Monday 25 February 2013

PETUA UNTUK HILANGKAN SELSEMA BABY

Semalam baby zara selsema. Hidungnya t'sumbat. Kesian ina tgk. Baby zara mula selsema lps blk dari Johor Bahru. Hari sabtu lps ina, hubby & baby zara ikut rombongan pengantin. Sepupu ina kahwin. Minggu lps hari sabtu (16/3/2013) rumah sepupu ina. Seminggu kemudian hari sabtu jgk (23/3/2013) rumah lelaki pulak. Kami pegi sana naik bas. Mak dak sediakan bas. Air cond dlm bas mmg sejuk. Lps tu masa berarak pulak cuaca panas. Mungkin sbb tu la baby zara selsema. Bila tgk baby zara makin selsema teruk ina pun google la internet. Mula2 ina cuma sapu vicks kt dada & blkg baby zara. Tapi mcm x kurang je. Bila dh google jumpa la petua baru nie. Sebelum nie ina pernah t'baca kalau baby selsema sapukan kunyit pd hidung baby. Insyaallah, selsema baby akan hilang. Tp ina x cuba pun buat yg tu. Ina cuba petua baru. Ina dpt dari blog http://semuamolek.blogspot.com. Petuanya ialah sapu minyak panas pada belakang punggung baby. Dekat dgn hujung tulang belakang. Katanya urat hidung b'sambung di situ. Jadi bila sapu minyak panas di situ, hidung juga akan terasa. Liang2 di hidung akan t'buka & hidung x t'sumbat lg. Sapu sekerap mungkin. Setiap kali tukar pampers, ina sapu minyak. Sambil sapu tu, baca selawat ke atas nabi. Mcm ina guna minyak Yu Yee, so ina pun sapu minyak Yu Yee kt baby zara. Lps je ina sapu minyak, baby zara terus bersin. Mmg kerap la baby zara bersin. Mungkin minyak tu dh m'beri kesan kt hidung baby zara. Alhamdulillah, hari nie selsema baby zara dh kurang. Hidung pun x t'sumbat lg. Nmpknya mmg mujarab petua nie. Tp semuanya dgn izin Allah. Kpd ibu2 yg anak tgh selsema skrg nie blh la m'cuba petua nie. Mudah2an selsema anak akan hilang. Insyaallah.

Thursday 21 February 2013

ALLAHYARHAM BABY AHMAD ADAM SYUKRI DALAM KENANGAN

ALLAHYARHAM AHMAD ADAM SYUKRI
Hari nie genap 2 minggu pemergian arwah baby Adam menemui Ilahi. Masih terasa lg di atas pemergiannya. Walaupun x pernah b'jumpa dgn arwah, tetapi sbg seorg ibu ina turut merasai kesedihan yg dilalui oleh ibu arwah baby Adam. Mmg sedih sgt2. Insan yg dikandung selama 9 bulan, di bawa ke sana ke mari ketika dlm kandungan akhirnya pergi jua setelah 11 bulan b'tarung nyawa utk hidup. Apakan daya, sbg manusia kita hanya merancang Allah yg menentukan segalanya. Allah lebih menyayangi arwah baby Adam. Ina mengikuti kisah arwah baby Adam sejak thn lps di fb. Mmg sayu sgt tgk gambar arwah baby Adam ketika itu. Dari susuk badan yg sihat m'jd kurus akibat penyakit yg dialaminya. Namun kuasa Allah mengatasi segala2nya. Slps m'dpt rawatan di HKL arwah baby Adam semakin sihat. Byk perkembangan positif yg ditunjukkan. Badan yg dulunya kurus telah kembali berisi & wajahnya juga sangat la comel. Seronok sgt tgk p'ubahan arwah baby Adam. Rasa mcm satu keajaiban tlh b'laku. Tp semua itu hanya sementara. Tanggal 7 February 2013 (khamis), arwah baby Adam tlh m'hembus nafas t'akhir. Masa itu ina t'gerak hati utk buka page arwah baby Adam. Bila ina buka, ramai yg ucap takziah. Baru ina tau arwah baby Adam tlh meninggalkan kita semua. Terus ina menangis masa tu. Terasa sedih yg t'amat sgt. Sebelum tu, ina ada baca ibu arwah baby Adam post mengatakan arwah baby Adam demam & mengalami jangkitan kuman pd paru2 yg begitu teruk. Hati ini hanya mampu b'doa agar arwah baby Adam selamat. Tp Allah lebih mengetahui segala2nya. Arwah baby Adam pergi jua. Utk yg tidak mengetahui tentang penyakit arwah baby Adam, ina ada sediakan sekali di sini. 
PERKEMBANGAN POSITIF DI ATAS KEKUASAAN ALLAH
KASIH SEORANG IBU BUAT ANAKNYA
AHMAD ADAM SYUKRI dilahirkan pada 04 / 03 / 2012. Lahir secara vacuum pada 04-03-2012 dan sewaktu kelahirannya Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scan MRI menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan mengalami injured, telinga kanan tidak dapat mendengar kerana kerosakan. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal  amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak.

