Sunday 30 June 2013

Homemade Baby Rusk


Homemade Baby Rusk
Assalamualaikum... 

Tgh hari semlm ina buatkan baby rusk utk baby zara. Baby zara kan suka gigit benda2 yg keras sbb gigi tgh nk tumbuh lg. So far gigi baby zara dh tumbuh 3 btg. Semua kt sebelah bawah. Ok la, senang je nk buat baby rusk. Sbbnya ina hanya m'gunakan roti gardenia yg biasa tu. Mula2 panaskan oven 10 minit. Kemudian sapu roti dgn unsalted butter. Butter ina guna brand Anchor. Lps tu potong roti panjang2. Bahagian tepi roti dibuang. Ina potong roti panjang2 supaya senang baby zara nk pegang. Nk guna cookies cutter pun blh jgk. Susun dlm loyang. Bakar roti dlm masa 15 minit dgn suhu 120 darjah celcius. Kalau suhu tinggi takut hangit plak. Atau nk lebih mudah bakar sehingga roti kuning kegaringan. Roti akan m'jd garing & keras. Tp still blh dipatahkan lg. X de la keras bebeno. Kalau masuk dlm mulut kena air liur terus lembut blk. Akhir sekali simpan dlm bekas kedap udara. Ina terus bg kt baby zara lps roti dh sejuk sikit. Suka baby zara mkn. Bila ina rasa mmg sedap pun. Mcm roti kering yg dijual kt kedai. Rasa lemak2 gitu sbb ada butter kan. Roti nie blh jgk mkn dgn sup. Selamat m'cuba...
roti yg tlh disapu dgn unsalted butter sedia utk dibakar
bersungguh2 baby zara m'gigit baby rusk...
kenapa keras sgt roti nie mama???
Ehhhh, terlekat kt gusi plak.. hihihi...

Mashed Potato With Cheesy Pumpkin


Mashed Potato With Cheesy Pumpkin
Assalamualaikum

Hmmmm, baru sempat update blog. Nk cite pasal makanan baby zara. ngeeee.... Pg semlm ina buatkan baby zara mashed potato with cheesy pumpkin utk breakfast. Dulu dh pernah buatkan mashed potato kt baby zara. Tp x update dlm blog. Mashed potato kali nie lain sikit resepinya. Ina ada letak cheese kt dlm gravy. Nie la kali p'tama ina m'gunakan cheese dlm makanan baby zara. Nk ikutkan masa baby zara 8 bln dh blh mkn cheese. Tp ina saja lmbtkan. So bila dh masuk 11 bln nie br ina bg. Ina beli cheese jenama Bega. Yg slices. Sbnrnya ina nk beli cheese yg blok tp x de plak kt jusco Rawang. huhuhu. So beli la yg slices. Korang nk tau knpa ina beli cheese jenama Bega ye? Sbbnya cheese jenama Bega mengandungi Sodium (garam) yg rendah b'banding cheese jenama lain. Baby di bwh 2 thn x elok mkn makanan yg mengandungi garam @ gula yg tinggi. Sbb tu ina t'lalu b'hati2 beri makanan pd baby zara. Biarlah ina masak utk baby zara & baby zara mkn makanan hasil dari air tgn mamanya. 
Cheese Bega
Ok la, kita cite pasal mashed potato yg ina buat semula. Senang je nk buat mashed potato nie. Mula2 ina rebus potato dgn chicken stock sehingga lembut. Chicken stok tu ina masukkan masa potato agak2 dh lembut. Bila potato dh masak blh terus lenyek2 potato. Lps tu ina buat gravy plak. Gravy ina guna labu. Potong labu kecil2 supaya cepat empuk. Ina rebus labunya. Nk stim pun blh. Kemudian masukkan cheese bila labu dh empuk. Lenyek2 labu & kacau supaya sebati dgn cheese. Seterusnya ina blend labu yg dicampur dgn cheese td supaya teksturnya lebih halus. Akhir sekali masukkan mashed potato ke dlm mangkuk & tuang gravy ke atas mashed potato. Ok, siap utk dimkn. Alhamdulillah, baby zara suka mkn nmpknya. Abis 1 mangkuk. Mmg sedap pun sbb mashed potato tu ada rasa ayam & gravy plak rasa2 lemak. Ina pun tumpang mkn sekali. hihihi...
sedap baby zara mkn...
sampai comot mulutnya...
tadaaaa, abis semangkuk... alhamdulillah...

Friday 28 June 2013

Homemade Chicken Stock


Chicken stock yg tlh siap dibekukan
Pelbagai ilmu & resepi yg ina pelajari kt dlm group Solid Food for My Baby. Semua tentang pemakanan baby. Dari puree, bubur, snack & mcm2 lg. Byk resepi yg best2 utk baby. Mmg byk manfaat ina follow group nie. So hari nie ina nk share cara buat homemade chicken stock yg ina perolehi dari group Solid Food for My Baby. Tp bahan yg ina guna mungkin x byk mcm yg mommies pernah buat. Ina cuma guna rangka ayam, bawang putih, bawang holland, halia, celery. Mula2 ina blend bawang putih & bawang holland. Kemudian tumis bawang yg tlh diblend dgn olive oil. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan air dlm 3 liter. Lps tu masukkan rangka ayam, celery & halia. Mula2 ina didihkan atas dapur gas. Lps tu ina pindahkan kt dlm periuk nasi elektrik. Ina didihkan selama 3 jam. Bila air mcm dh kurang, ina tmbh lg. Ina x ingat brpa liter air yg ina guna. hihihi. Al maklum la, first time buat. 

