Thursday 23 May 2013

Strawberry Chocolate

Walaupun rupa x cantik, tp rasa masih ada... yummy
Assalamualaikum & selamat pagi. Pagi2 nie nk cite pasal strawberry chocolate. Sebenarnya dh lama dh buat strawberry chocolate tp br nk post kt blog. huhuhu. Sebenarnya, buah strawberry nie ina beli masa pegi Genting Highlands bulan lps. Bawak baby zara pegi main kt Genting Theme Park. Tp sebelum tu singgah kt strawberry farm. Petik buah strawberry sendiri. Blk umah buat strawberry chocolate. Tp x de la sedap mcm kt kedai. huhuhu.... Sbbnya, guna coklat masak brand yg biasa2 je. So x berapa nk sedap mcm kt kedai la. Coklat pun x berapa nk kilat. Ina cuma campur butter sikit je. Rupanya pun x berapa nk menarik. Blh la setakat nk mkn sendiri. hihihi... So lps nie kena cari resepi yg sedap utk buat Strawberry Chocolate. (>_<)

Monday 20 May 2013

Pasta With Chicken Soup & Veg



PASTA WITH CHICKEN SOUP & VEG
Assalamualaikum.... 

Semlm ina buatkan pasta utk baby zara. Ubah selera plak. Asyik mkn bubur je. Mesti la baby zara pun rasa jemu jgk walaupun mukanya tidak pernah nmpk jemu dgn bubur yg dibuat oleh mama. Selalunya habis je baby zara mkn. So kali nie try buat western food plak utk baby zara. Sekali sekala ubah selera kn. Sebenarnya nutrisi sama je. Pasta pun karbohidrat jgk. Tp mungkin rasanya lain sikit. Utk p'mulaan nie, ina buat pasta with chicken soup & veg. Sup tu ina buat mcm biasa. Mcm sup mkn dgn bubur. Tp x letak brokoli sbb brokoli dh abis. Pasta nie ina still blend lg sbb baby zara masih mkn makanan yg perlu diblend walaupun gigi dh ada 2 btg. Jom kita tgk bahan yg ina gunakan utk buat pasta baby zara.


Bahan2nya:
  • Pasta (ina guna pasta jenama Heinz)
  • Daging Ayam
  • Carrot
  • Labu
  • Bunga Kobis
  • Celeri
  • Bawang Holland
  • Unsalted Butter
  • Air
Cara membuat:
  • Potong semua sayur & ayam kecil2.
  • Kemudian panaskan unsalted butter.
  • Tumiskan bawang holland dgn unsalted butter. Masak sehingga naik bau.
  • Masukkan air.
  • Kemudian masukkan ayam, carrot, labu, bunga kobis & celeri. Masak sehingga sayur lembut.
  • Rebus pasta sehingga lembut. Ina rebus dlm 10 minit sbb nk bagi pasta betul2 lembut.
  • Akhir sekali campur sayur & pasta utk diblend. 
WESTERN FOOD PLAK YA ZARA


Sunday 19 May 2013

Daging Masak Kicap

HASIL AIR TANGAN MAMA ZARA
 Assalamualaikum....

Hari nie ina nk cite pasal Daging Masak Kicap. Ina masak daging masak kicap utk lunch & dinner hari nie. Kebetulan ada stok daging dlm peti asi, tu yg masak daging hari nie. Mula2 hubby suruh buat gulai ikan. Tp santan plak x de. Tu yg masak daging. Bahan semua dh ada. Tinggal nk masak je. Senang je nk masak daging masak kicap nie. Semua org tau. Saja je ina post. hihihi... Antara bahan yg ina guna ialah:

  • Daging
  • Cili Kering
  • Cili Api
  • Carrot
  • Bawang Kecil
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Kicap
  • Gula
  • Minyak
  • Air
DAGING MASAK KICAP MAMA ZARA
Cara membuat
  • Rebus daging dahulu supaya daging cepat empuk.
  • Kisar cili kering, bawang kecil & bawang putih.
  • Tumis cili yg tlh dikisar. Masak sehingga naik minyak. 
  • Masukkan halia yg dihiris nipis.
  • Kemudian masukkan daging & air rebusan daging.
  • Masukkan kicap.
  • Masak sehingga kuahnya agak2 pekat.
  • Lps tu masukkan cili api. Cili api nie saja je ina letak utk tambahkan kepedasan.
  • Kemudian masukkan sedikit gula. Ina x letak garam sbb ina rasa dh masin. Mungkin masin dr kicap walaupun guna kicap pekat manis. 
  • Akhir sekali masukkan bawang besar &carrot.
  • Ok, dh siap utk dihidang. Blh mkn b'sama nasi panas. Nyum, nyummmm...