Mmg sedih bila baca tentang penyakit arwah baby Adam. Kini semua penderitaan arwah baby Adam telah berakhir. Arwah baby Adam sedang hidup bahagia & tenang di syurga spt mana yg tlh Allah janjikan buatnya. Semoga ibubapa arwah baby Adam tabah & sabar m'hadapi dugaan dari Allah. Sesungguhnya arwah baby Adam sedang menanti kedua ibubapanya di pintu syurga. Setiap kali ina tgk gambar arwah baby Adam, pasti air mata turut mengalir. Terasa sgt2 kehilangannya. Beginilah naluri seorg ibu. Yg belum m'jd ibu pun ina rasa pasti turut merasainya. Berat mata memandang, berat lg bahu yg memikulnya. Sesungguhnya, arwah baby Adam sentiasa dlm kenangan kita semua. AL FATIHAH....
SYURGA TEMPATMU SAYANG. DAMAILAH KAMU DI SANA

Wednesday 20 February 2013

CARTA PEMAKANAN BAYI

Assalamualaikum.... Dh byk hari x update blog. Penyakit M dtg lg. Mmg x blh buat apa kalau penyakit M nie dtg. huhuhu.... Entri kali nie ina nk cite pasal pemakanan si kecil. Sejak baby zara dh mula mkn ina pun kena la byk m'baca & m'cari ilmu pengetahuan utk pemakanan baby zara. Alhamdulillah, byk info yg ina dpt. Kebanyakkannya dari group Solid Food for My Baby & Solid & Semisolid Food for Your Baby kt facebook. Byk maklumat yg ina perolehi & pelajari dari group nie. Mudah2an ina dpt menyediakan makanan yg b'khasiat utk baby zara. Insyaallah. Ok la. Nie antara carta pemakanan bayi mengikut peringkat umur. Melalui carta nie, ina blh tau jenis makanan yg blh diberi pd baby zara mengikut umur baby zara. X de la semua jenis makanan main suap je kt mulut baby. Bkn ape. Usus baby kan masih kecil. So makanan yg diberi perlu la ikut tahap umur baby. Skrg mungkin kita x nmpk lg keburukannya. Mana tau di kemudian hari nanti. Kalau org tua dulu2 mmg bg baby yg masih kecil mkn mcm2.. Kononnya nk bg baby rasa. Ina pun dh pernah t'kena. Nasib baik la baby zara x sakit perut @ muntah. Alhamdulillah. 

Friday 15 February 2013

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG MENANGIS

Baginda Rasullah S.A.W. bersabda:
Janganlah kamu memukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis dalam masa setahun kerana empat bulan pertama kelahirannya ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLAALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ibubapanya. (H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a.)