Chicken stock utk dibekukan
Lps 3 jam, isi2 ayam kt rangka mmg lembut & hancur. Tulang ayam pun jd lembut. So proses seterusnya mengasingkan isi ayam dari tulang. Senang je proses nie sbb isi ayam mmg dh t'lalu lembut. Lg pun kebanyakan isi ayam dh relai dari tulang. Tinggal sikit2 je pd tulang. Oh ya, celery & halia ina buang sekali. Lps tu ina blend isi ayam yg dh diasingkan td dgn air rebusan ayam yg tinggal. Kalau ikut kaedah yg sebenar, air rebusan tu ditapis & bahagian yg tlh ditapis dijadikan chicken stock. Tp ina x tapis sbb ina guna sekali isi ayam tu. Langkah seterusnya masukkan chicken stok dlm bekas utk dibekukan. Ina masukkan kt dlm ice cube tray. Lps tu ina masukkan kt dlm plastik sbb ice cube tray ina x de penutup. Ina cari jgk tray yg ada penutup. Tp x jumpa2 lg. Kemudian masukkan kt dlm freezer utk dibekukan. Lps dh beku blh dikeluarkan dari tray & simpan dlm bekas yg kedap udara. Kemudian simpan dlm freezer semula. Keluarkan bila nk guna. Chicken stock nie blh digunakan utk buat bubur, pasta dll. Senang & mudah. Mmg sedap bau makanan bila letak chicken stock. Semerbak je baunya. Ok, selamat m'cuba bg yg nk buat homemade chicken stock. 

Update Blog Di Pagi Hari


Blog Mama Zara
Assalamualaikum & Selamat Pagi....

Alhamdulillah, cuaca cerah di pagi Jumaat yg mulia. Awal2 pagi lg ina update blog. Bukan apa, masa nie la ina x sibuk walaupun keje2 umah masih belum buat. hihihi... Biasa la fulltime housewife & mommy. Mengemas, memasak, basuh baju, melayan anak & suami, buat itu, buat ini. Mmg byk keje sbg housewife nie. Tp biasalah. Dh namanya tanggungjawab. Baju yg dh siap dibasuh pun ada 1 bakul belum lipat. huhuhu.. Ina nie mmg x rajin nk lipat baju. Tp kena buat jgk. Kalau x mmg baju tu x akan b'lipat. Sampai ina ckp kt husband x de ke mesin yg blh lipat baju. Kan best kalau ada. Lps dh siap basuh pegi jemur je. Lps tu nanti mesin yg tlg lipatkan. Kan senang keje. hihihi... Mmg angan2 mat jenin la ina. Teknologi utk cipta mesin lipat baju belum ada lg. Ke dh ada tp ina yg x tau.. huhuhu...

Lg satu ina mmg kena update blog awal2 pg sbb baby zara belum bgn tido. Kalau baby zara dh bgn tido mmg susah ina nk ngadap laptop. Dia pun sibuk sekali. Kejanya berebut laptop dgn ina. Kalau dh dpt laptop abis laptop tunggang terbalik dibuatnya. Biasanya baby zara bgn tido dlm pukul 10 lebih @ 11. So sebelum dia bgn tido ina settlekan keje2 ina dulu. Mengemas, basuh baju, siapkan makanan utk dia dll. Skrg nie baby zara suka masuk dapur. Pantang nmpk ina kt dapur. Kalau dia dh masuk dapur, abis segala mangkuk, periuk & kuali dia buat main. Riuh rendah bunyi kt dapur. huhuhu... Yg ina nie bkn risau apa. Takut masa ina tgh masak, minyak panas t'percik ke, air tumpah ke & mcm2lg la. Kdg2 tu dh letak dpn tv, bg mainan kt dia. Dia main sekjp je. Tup2 tgk dh sampai kt dapur lg. Mmg sekjp je dia merangkak skrg nie. Kalau letak dlm walker lg la baby zara x nk. Menangis je kejenya. Dh pandai x nk naik walker skrg nie. Al maklum la, dh besar & aktif. Kt dlm walker pergerakan dia t'batas. So bila dia merangkak semua tmpt dia explore. Mcm2 kerenah baby zara. Kdg2 tu bila mrh dia buat muka kesian. Bila dia buat muka kesian x jd ina nk marah. huhuhu... Kdg2 tu bila ina marah, dia ketawa @ marah ina blk dlm bahasa dia. Tu lg buat ina geram je. Terus x jd nk mrh. Mmg kena sbr jd seorg ibu nie. Tp nie la pengalaman yg amat b'harga & b'makna dlm hidup ina. Anak adalah anugerah & amanah dari Allah. Smga ina & husband dpt m'jaga & m'didik zara m'jadi anak yg b'jaya di dunia & juga akhirat. Insyaallah. Amin...

Thursday 27 June 2013

Sup Telur Bersama Sayur Campur


Sup Telur Bersama Sayur Campur
Hari nie ina buatkan baby zara sup telur yg dicampur dgn sayur2an. Sebenarnya ina tgh test telur putih kt baby zara. Telur kuning dh lulus. So tgh test telur putih plak. Takut2 nanti baby zara ada alergik telur putih ke. Harap2 x de la. So utk first time nie ina cuma guna 2 sudu besar putih telur & sebiji telur kuning. Sayur plak ina letak carrot, brokoli & celery yg dipotong halus. Sbbnya ina nk ajar baby zara tekstur makanan yg b'lainan plak. Kalau sebelum2 nie ina blend sayur yg baby zara mkn. So kali nie ina mmg dh x blend. Bubur nasi pun ina masak lama hingga betul2 lembut. So far baby zara mkn pun ok walaupun x blend. Baby zara nie kdg dia terus telan. Kdg2 dia kunyah dulu. Hmmmm, mcm2 gelagat baby zara waktu mkn. 

