit syiling x jatuh atas kepala. Kalau baby zara dh besar mesti baby zara pun sibuk duk kutip duit & gula2. hihihi... Memang seronok majlis kahwin kt jhr nie. Mcm2 acara ada. Sampai dh jd adat. Kalau x de rasa mcm x brpa meriah majlis tu. Apa2 pun tahniah buat angah & suami. kerana tlh sah m'jd pasangan suami isteri. Semoga rumahtangga yg dibina b'kekalan hingga ke akhir hayat & dikurniakan zuriat yg soleh & solehah. AMIN

B'GAMBAR LPS MAJLIS KHATAM AL QURAN
INA, BABY ZARA & AGEE
INA & ANGAH
LPS NIKAH
TOL DI PINTU
TOL DI PELAMIN
TEPUNG TAWAR DARI AYAH PENGANTIN PEREMPUAN
BERSALAM DGN IBU TERSAYANG
HAPPY FAMILY
MAMA & BABY ZARA
DADDY & BABY ZARA
INA, ADIK, NYAEI & BABY ZARA
BAJU SAMA TP WAJAH YG B'LAINAN
KEADAAN YG KELAM KELIBUT
ANAK DARA MAMA & DADDY
SI COMEL JANTUNG HATI MAMA & DADDY

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...