Baginda Rasullah S.A.W. menjelaskan tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhannya dan empat bulan kedua pula ia membaca selawat kepada Nabinya dan empat bulan seterusnya ia memohon istigfar untuk kedua ibubapanya.

Baginda Rasullah S.A.W. bersabda:
Anak-anak sebelum ia baligh, maka apa-apa yang diperbuatnya daripada kebajikan maka dituliskan untuknya dan kedua ibubapanya. Dan apa yang diperbuatnya daripada kejahatan maka tiadalah ditulis untuknya dan tiada pula ditulis untuk kedua ibubapanya. Apabila ia telah baligh, maka berlakulah apa yang ditulis itu atasnya iaitu segala amal baik atau buruknya. (H.R. Imam Anas bin Malik r.a.)

Thursday 14 February 2013

HARAM SAMBUT VALENTINE DAY

Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna  bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.
Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine.

Thursday 7 February 2013

JALAN-JALAN @ SOGO

SUKANYA BABY ZARA JALAN-JALAN

Hari sabtu lps hubby ajak pegi Sogo. Saja bawak baby zara jln2. Hubby ckp nk beli walker utk baby zara. Keluar dari umah pun dh tgh hari. Sampai je sana t'pusing2 cari parking. Hari sabtu kan. Org cuti & shopping. Mmg betul. Masuk je dlm Sogo mmg ramai org. Nk2 Sogo tgh sale hari tu. Kita org terus pegi kt bahagian baby. Tempat yg mula2 dituju ialah tempat walker & stroller. Belek punya belek x de yg b'kenan. Kalau yg cantik sgt mahal la plak. huhuhu... Nk beli yg mahal rasa x b'baloi sbb bukan lama pun baby zara duk dlm walker. So x beli pun walker. Lps tu jln2 kt bahagian aksesori baby. Ina nk beli bip utk baby zara. Kn baby zara dh mkn skrg nie. Bip yg dulu ada tali. Bila baby zara tarik t'cekik plak kt leher tu nanti. Ina pun memulakan misi m'cari bip yg sesuai. Baby zara & daddy duduk rileks kt kerusi. hihihi... Semua brand ina tgk. Asal jumpa tunjuk kt hubby. Nanti ina b'kenan, dia x b'kenan. hihihi... Akhirnya ina jumpa bip brand Anakku & Disney. Yg anakku jenis plastik. So bila kena makanan blh lap. Ada 2 lg. 1 warna pink, 1 lg warna kuning. Yg disney plak jenis kain. Comel je. Warna pink. Yg nie blh guna masa pegi jln2. Lps tu turun kt tingkat bawah. Shopping brg dapur. Nk shopping baju baby zara x blh lg sbb baju baby zara byk lg yg belum pakai. huhuhu. Sebelum blk singgah pasar mlm kt masjid india. Masa nie ina dukung baby zara sbb susah nk tolak stroller kt tempat ramai org. Sekali baby zara tido masa tgh2 jln tu. Alahai, mmg semangat baby zara nie. Lenguh jgk la ina dukung dia. huhuhu... B'gilir2 dgn hubby dukung baby zara. (^_^)
BABY ZARA & DADDY
BABY ZARA & MAMA
SAYUR-SAYUR.... MAI BELI SAYUR... ;)

SERONOKNYA ANAK DARA DADDY & MAMA
MAMA & BABY ZARA YG SENTIASA COMEL.. hihihi
BIP BARU UTK BABY ZARA

Wednesday 6 February 2013

DATUK YAHYA SULONG MENINGGAL DUNIA, AL FATIHAH

Allahyarham Datuk Yahya Sulong
Innalillahiwainnailaihirojiun... Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Yahya Sulong di atas pemergian beliau ke rahmatullah. Persatuan Seniman dan juga melalui Presidennya, Zed Zaidi telah memaklumkan di Twitter bahawa Datuk Yahya Sulong telah meninggal dunia pada jam 6.45 petang tadi di Hospital Besar Kuala Lumpur kerana sakit tua. Allahyarham berusia 84 tahun. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Teluk Intan, Perak malam ini. Allahyarham meninggalkan isteri Alisah Ali yang telah dikahwininya sejak 34 tahun lalu. Allahyarham mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit. ia merupakan perkahwinan kedua bagi Alisah dan keempat buat Allahyarham. Semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN

SELEBRITI PROGRAM REALITI TV DIREMAN ROGOL KEKASIH

Anggota polis mengiringi suspek (dua dari kanan) selepas prosiding mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya semalam.
Hari nie mama zara nk b'gosip kjp. hihihi... Sbnrnya, nie antara berita yg t'kandung dlm surat khabar KOSMO hari nie. Selebriti Program Realiti TV Direman Rogol Kekasih. Sapalah artis tu kan? Td search kt internet. Dpt la maklumat psl berita nie. Menurut dr maklumat yg ina baca artis t'sebut ialah MOHD atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor iaitu juara Mentor musim ke 4. Tp x tau la sahih atau tidak maklumat tu. huhuhu... Kalau betul la kesian kt Ziana Zain. Ya la, kan Ziana Zain mentor kpd Mohd. Hmmmm, mcm2 artis nie. Br jd juara dh buat masalah. Apa2 pun jom kita baca berita penuh tentang artis nie.

AMPANG JAYA – Polis semalam mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman selama dua hari ke atas seorang penyanyi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana dekat sini Ahad lalu.
Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun yang pernah menjuarai sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen televisyen itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jalaluddin berkata, tempoh dua hari itu akan digunakan sepenuhnya oleh polis bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes tersebut.
“Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa berusia lingkungan 20-an selepas menerima laporan tersebut. Soal siasat akan dilakukan terhadap teman lelakinya itu bagi membolehkan kita mendakwanya jika terdapat bukti yang mencukupi,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Semalam Kosmo! melaporkan polis menahan artis tersebut pada pukul 12 tengah hari di Taman Melati dekat sini kelmarin setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kejadian tersebut.
Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 12.40 tengah hari 31 Januari lalu ketika dia berada di rumah suspek. Ketika kejadian, ahli keluarga suspek tiada di rumah dan mangsa tidak melawan kerana bimbang akan dicederakan.

SUMBER:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Tuesday 5 February 2013

Puree Pisang, Makanan Pejal Ke 2 Baby Zara

PUREE PISANG


Alhamdulillah, baby zara dh lulus mkn puree labu. B'makna baby zara x alah dgn labu. Dia poo poo pun mcm biasa. Masa hari p'tama baby zara poo poo. Hari ke 2 & ke 3 baby zara x poo poo. Masuk hari ke 4 baby zara poo poo. Sampai 2 kali baby zara poo poo. Najisnya pun mcm biasa. Cuma yg awal tu je mcm pejal sikit sbb baby zara dh mula mkn. Najis baby akan berubah bila dh mula mkn. Alhamdulillah, baby zara x sembelit. Masa mkn puree labu pun dia x kembung. So baby zara serasi @ blh mkn labu. So setelah 4 hari baby zara mkn puree labu, hari nie menu baru plak utk baby zara. Ina buatkan puree pisang. Pisang Dole. Ina & hubby beli kt jusco masa shopping last week. Cara penyediaan puree pisang nie sama mcm buat puree labu. Baby zara suka mkn nampaknya. Dia dh mula menerima makanan. Masa mkn puree labu pun mcm tu. Hari mula2 je dia buat muka. Hari seterusnya dh suka dh mkn. Nmpk je sudu dh nk sampai kt mulut terus buka mulut. Alhamdulillah. Masa mkn puree pisang td mula2 je nmpk muka baby zara lain. Mungkin dia rasa lain kot. Ya la, sebelum nie mkn puree labu, hari nie mkn puree pisang plak. Kali ke 2 ina suap dia dh ok. Siap jilat2 bibir. Sedap agaknya. Harap2 baby zara akan ok jgk dgn pisang. 
SEDAPNYA BABY ZARA MKN PUREE PISANG