Bubur nasi yg telah dicampur dgn sup telur
Ok la, cara nk buat sup nie senang je. Mula2 ina panaskan air. Kemudian ina masukkan sedikit olive oil. Agak2 air dh nk m'didih ina masukkan 1 kiub chicken stock. Lps tu br ina masukkan sayur2an & telur. Ina masak sayur hingga empuk supaya baby zara senang nk kunyah. Telur pun ina bg betul2 masak. Baby mmg x blh & x sesuai mkn telur yg separuh masak. Ok, dh siap. Blh dihidang b'sama bubur. Nk tau reaksi baby zara mkn sup nie??? Mula2 mmg mkn byk. Lps tu x nk dh. Bila dh mula b'diri mula la dia x nk mkn. Kdg2 tu sambil dia leka main ina suapkan. Tau2 habis semangkuk. Tp td x abis plak. X apa la zara. Janji zara mkn. So lps nie ina mmg kena kerap bg baby zara mkn sbb skrg dia mkn dlm portion yg sikit. Biar bg sikit2 janji baby zara mkn. X tau berat baby zara brp kg skrg nie. Hrp2 naik la byk sikit. Next month br timbang. (*_*)

Putu Mayam


Putu Mayam
Nie la putu mayam yg m'jadi favourite food ina skrg nie. X tau la knpa suka mkn putu mayam skrg nie. Nk kata p'bawakan budak @ preggy x jgk. hihihi. Mungkin sedap kot. Ina rasa ina mula mkn putu mayam masa blk muar. Tp x ingat bln brpa. Masa tu pegi pasar tani dgn hubby & mak. Nmpk org jual putu mayam. Ada 2 org. Sorg melayu & sorg lg mamak kot. So ina beli la yg org melayu tu jual. So far ok la. Tp x ingat brp harganya sbb sekali je beli. Lps tu bila pegi pasar mlm kt Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri ada plak org jual putu mayam jgk. Org melayu. Pasar mlmnya setiap hari rabu. Kt sini ada 3 hari pasar mlm. Hari isnin pasar tani @ pasar mlm, hari rabu & hari jumaat. Yg hari jumaat dkt2 dgn umah ina tp x de org jual pun. Putu mayam yg kt pasar mlm Medan Puteri mmg sedap. Sbbnya dia guna gula merah serbuk. Mcm yg kt Muar dia guna merah serbuk jgk tp jenis yg b'ketul2 tu. Rasa dia agak masam kalau mkn byk2. Gula merah yg serbuk nie mmg sedap & halus gulanya. So mlm td ada pasar mlm. Hubby blk keje terus singgah kt pasar mlm. Nie la antara makanan yg hubby beli. Dia dh tau ina suka mkn putu mayam. Ina nmpk ada 2 bungkusan kertas. Mula2 bukak, apam blk. Bukak yg lg satu putu mayam. Gembiranya hatiku. hihihi... Oh ya, harga putu mayam nie murah je. 3 keping RM1. Hubby beli RM1 je sbb ina sorg je yg mkn. Hubby mmg x mkn pun putu mayam. Apa2 pun thank you b sbb belikan putu mayam utk syg. Lps nie beli lg ya. hihihi...

so marvelous..

Sahur Bersama Bihun Sup & Air Milo


Bihun Sup & Air Milo
Alhamdulillah. Hari nie hari ke 23 ina puasa ganti. So ada 4 hari lg utk abis. Insyaallah. Ina kena ganti puasa 27 hari utk Ramadhan thn lps sbb lahirkan baby zara. Ina hanya sempat puasa 2 hari je masa tu. 3 Ramadhan 1433H ina lahirkan baby zara. Seronok sgt dpt lahirkan baby masa bulan Ramadhan. Bulan yg penuh dgn kemuliaan & keberkatan. Walaupun ina t'paksa ganti puasa banyak hari, ina b'syukur dgn anugerah yg tlh Allah berikan. Semoga ina dpt m'gantikan puasa sebelum tibanya Ramadhan 1434H yg akan dtg tidak lama lg. Ok la, hari nie ina mkn bihun sup & air milo utk sahur. Mlm td hubby beli bihun sup kt pasar mlm. Nk mkn kenyang lg sbb baru lps buka puasa. Tu yg simpan & mkn masa sahur. Bihun sup nie mmg sedap. Daging pun byk jgk. Ada lobak asin lg. Yg penting x de taugeh. Sbb ina x suka mkn taugeh walaupun taugeh baik utk kesihatan. huhuhu... Setiap kali sahur ina mesti buat air milo. Kdg2 milo panas. Kdg2 milo sejuk. Tp bkn la letak ais. Ina bancuh milo dgn air panas sikit. Lps tu campur air sejuk yg kt freezer. Rasa nikmat je minum air sejuk di pagi hari. hihihi... Oh ya, ina mmg kena sahur sbb ina bf baby zara lg. Walaupun baby zara dh mkn solid food tp baby zara still menyusu kalau nk tido. So mmg kena mkn utk hasilkan susu & beri tenaga. Pernah jgk ina x sahur sbb x sedar. So ina teruskan puasa jgk sbb fikir byk hari lg nk kena ganti puasa. Perghhh, mmg x larat & x de tenaga. Tp b'tahan jgk sampai waktu buka puasa. Mmg lembik la masa tu. So skrg nie kalau nk puasa mmg kena sahur.  

Chicken Couscous With Broccoli & Soft Tofu

Chicken Couscous with Broccoli & Soft Tofu
Assalamualaikum...

