Tuesday, 11 March 2014

Spaghetti Goreng

Assalamualaikum......

Spaghetti goreng tajuk utk entri mlm nie. Ina buat utk breakfast hari sabtu lps. Bahan semua dah ada. So terus rebus spaghetti. 1st time buat. Mmg sedap. Alhamdulillah, hubby pun cakap sedap. Senang je nak buat spaghetti goreng nie. Sama mcm buat mee goreng. So, jom tgk segala bahan yg ina gunakan utk memasak spaghetti goreng. 

BAHAN-BAHAN:
spaghetti
isi ayam
cili kering
bawang kecil
bawang putih
carrot
brokoli
bunga kobis
celery
tomato
minyak
telur
garam gula

CARA-CARANYA:
Mula-mula rebus spaghetti sehingga lembut. Kemudian toskan. Sementara tu kisar cili kering besama bawang kecil & bawang putih. Sebelum tu rebus cili kering jugak ya sehingga kembang. Lepas tu tumiskan cili kering dgn minyak yg tlh dipanaskan. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan sedikit garam & gula. Kemudian masukkan pula isi ayam. Biarkan sehingga isi ayam masak. Lepas tu masukkan sayur carrot, brokoli, bunga kobis, tomato & celery. Masukkan spaghetti yg telah ditoskan tadi. Kacau spaghetti hingga sebati. Akhir sekali masukkan telur. Tunggu seketika sehingga telur masak. Lepas tu tutup api. Ok, dah siap utk dihidang. 

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...