Monday 4 February 2013

TEETHER UNTUK BABY ZARA

COMEL TAK TEETHER SAYA??
Nie la teether utk baby zara. Ina & hubby belikan teether utk baby zara sbb baby zara suka main lidah skrg nie. Org ckp kalau baby suka buat mcm tu sbb gatal gusi nk tumbuh gigi. Mungin kot. Tp x tau la bila gigi baby zara akan tumbuh. Skrg nie baby zara mmg suka main lidah. Tu yg belikan dia teether. Bila dh ada teether tu blh la dia gigit2 teether tu utk hilangkan kegatalan & ketidakselesaan gusi. Antara fungsi teether ialah perangsang pertumbuhan gigi, mainan untuk p'kembangan baby seperti menggenggam, mengoyang-goyangkan teether, dan mengambilnya. Skrg nie byk sgt teether yg dijual. Pelbagai jenis, bentuk & warna. Sampai ina pun x tau nk pilih. Semuanya ina belek. Akhirnya ina jumpa teether brand Tollyjoy. Comel sgt teether tu. Bentuk penguin. Warnanya pun cantik. Harga pun murah je. RM7.90. Siap ada diskaun 20%. So harganya RM6.30. Nie la teether p'tama baby zara. Masa ina bg baby zara, dia belek2 je teether tu. Kemudian lps. Ina bg lg letak kt mulut dia. Sekejap je, kemudian t'lepas jgk. Rupa2nya, teether tu besar. So susah baby zara nk masukkan kt dlm mulut dia. huhuhu. Tp lama2 baby zara dh ok dgn teether tu. 
TEETHER DH KT DLM MULUT
BESAR SGT LA TEETHER YG MAMA BELI. SUSAH ZARA NK GIGIT
PANDANG JE LA.. NK GIGIT BESAR SGT... huhuhu
Lps tu hubby ada beli teether yg baru utk baby zara. Teether yg kedua nie kecik sikit. Brand Combi. Harga RM29.90. Mahal dari yg p'tama sbb teether nie ada 3 bentuk yg b'lainan. So bila baby zara gigit, dia akar rasa keadaan yg b'beza. Comel je teether nie. Skrg nie baby zara dh pandai gigit teether. Tp kdg2 tu jari jgk yg dia gigit sbb tu lg best kot. huhuhu
TEETHER BARU BABY ZARA
SEDAPNYA, NYUM... NYUM....
TAK NAK PEGANG SENDIRI

PAK NIL DAPAT GELARAN DATUK

Datuk Aznil Hj Nawawi
Walaupun berita nie dh 3 hari b'lalu, tp ina baru nk tulis kt blog. Biasa la bila penyakit M tiba2 menyerang diri. Tu yg x update blog. hihihi... Byk perkara yg nk update kt blog nie tp ina update pasal artis Malaysia yg t'kenal nie dulu. Ina mmg suka sgt dgn Pak Nil. Pada ina Pak Nil nie seorg pengacara yg serba boleh. Mmg patut Pak nil menerima gelaran Datuk. Sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2013 yg lps, Pak Nil atau @ Aznil Hj Nawawi telah menerima anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW). Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, pingat dan bintang telah diadakan di Istana Negara dan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Pak Nil juga merupakan ‘Duta Sihat 1Malaysia’ dan sudah menceburi industri hiburan lebih dari 20 tahun. Tahniah diucapkan kpd Datuk Aznil Hj Nawawi. 