Chicken Couscous With Broccoli & Soft Tofu. Haaaa, tu dia. Bkn main panjang nama menu lunch baby zara smlm. Ala2 western sikit. Saja ina ubah menu baby zara semlm. Asyik mkn bubur je. Mesti baby zara bosan jgk. Mama yg duk msk bubur pun bosan dh tgk bubur je. hihihi.... Ok la, sebnrnya Couscous, atau sering disebut bulgur, merupakan sejenis pasta Italia, seperti makaroni, spaghetti, dan penne. Butirannya lebih kecil sekira 1 milimeter, namun ada yang lebih besar, bergantung jenisnya. Couscous diperbuat daripada tepung gandum semolina dilapisi tepung gandum jenis durum wheat. Makanan ini cukup popular di negara-negara Afrika dan Timur Tengah, seperti Libiya, Maroko, Mesir, Lebanon, Arab Saudi, dan Tunisia.  Ina tau psl couscous nie pun kt group Solid Food for Baby. Tu yg ina pun duk m'cari kt Jusco. Ina nie mmg shopping kt Jusco. Akhirnya jumpa jgk couscous kt Jusco AU2 Setiawangsa. Brand San Remo. Sebnrnya dh lama dh ina beli couscous nie & dh prnh try sekali msk utk baby zara mkn.

Ini la rupa couscous yg ina beli. Gmbr dr Mr. Google..
So semlm ina pun msk couscous utk baby zara. Nk msk couscous nie senang je. Rebus dlm masa 5 minit @ sehingga couscous lembut. Mcm2 bahan kita blh campur dlm couscous. Ina letak chicken stock yg ina buat sendiri. Mula2 ina rebus couscous dulu. Lps tu campur chicken stock. Brokoli & tauhu ina stim. Memandangkan tauhu yg ina beli kt baby zara ada lg, tu yg ina msk dgn couscous. Senangkan? Sedap je bau couscous tu sbb ada bau ayam. Dh mcm sup ayam je baunya. Time bg baby zara mkn, dia buat muka pelik. Mungkin sbb rasa benda baru kot. Ada la brpa suap baby zara mkn. Lps tu x nk dh. Menangis nk tido. Nie la tabiat baru baby zara. Bila suruh tido x nk tido. Bila suruh mkn, baru 2, 3 suap mula buat perangai nk tido. Nanti bgn tido baru dia sambung mkn lg. Agaknya perut dh lapar. Selalunya, mmg habis dia mkn. Tp smlm couscous x abis plak baby zara mkn. Tinggal lg sikit. X kena dgn selera kot. Lg 1  baby zara tgh selsema. Mungkin x berapa selera nk mkn. Skrg nie kan baby zara tgh duk syok b'diri. Asal mkn pun nk b'diri kejenya. Siap lps2 tgn lg. Kdg2 tu lama jgk la dia b'diri. Hrp2 cpt la baby zara b'jln. Insyaallah. So lps nie ina kena la guna mr. google utk cari menu couscous yg lebih sedap. Kdg2 risau jgk bila tgk baby zara x mkn byk. Biasa la budak tgh aktif & m'besar. Tp kerisauan tu still ada dlm hati seorg mama. Semoga mama dpt buat yg t'baik utk cinta hati mama, Afeeya Puteri Noor Zara...
   

Tuesday 25 June 2013

Yogurt & Kurma


Yogurt & Kurma
Tadaaaa.... Nie dessert baru baby zara. Yogurt campur kurma. Yogurt nie ina beli minggu lps. Yogurt brand Farm Fresh. Yogurt yg ina beli nie natural yogurt (plain) & sesuai utk baby sbb yogurt nie 100% fresh milk. Selain tu ia juga mengandungi probiotic & high calcium. Yg penting yogurt nie no preservative. Kebykkan yogurt yg dijual di pasar raya semuanya low fat & mengandungi pelbagai bahan campuran. So baby mmg x sesuai dgn yogurt yg low fat sbb dia org memerlukan lemak yg lebih dlm perkembangan tumbesaran. Jadi inilah yogurt yg mmg sesuai utk baby. Masa mula2 bg baby zara mkn mmg dia suka sbb sejuk. Lps tu dh x nk mkn sgt. Mungkin masam kot walaupun ina dh campur kurma. X pe lps nie kena try bg lg. Kena pelbagaikan resepi yogurt nie. Mr. Google kan ada. Segalanya di hujung jari. (^_^)

Natural Yogurt Farm Fresh
Apa itu Probiotik???
Probiotik adalah di kalangan bertrilion organisma mikrob hidup yang hadir secara semulajadi dalam badan anda. Juga dikenali sebagai bakteria "mesra" atau "baik". Probiotik membantu mengekalkan kesihatan usus dengan menggalakkan fungsi pencernaan dan penyerapan nutrien, serta fungsi tetap usus dan kesihatan. Ia adalah komponen utama sistem pertahanan imun badan. Sebanyak 80% tisu imun badan tinggal dalam usus dan secara langsung dipengaruhi oleh bakteria probiotik. Di samping menghalang pertumbuhan bakteria lain, bakteria baik ini melekat pada dinding usus, mengurangkan ketersediaan bakteria jahat untuk mengambil kediaman di sepanjang dinding. Fungsi probiotik adalah utk menyokong fungsi penghadaman yang sihat, menggalakkan kesihatan sistem imun, membantu mengekalkan tahap bakteria baik dalam usus, & menggalakkan fungsi usus yang normal dan sihat. 


Our Lunch & Dinner Today


so yummyyyy...
Labu masak lemak, sotong goreng sayur & ikan kering tamban. Nie la menu utk lunch & merangkap dinner sekali utk hari nie. Kebetulan ada santan kt dlm peti ais. Stok labu baby zara ada byk lg. tu yg buat labu masak lemak. Sotong plak ina goreng campur dgn carrot & celery. Ikan kering tamban mmg dh lama duk kt dlm peti ais. Kalau rasa nk mkn br goreng. Mak ina yg bg. Mak kalau blk kg kt kedah mesti beli ikan kering sbb ikan kering kt sana sedap2. Ina kalau mkn masak lemak mesti nk mkn dgn ikan masin. Mmg b'tmbh2 nasi lps tu. Sebab sedap. Lg kalau mkn ramai2. Hari nie ina puasa lg. So ini la menu utk b'buka puasa. Alhamdulillah....