Saturday 18 May 2013

Kuih Cara Manis

WARNA KUIH YG X BERAPA NK HIJAU SBB X GUNA PEWARNA
Setelah sekian lama x buat kuih cara hari nie baru buat blk. Tp lain version. Kalau dulu just letak tepung gandum, air, gula & garam. Hari nie byk sikit bahannya. Ina amik resepi dari blog Dari DuniaKu. Mmg sedap bila try resepi dari blog nie. Sbb rasanya yg lemak2 gitu. Tp hubby komen kurang manis. Biasa la. Ina x kuat manis. Ina rasa mcm dh byk gula ina letak. X pe. Lps nie kita buat lg ya b. hihihi

Bahan2nya ialah:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu mkn tepung kastard (ina guna tepung jagung)
  • 1 sudu kecil marjerin @ butter
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 cawan air pandan
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • pewarna hijau (ina x guna sbb x de)
  • gula
  • minyak (utk disapu pd acuan)
YUMMY.....

Cara membuat:
  • Campurkan kesemua bahan kecuali gula. Kacau sehingga sebati. 
  • Panaskan acuan & sapukan sedikit minyak supaya adunan tidak melekat.
  • Kemudian masukkan adunan di setiap lubang acuan.
  • Biarkan sekejap sehingga lapisan di sebelah tepi masak.
  • Masukkan gula di tgh2 adunan kuih.
  • Tutup acuan & biarkan sehingga kuih masak.
  • Angkat & ulang langkah yg sama sehingga adunan habis.
  • Siap utk dihidang bersama teh 0 atau kopi panas.

Thursday 16 May 2013

Baby Zara Check Up 10 Bulan

PRINCESS ZARA
Hari isnin (13 Mei 2013) lps, baby zara ada check up 10 bln kt Poliklinik Muar. Walaupun baby zara belum cukup 10 bulan lg, tp nurse dh bg tarikh utk check up. Dia org ikut minggu. X ikut tarikh lahir baby. Kita org pegi poliklinik pun dh pukul 11 pagi. Saja pegi lmbt. Sebelum tu kemas brg siap sbb lps check up nk blk rawang semula. X lama pun blk umah mak abah. huhuhu.... Ok la. Masa check up baby zara punya la menangis. Masa bukak baju, baby zara dh menangis. Masa letak baby zara atas penimbang lg kuat dia menangis. Hmmmm, zara, zara... Dh x suka nk timbang. Berat baby zara x naik byk pun. Ina duk ingat dh cecah 8kg sbb kalau dukung baby zara mmg akan rasa lenguh tangan. Tp rupanya tidak. Berat baby zara naik dari 7.7kg ke 7.79kg. Alahai, sikit je naiknya. Ingatkan bila baby zara suka mkn, berat akan naik byk. Rupanya tidak. huhuhu.... Lps nie nk kena bg baby zara mkn lebih sikit. Nurse pun suruh baby zara mkn 3 kali sehari. Sebelum nie ina bg baby zara mkn bubur 2 kali sehari. Ptg bg buah. Sarapan mmg x de la sbb baby zara bgn pun dh tgh hari. Tu yg miss sarapan. So kena buat sarapan utk baby zara lps nie. X seronok la plak berat baby zara x naik byk. Mmg baby zara skrg semakin aktif. So baby zara perlukan tenaga yg byk utk dia b'gerak. Lps timbang berat ukur tinggi plak. Last ukur tinggi masa baby zara 6 bln. Masa tu tinggi baby zara 67cm. Sekarang tinggi baby zara 74.5cm. hohoho... Baby zara semakin tinggi. Mmg nmpk baby zara tinggi. Badan pun slim je. Tp tang peha mmg debab. Geram je. hihihi... So next check up 24 Julai 2013. Check up sethn. Ada injection masa check up sethn nanti. X tau la mcm mana reaksi baby zara masa kena inject nanti. Kita tunggu & lihat. (>_<)

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU
Selamat Hari Guru ina ucapkan kepada insan yg bergelar guru @ warga pendidik. Sesungguhnya guru memainkan peranan penting dlm mendidik para pelajar. Mmg besar tanggungjawab seorang guru. Pelbagai cabaran & dugaan yg dihadapi oleh guru utk mendidik anak bangsa bagi melahirkan pelajar yg cemerlang serta berguna kpd agama, bangsa & negara. Tanpa mengenal penat & lelah, mereka tetap berkhidmat & memberi ilmu yg terbaik utk para pelajar.  

Tema hari guru tahun ini ialah GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
1ASPIRASI bermaksud semua guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. 1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi. 
1AGENDA bermaksud semua guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Wednesday 15 May 2013

Buah Delima Besar Punya

DELIMA OH DELIMA
Tadaaaa.... Nie la dia buah delima yg paling besar ina jumpa. Siang td hubby singgah kedai buah. Nk beli pisang utk baby zara. Sekali hubby jumpa buah delima besar. Terus hubby beli. Buah delima nie asal dari Afrika. Mmg besar sgt. Rasanya berat buah nie dkt2 1kg jgk kot. Harga RM12 sebiji. Mmg penuh tapak tgn bila letak kt atas tapak tangan. Rasa buah nie manis & masam2 sikit. X de la rasa manis sgt. Tp mmg sedap. Sbb jusnya pekat. Warna isinya pun merah gelap. Baby zara pun mkn. Hubby lecek2 isinya. Kemudian bg jusnya kt baby zara. Buah delima nie mmg berkhasiat utk kesihatan. Dulu ina pernah post pasal khasiat buah delima. 