Friday 1 February 2013

REAKSI BABY ZARA PERTAMA KALI MAKAN

MUKA BABY ZARA FIRST TIME MKN (muka x suka... hihihi)
Hahahaha.... Nie la reaksi muka baby zara masa mkn puree labu tgh ari td. Mmg kelakar. Ina & hubby gelak je. Dh la belum mandi lg. Mlm td baby zara tido lewat. So bgn pun dh tgh ari. Awal pagi baby zara dh bgn tp lps menyusu sambung tido blk. Bila dia bgn tgh ari td ina pun terus bg mkn. So lps mkn blh mandi. Mmg mcm2 memek muka dia. Al maklum la baru first time mkn. Sebelum nie hisap susu je. Sekali bila dh mkn, mcm nie la jadinya. Masa mula2 suap puree kt mulut, baby zara buat muka pelik. hihihi... Mulut bkn main nganga luas. Bila dh masuk puree terus lain mukanya. Mcm x suka pun ada. Tp ina still bg mkn lg sbb hari nie kn first day & first time baby zara mkn. X abis pun baby zara mkn. Mmg mula2 mcm tu. Nti dh lama2 br baby biasa. Harap2 baby zara suka mkn lps nie. Masa bg mkn td ina cuma dudukkan baby zara & sandarkan kt bantal besar. Sbbnya x beli baby walker lg. Kalau ada walker mungkin senang sikit kot nk bg mkn. Hubby dudukkan atas riba dia pun baby zara x nk duduk diam. Bila dia duduk sendiri blh plak dia diam. Cuma kdg2 t'senget2. Oh ya, ptg td dlm pukul 5 ptg ina bg lg baby zara mkn puree labu. Alhamdulillah, kali nie abis dia mkn. Dh x de keluar2 lg. So baby zara dh blh menerima puree labu. Kita tgk plak mcm mane esk. Ape2 pun jom kita layan pic baby zara masa mkn tgh ari td. Mmg menarik... (^_*) 
ALHAMDULILLAH, PUREE LABU DAH MASUK DLM PERUT... hihihi
X NAK PAKAI BEEP. ABIS DITARIK BEEP TU... ZARA, ZARA...
DAH T'CABUT PUN BEEP... huhuhu
BUAT MUKA LG... kuikuikui
ABIS COMOT MULUT
JARI JGK YG SEDAP... huhuhu

Puree Labu Utk Baby Zara

PUREE LABU
Hari nie baby zara dh mula makan. Utk p'mulaan, ina introduce baby zara dgn puree labu. Nie la makanan pejal p'tama baby zara setelah 6 bln baby zara hanya menyusu dgn susu ibu. Mula2 ina ingat nk buatkan puree epal. Tp ina baca dlm group Solid Food for My Baby kt fb, dia org ckp suruh introduce baby dgn sayur2an dulu. So labu kn dlm kategori sayur. Jd ina buatkan puree labu utk baby zara. Senang je nk buat puree labu nie. Mula2 kupaskan kulit labu & potong kecil2. Lps tu basuh & kukuskan sehingga lembut. Lps dh siap kukus, blender labu td dgn sedikit air supaya cair. Mula2 nie kena la bg cair2 sikit sbb baby zara br nk mula mkn. Nti pekat2 sembelit plak. huhuhuhu... Kemudian tapiskan labu yg tlh diblender td. Haaaa, dh siap. Senang je kn. Ina ada buat 4 bekas utk 4 hari. 1 bekas utk hari nie, 3 bekas lg utk esk & hari seterusnya. 3 bekas lg tu ina simpan dlm freezer. Bila nk mkn keluarkan & panaskan. Sebenarnya nk bg baby mkn kena ikut 4 Days Rules. Maksudnya kena bg baby mkn makanan yg sama utk 4 hari b'turut2. Tujuannya supaya kita tau baby allergic atau tidak dgn makanan tu. Kot2 la lps mkn tiba2 jd ruam ke, kembung ke & lain2 lg. Lps dh 4 hari br blh tukar menu lain. 
LABU UTK BUAT PUREE
LABU YG TLH DIPOTONG UTK DIKUKUS
LABU YG TELAH SIAP DIBLENDER
DH SIAP PUREE LABU
STOK PUREE LABU UTK HARI SABTU, AHAD & ISNIN
Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...