Monday 24 June 2013

Princess Zara 11 Months Already


Princess Zara yg sdg leka bermain 
Alhamdulillah. Semalam, 23 Jun 2013 baby zara dh genap 11 bulan. Maknanya bulan dpn 23 Julai 2013 baby zara dh setahun umurnya. Ya Allah, rasa cpt sgt masa b'lalu. Masih t'bayang2 lg masa ina lahirkan baby zara, masa dlm pantang & masa baby zara m'besar. Mmg cpt sungguh masa b'lalu. Tup, tup, baby zara dh nk setahun. Seronok tgk baby zara m'besar dpn mata ina. Mcm2 kerenah baby zara yg ina dpt tgk. Tgk baby zara menelentang, mengiring, meniarap, menyelar, merangkak & skrg tgh aktif nk b'diri sendiri. Kdg2 ina t'fikir kalau ina kerja mesti ina x dpt nk tgk semua perkara yg baby zara lakukan. Mcm ibu2 b'kerjaya. Pg dh pegi keje. Ptg br blk. Masa nk main dgn anak waktu mlm. Tp waktu tu anak dh tido. Mmg sedihkan. Tp nk buat mcm mana. Rezeki perlu dicari utk anak2 & keluarga. Ina b'syukur sgt pd Allah sbb beri kesempatan pd ina utk m'besar baby zara dgn sendiri di samping hubby t'syg. Ina pun masih lg b'fikir & m'cari sesuatu pekerjaan yg ina blh lakukan dari rumah di samping ina m'jaga, m'besar & m'didik baby zara. Ina pun nk jd fulltime housewife yg b'jaya. Insyaallah...

Ada gaya model x??? ngeee....
Bantal peluk kesayangan @ bantal busuk....
Sukanya baby zara
Ok la, kita cite pasal baby zara blk. Sejak umur 10 bln lebih baby zara dh mula cuba b'diri sendiri. Mula2 tu dia b'diri dgn lutut. Semua tmpt yg dia pegang, mesti dia nk b'diri. Kabinet tv, bakul mainan, kerusi, mama, & daddy tempat baby zara b'paut. Skrg nie baby zara dh blh b'diri terus. Siap lps tgn. Tp ina & hubby still kena b'jaga2 sbb takut jatuh & kena pegang. Mmg selalu baby zara jatuh. Tp kita org sempat pegang. Kalau baby zara b'diri kt atas katil mmg kita org x pegang pun sbb jatuh atas tilam. Yg paling ina suka tgk baby zara x pernah putus asa. Asal jatuh dia bgn b'diri lg. Baby zara x de la menangis kalau jatuh. Kalau bab merangkak mmg dh laju la. Selalu masuk dapur kalau dia tgk ada org kt dapur. Habis mangkuk2 plastik & periuk2 kt rak dia main. Suka sgt mengemas. hihihi... Seronok sgt tgk keletah baby zara. Lps nie kalau baby zara dh mula b'jln, penat la ina & hubby duk mengejar plak. Mmg itu la p'kembangan kanak2. Apa2 pun ina b'syukur sbb baby zara m'besar dgn sihat & sempurna. Terima kasih Ya Allah...

Garlic Bread With Chicken Soup


Garlic Bread with Chicken Soup
Garlic bread nie ina buat masa hari khamis lps.  Masa pegi Jusco tu masuk kedai roti. T'nmpk roti perancis. Terus t'fikir nk buat garlic bread. Kebetulan kt rumah ada Campbells Chicken Soup. So mlm tu ina pun buat la garlic bread. Senang je nk buat garlic bread nie. Semua org tau. Lg2 pakai roti yg dh siap. Potong2. Sapu bahan2. Bakar. Mmg mudah.  

Mula2 tumbuk bawang putih. Lps tu potong roti perancis serong2. Sapu butter/marjerin/planta kt permukaan roti dulu. Kemudian sapu plak bawang putih yg dh ditumbuk td. Bakar atas non stick pan dlm 5 minit atau sampai p'mukaan roti nmpk kuning kegaringan. Sambil tu buat la Campbells Chicken Soup. Yg nie lg senang. Tinggal panaskan je sbb instant. hihihi... Tp ina bubuh isi ayam sikit. Br ada rasa ayam lebih. Ok dh siap utk dimakan. Senang kan??? hihihi

Taufu Fa Kurma


Taufu Fa Kurma
Assalamualaikum....

Nie dessert baru utk baby zara. Taufu Fa Kurma. Hari rabu lps keluar pergi jusco. Beli brg sikit. Kemudian nmpk la taufu lembut nie. Sebnrnya dh lama dh nk bg baby zara mkn taufu lembut. Tp x beli2. So kali nie terus beli. Yg penting taufu lembut nie dijamin halal. Alhamdulillah, baby zara suka mkn taufu fa yg ina buat. Lg satu baby zara jgk x alah dgn taufu lembut nie. Taufu kan dibuat dari kacang soya. So maknanya baby zara blh mkn kacang soya. Alhamdulillah.