Thursday 9 May 2013

Happy Birthday Hubby @ Daddy Zara

BESDAY CARD UTK HUBBY @ DADDY ZARA
Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan suamiku, Allah selamatkan kamu. Nie lagu besday utk hubby ina. Hari nie hari jadi hubby ina yg ke 35 thn. Tambah setahun lg umur hubby ina. Kita org x keluar celebrate kt luar pun. Hubby pun keje hari nie. Ina cuma masak tom yam seafood, sotong goreng tepung, ulam timun & sambal belacan. Lps tu buat fruit coctail. Nk masak mcm2 badan x berapa sihat hari nie. Dari mlm td lg ina dh batuk & selsema. Tu yg masak simple2 je. Rasa x larat sgt. Nie pun masih batuk lg. Thn nie b'beza sikit. Ya la, thn lps celebrate b'dua je. Thn nie celebrate b'tiga. Dengan baby zara. Hari nie hubby yg mandikan baby zara. Ina duk kelam kabut masak kt dapur. Tgk2 baby zara dh siap pakai baju. Tq b. Lps baby zara dh siap mandi & hubby dh siap solat semua, br kita org mkn. Baby zara mcm biasa la. Mkn bubur. Lps nie nk try buat pasta plak kt baby zara. Sambil ina mkn, sambil suap baby zara. Lps dh siap mkn, hubby pun pegi keje. Tinggal la ina & baby zara. So lps nie tinggal besday baby zara & ina je. Besday kita org sama bulan. Baby zara 23 Julai & ina 31 Julai. So blh celebrate sekali. Ok la, ini saja entri hari nie. Assalamualaikum & selamat mlm.

Thursday 2 May 2013

Kerabu Sotong

KERABU SOTONG
Hari nie ina buat kerabu sotong. Selalunya hubby yg buat kerabu sotong nie. Hubby ada beli sotong besar. Tu yg buat. Senang je nk buat kerabu sotong nie. Antara bahan yg digunakan ialah sotong, serai, tomato, daun sup & daun bwg, cili api, cili besar, bawang besar, limau kasturi @ limau nipis & garam. Mula2 potong halus semua bahan. Tomato plak dipotong dadu. Campurkan kesemua bahan yg tlh dipotong. Kemudian sotong dibelah dua & dipotong. Lps tu masak air panas & celur sotong dlm air panas. Jgn celur sotong lama sgt sbb nanti sotong jd liat. Akhir sekali masukkan sotong dlm bahan2 yg tlh dicampur td. Perahkan limau kasturi @ limak nipis. Letak garam secukup rasa. Ok, dh siap. Selamat m'jamu selera.  

Wednesday 1 May 2013

Selamat Hari Pekerja

Hari nie 1 Mei 2013 cuti umum sempena hari pekerja. So ina nk ucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja utk diri ina sendiri & semua pekerja di seluruh negara. Knp eh ina ucapkan utk diri sendiri??? Sbbnya, ina pun bekerja jgk. Tp bekerja di rumah sbg suri rumahtangga sepenuh masa. Ina b'khidmat utk suami & anak. Alhamdulillah. Seronok dgn pekerjaan ina nie. So tema utk hari pekerja thn nie ialah Pekerja Pemangkin Transformasi Negara. Mesti hari nie semua org sibuk b'jln2 kt luar kn. Al maklum la. Hari cuti. Tp ada jgk sesetgh org bekerja hari nie. Selamat b;'kerja la ya bg yg b'kerja. Ina plak duk umah je sbb hubby ada kelas dr pg sampai la mlm. So duk la kt umah dgn baby zara. Baby zara pun x sihat. Selsema dr mlm td. B'hingus je hidungnya. Dh sapu minyak pun still selsema lg. Mungkin amik masa nk baik. Baby zara skrg nie x blh berenggang dgn ina. Cpt je menangis. Menangis mcm kena pukul. Padahal ina tinggal sekjp je nk pegi dapur @ bilik. Biasa la. Baby tgh meningkat besar. Eh, t'cerita pasal baby zara plak. hihihi... Ok la. Kpd semua pekerja di seluruh negara, ina harap anda m'jd pekerja yg b'jaya, cemerlang, gemilang & t'bilang. B'khidmat kpd agama, bangsa & negara dgn hati yg ikhlas. Smga m'dpt keberkatan & keredhaan dari Allah s.w.t. AMIN

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...