Taufu Lembut
Senang je nk buat taufu fa nie. Mula2 ina stim taufu lembut lebih kurang 10 minit. Sambil menunggu taufu lembut ina buat jus kurma utk dimkn dgn taufu. Jus kurma nie pun senang nk buat. First sekali buang kulit kurma. Kemudian lecek-lecekan kurma dgn air panas @ suam. Kalau nk pekat letak air sikit. Kalau nk cair plak lebihkan air. Bila taufu dh masak blh tambah jus kurma yg dibuat td. Kalau nk sejuk blh letak dlm peti ais sekejap. Baby zara mmg suka kalau sejuk2 nie. Tp ina x la selalu bg yg sejuk. Takut batuk plak nanti. Seronok tgk baby zara suka mkn. Ya la. Kan benda baru baby zara mkn. Kdg2 tgk dia bosan jgk mkn bubur je. Ina plak dh lama x buat dessert utk baby zara. Lps nie kena buat dessert mcm2 utk baby zara. 

Ok la, slmt mencuba ya... :)

Friday 21 June 2013

Cara Memperkenalkan Telur Kepada Baby

Telur mmg b'khasiat. Tp utk diperkenalkan kpd baby buat p'tama kali memerlukan beberapa peringkat. Tujuan supaya kita dpt tau & lihat samada baby m'punyai alahan t'hadap telur atau tidak. So nie cara utk perkenalkan telur kpd baby yg ina ambil dari page Solid Food for My Baby.

Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja 
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur 
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya 

Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu

So far, ina dh introduce baby zara dgn telur kuning. Ina campur telur kuning dlm bubur baby zara & buat roti telur. Tp ina x ikut cara mcm yg kt atas & ina x de la terus bg sebiji telur kuning. Ina bg b'peringkat jgk. Alhamdulillah, nmpknya baby zara dh lulus mkn telur kuning.  Lps nie nk introduce telur putih plak. Harap2 baby zara x de alahan dgn telur. Lps nie blh la masak mcm2 makanan utk baby zara dgn m'gunakan telur. Tp x blh t'lalu kerap. 


Memang Terlupa & Tak Sengaja....

SEDAPNYA AIR KELAPA MUDA
Memang Terlupa & Tak Sengaja. Tu la tajuk entri hari nie. Apa yg t'lupa & apa la yg x sengaja tu. Sebenarnya kejadian nie b'laku hari rabu lps. Ina, hubby & baby zara keluar pegi Rawang. Beli brg2 nk buat kuih. Kita org beli barang kuih kt kedai LMC Bakery. Mmg best la kedai nie. Segalanya ada. Rambang mata jgk la tgk sbb dlm kepala nie mmg mcm2 dh fikir nk buat kuih apa. Al maklumlah, x lama lg dh nk masuk bulan Ramadhan. Kemudian Syawal. So ina plan nk buat kuih raya & jual. Dpt jgk isi masa lapang & tmbh p'dapatan. Hrp2 m'jadi la angan2 ina nie. Kedai jual barang2 kuih pun dh jumpa. Harga pun blh tahan. So lps nie blh la pegi kedai tu lg. Nk dijadikan cerita, hari tu ina puasa. Puasa ganti. X abis2 lg ina duk puasa ganti. 27 hari ina kena ganti puasa k. Sbb ina lahirkan baby zara thn lps masa bln puasa. So ada lg 9 hari. Insyallah, mudah2an sempat ina abis ganti puasa. Sambung blk cerita td. hihihi... Lps dh beli semua brg, masa on da way blk tu ada la org jual air kelapa kt tepi jln. Hubby pun b'henti. Hubby pun beli la air kelapa. Tp satu je. Dlm hati ina knp b beli satu je. Lps hubby masuk kereta, dia terus letak air kelapa tu kt tmpt letak air. Ina tanpa rasa b'salah, terus capai air kelapa tu & minum. Byk teguk jgk la. Tp sekali nafas. Kemudian hubby ckp cina yg jual. Ingat org melayu. Ina pun terus ckp x rasa air kelapa pun. Byk ais. Hubby tanya ina. Syg minum ke? Ya la. Dh minum pun. Kenapa???? Terus ina t'ingat ina tgh puasa. Ya Allah, mmg syg t'lupa b, syg puasa. X ingat langsung. Patut la b beli satu je. Mcm mana b? Batal x sbb byk teguk jgk syg minum. Hubby ina ckp x batal sbb mmg x sengaja & x ingat. Tu la rezeki namanya. Mmg ina t'lupa & x sengaja. Hrp2 la puasa ina x batal. Tp ina nie kdg2 jenis was2. So nk selamat tambah la satu hari lg puasa ganti. X apa la. Hrp2 sempat la ina m'abiskan puasa ganti. Mmg kena puasa straight je lps nie. Chaiyok ina. You can do it. Motivasi utk diri sendiri. Lps nie mmg kena b'ingat. Jgn main minum je. hihihi...

Friday 14 June 2013

Penemuan Saintifik Mengenai Susu Ibu Bukti Kebenaran Al Quran

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”(Surah Luqman: ayat 14)
Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang. Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser. “Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini. Satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.
Menyusu bayi juga baik untuk ibu. Antaranya ialah akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.

Credit to: http://hasnulhadiahmad.com/

Thursday 13 June 2013

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim


1. Dia bekerja dengan Allah menjadi ‘kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tidak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.


2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tidak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita. Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya gugur. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut untuk bersalin? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami. Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan 'pahala extra' yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tidak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya. Jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah. Segala dosa-dosa anak isteri yang tidak dididik, dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki, fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.

*** pesanan utk diri sendiri: semoga ina dapat m'jadi isteri yg solehah buat suami & mama yg t'baik serta bertanggungjawab utk anak2 ina... INSYAALLAH

Tuesday 11 June 2013

Bawang Putih Ubati Selsema

BAWANG PUTIH @ GARLIC
Assalamualaikum.... Sejak hari ahad lps baby zara selsema. Masa tu kt kg Gerik. Sekali mlm isnin tiba2 zara selsema. Hmmmm, br baik demam selsema plak. Ina pun apa lg. Guna la petua sapu minyak yuu yee kt pangkal tulang belakang, dekat dgn punggung. Sbb sebelum nie byk kali guna petua tu. Mmg mujarab. Dlm 2 hari selsema dh baik. Tp kali nie x m'jd plak petua tu. X baik2 selsema baby zara. Hingus yg keluar pun pekat. Sampai baby zara nk tido & menyusu pun dia x selesa. Sbbnya hidung baby zara tersumbat. Mmg kesian kt baby zara masa tu. Hubby pun try la satu petua nie yg diambil dari page Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-Anak kt facebook. Petuanya ialah guna bawang putih. Mula2 bakar seulas bawang putih. Kulit x payah buang ya. Kemudian bawang putih tersebut dilecek sehingga lumat & ditambah minyak. Blh guna minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak masak.  Gaul bawang & minyak sehingga sebati. Lps tu blh la sapu kt belakang, dada & tapak kaki baby. Byk kali jgk la ina sapu kt baby zara. Alhamdulillah, nmpk kurang selsema baby zara. Mmg amik masa sikit nk sembuh. Kali nie mmg lama baby zara selsema. Hubby try guna lg satu petua. Guna bawang putih jgk. Tumbuk seulas bawang putih. Tumbuk sikit je. Jgn sampai hancur. Lps tu letak dlm stokin. Kemudian stokin tu bg baby zara pakai. Maksudnya baby zara pakai stokin yg ada bawang sekali. Alhamdulillah, hari nie selsema baby zara dh hampir sembuh sepenuhnya. Dh x de hingus meleleh sgt.  Mmg mujarab petua nie. Nanti kita google ya khasiat bawang putih. hihihi...

Monday 10 June 2013

Jalan-Jalan @ Genting

@ Strawberry Farm
Assalamualaikum... Cite nie dh lama duk kt dlm draft. Hari nie br nk post. huhuhu... Mcm dh basi citenya. X ape la. Janji ina post kan. 23 April yg lps  ina & hubby bawak baby zara pegi jln2 kt Genting. Kebetulan hari tu baby zara genap 9 bln. Hubby ajak jalan2 kt Genting. Terus setuju la. Last pegi Genting sebelum ina kawin. Tu pun pegi dgn hubby la. Mmg seronok sgt. Tp x dpt duk lama pun kt Genting. Sbbnya b'tolak lmbt dari rumah. Kita org pegi pun dh pukul 12 tgh hari. Mmg keluar rumah awal. Tp pegi tmpt lain dulu. Byk sgt urusan hari tu. Sampai kt Genting pun dh pukul 1 ptg. First tmpt yg kita org pegi Strawberry Farm. Nk petik strawberry dulu. hihihi... Masa sampai kt strawberry farm hujan plak. So duk dlm kereta dulu tunggu hujan b'henti. Sementara nk tunggu hujan b'henti ina bg baby zara mkn dulu. Mmg dh siap bawak bubur utk baby zara. Sambil suap baby zara, kita org pun mkn sekali. Ina ada bawak ayam goreng & nugget. Nk mkn kt Genting blh. Tp harganya mmg mahal la. Tu yg bawak bekal. Lps dh siap suap baby zara mkn hujan masih renyai2 lg. Kena tunggu lg. Baby zara dh x duk diam kt dlm kereta. Dh bosan agaknya. Lps je hujan b'henti je terus pegi kt Strawberry Farm. Masa nie baby zara dh bad mood. Panas agaknya. Siap b'peluh lg. Kt tempat yg sejuk pun baby zara b'peluh. Baby zara nie mmg kuat b'peluh. Mmg masam je muka baby zara sepnjg kt Strawberry Farm. Buat lawak pun saja je. Masa kt Strawberry Farm blh petik buah strawberry sendiri tau. Tp mahal sikit. 100g RM8. Tp kita org petik jgk. Petik yg besar2 plak tu. X byk pun kita org petik. Dlm 8 biji. Tu pun RM9. Masa tunjuk buah strawberry kt baby zara, baby zara x nk pegang pun. Sbbnya baby zara br p'tama kali tgk buah strawberry. So baby zara mcm takut nk pegang. Tp lps dh 2, 3 kali pegang dh ok dah. Bila letak kt mulut, terus nk mkn. Tp baby zara x blh mkn strawberry lg. Masa 10 bln br blh mkn. Selain dr ladang strawberry ada jgk ladang lain kt sini. Mcm ladang cendawan, sayur2an, bunga dll. Masa nk keluar ada pameranburung kakak tua. So apa lg. B'gmbr dgn burung kakak tua dulu. Mmg jinak burungnya. Baby zara pun x takut. Siap pegang mulut burung tu. Tp muka still masam lg. huhuhu... 
zara & mama petik buah strawberry
daddy & zara petik buah stawberry plak
baby zara nk mkn buah strawberry.. yummy...
petik yg besar2 ya daddy... hihihi
burung kakak tua yg jinak 
Lps tu terus gerak pegi Genting Theme Park. Ingat nk naik Skyway. Sekali bila sampai sana skyway tutup. Under maintanance. huhuhu. Masa tu cuaca dh gelap mcm nk hujan lg. Hubby tanya nk naik atas jgk ke? Mesti la nk. Dh alang2 sampai. So naik la genting guna kereta. Masa tu hujan dh mula turun dgn lebatnya. Singgah kt masjid dulu. Nk sembahyang. Kt pukul 4 br hujan b'henti. Sampai kt atas dh pukul 4 lebih. Pusing2 cari parking lg. Mmg byk tmpt parking. Tp tu la. Nk cari tmpt parking yg dkt dgn theme park. So x pyh la nk menapak jauh2. Akhirnya jumpa jgk. Tp rupanya kena menapak jauh jgk. Tp x de la jauh yg sgt. Dh tu kena dukung baby zara. Mula2 keluarkan stroller baby zara. Sekali bila nk pegi ke theme park tu nk kena naik turun tangga. Mcm leceh la plak. Hubby pun simpan la blk stroller baby zara. Mmg terasa penatnya dukung baby zara walaupun berat baby zara belum m'cecah 8kg. B'gilir2 dgn hubby dukung baby zara. Sampai je survey2 dulu nk main apa. Sbb br lps hujan so main yg indoor je. Hubby beli tiket dulu. Beli 6 tiket. Mula2 bwk baby zara naik Rio Float. Rio Float nie kereta yg bergerak kt atas. Ada mcm2 bentuk. Seronok sgt baby zara masa tu. Br senyum & ketawa. Suka dia tgk pemandangan kt situ yg penuh dgn lampu. Kemudian naik plak buai kuda (carausel). Yg nie mmg kelakar. Buai tu kan ada muzik. So apa lg. Baby zara siap menari atas kuda tu. Ina yg t'gelak2. Hubby x naik. Tugas hubby amik gmbr & video. hihihi

zara & daddy
zara & mama
laju lagi kuda... mainan kesukaan zara
Lps tu tiket ada lg satu. Ingat nk main mainan outdoor. So ina pun pegi la beli tiket lg. Sekali sampai kt kaunter, petugas kaunter ckp mainan outdoor dh tutup. huhuhu. Hubby pun suru beli 1 tiket lg. Bwk baby zara naik carausel lg. Tu je mainan yg sesuai utk baby zara. Mainan yg lain mmg byk. Tp baby zara belum blh naik sorg2. Baby zara masih kena pegang. Mainan tu belum sesuai utk baby zara. So naik la carausel tu lg sekali. Mmg baby zara suka sgt. Lps dh abis main, ingat nk mkn sbb perut dh lapar blk. Tp ramai org. So kita org terus blk. Mkn kt luar je. Ina bg tau hubby lps nie nk pegi lg sbb x puas bawak baby zara main. Pegi pun dh lewat. Baby zara pun mmg suka jln2. Tunggu baby zara besar sikit @ dh blh jln br dtg lg. Br best. Mcm2 mainan baby zara blh main. Mama pun excited jgk sebnrnya. hihihi.... 
tertido akhirnya budak comel nie...

Saturday 8 June 2013

10 Months Already

BABY ZARA NK PEGI SCHOOL
Assalamualaikum... Setelah sekian lama x update blog, hari nie br la nk update. huhuhu.... Entry pertama utk bln nie pasal baby zara. Sepatutnya bln lps lg update. Tp x t'update. Blh mcm tu. hihihi... Ok la. 23 Mei yg lps baby zara dh genap 10 bln. Pejam celik, pejam celik, dh 10 bln baby zara. Mmg sekjp masa b'lalu. Dh besar rupanya baby zara. Byk p'kembangan baby zara bila b'usia 10 bln. P'tama, baby zara dh blh merangkak dgn laju. Sebenarnya, baby zara mula merangkak masa umur 9 bln lebih lg. Tp masa tu x berapa laju. Skrg nie bkn main lg. Laju je baby zara merangkak. Kedua, baby zara dh blh duduk sendiri. Lps je baby zara merangkak terus baby zara duduk sendiri. Dh jarang la baby zara jatuh ke blkg masa duduk. Dah pandai stabilkan badan. Ketiga, baby zara skrg tgh bljr b'diri. Semua tempat yg baby zara b'paut, mesti baby zara nk b'diri. Kt kabinet tv, kerusi mkn, bakul mainan, walker, mama & daddy tempat baby zara b'latih utk b'diri. Ada sekali tu baby zara b'diri kt bakul mainan dia. Siap lps tgn plak tu. Mentang2 dia tau ina ada kt blkg dia terus lps tgn. Nasib baik la ina sempat paut bdn dia. Kalau x mau dh baby zara jatuh. huhuhu... Mmg sangat aktif baby zara skrg nie. Badan pun dh susut. Yg keempat, baby zara dh pandai salam mama, daddy & org lain. Comel je baby zara salam. Bila salam dia x cium tgn org yg salam dgn dia tu. Dia letak kt dahi. hihihi. Kalau nk cium org plak dia bg dahi dia kt org tu. Mmg kelakar & comel. Yg kelima, baby zara dh pandai ckp. Mmg sebelum nie baby zara dh pandai panggil mama. Skrg nie dh byk perkataan yg keluar dari mulut baby zara. Kalau kucing, baby zara panggil cing, daddy plak jd dede. hihihi... Ayam pun dia panggil cing. zara, zara.... Kalau tgk iklan susu & cerita upin & ipin, mmg baby zara suka sgt. Kalau iklan yg ada muzik lg la. Siap menari-nari. Pernah sekali tu baby zara tgh tido. Sekali dia bgn meniarap & menari lps dgr iklan. Lps abis iklan tu dia sambung tido blk. T'gelak ina tgk dia masa tu. Tp x semua iklan baby zara layan. Iklan2 t'tentu je. Baby zara pun dh pandai marah skrg nie. Kalau kita mrh dia, mesti dia marah kita blk. Baby zara pun dh faham apa yg kita ckp kt dia. Alhamdulillah. Baby zara melalui proses p'kembangan yg baik. Semoga baby zara m'besar dgn sihat, sempurna, dikurniakan akal fikiran yg cerdik pandai, petah berkata2 & b'jaya serta cemerlang di dunia & akhirat. AMIN

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...