Tuesday 30 April 2013

Saya Memang Dah Kurus (>_<)

Saya mmg dh kurus!!!! Tu la tajuk entri hari ini. hihihi.... Hari ahad lps keluar pegi Aeon kt Rawang. Saje jln2. Bosan duk kt umah. Blh mcm tu. hihihi... Saja bawak baby zara jln2. Baby zara nie suka jln. So pegi la Aeon Rawang. Fuhhhh, mmg ramai sgt org. Hari minggu kan. Selalunya ina & hubby keluar hari biasa. Mmg tenang je. Sekali amik ko. Mmg meriah Aeon hari semlm. Masa kt Aeon tu nmpk la mesin penimbang berat yg siap dgn ukur tinggi, tekanan darah, lemak dlm bdn & denyutan jantung. Hanya RM1 je. Hubby pun suruh la ina timbang dulu. Last ina timbang berat masa bln 8 thn lps. Masa tu berat ina 47.5kg. Sekali semlm masa timbang berat ina 43.5kg. hohoho... Biar betul. Byknya turun. Patut la ramai org tegur ina dh kurus. Mmg rasa bdn nie kurus. Tp tu la. Tang perut still ada bukit lg. Maksudnya buncit la. huhuhu... Sebelum lahirkan baby zara berat ina 64kg. Masa tu kandungan dh masuk 40w @ 9 bln. Tu la berat ina yg paling tinggi. Masa awal pregnant berat ina 56kg. Masa kahwin berat ina dlm 52kg ke 54kg mcm tu. Kalau nk tau berat 43kg nie berat masa zaman sekolah dulu. Masuk je U, berat ina naik. Mana x naik. Mkn sedap. Ya la. Study kt UUM. Yg masak org Thailand. Fuhhh, mmg sedap. Menu utama selalunya nasi, tom yam campur & telur dadar. Mmg sedap. Tu yg berat naik. Masa keje berat sama lg mcm masa bljr. Turun pun dlm 1-2kg. Nk kahwin ada jgk diet tp berat x turun byk. Redha je la. Sekali pregnant mmg berta naik byk. Normal la kn. Mmg x kisah pun berat naik byk. Tp x sampai 10kg pun naik sepnjg 9 bln pregnant. Ok la tu. Sekali lps lahirkan baby zara mmg turun byk. Kalau fully bf baby mmg berat akan turun dgn cpt. Tu la yg b'laku kt ina. Tp ada jgk sesetgh ibu yg melahirkan baby berat x turun @ semakin b'tambah. Dia org ckp selera mkn m'jd2 sebab lapar lps susukan baby. Ina rasa selera ina mcm biasa je. Mungkin setiap org x sama. Kdg2 tu berat naik sbb mkn pil perancang. Mmg ada pil perancang yg blh menaikkan berat bdn. Ina mmg x amik pil perancang. Kononnya nk rancang sendiri. hihihi... X tau la jd ke tidak. Ya la. Dh mula period nie. Mmg kena b'hati2. Tp kalau Allah dh bg rezeki. Alhamdullillah. Mmg terima dgn rasa penuh kesyukuran. Sbb umur pun dh makin meningkat. huhuhu...

Puding Roti Utk Baby Zara

BREAD PUDDINGS WITH BANANA & DATES
Tadaaa... Nie la dessert utk baby zara. Bread puddings with banana & dates. Hmmm, mmg sedap sbb campur pisang, kurma & kismis. Senang je nk buat puding roti nie. Ina guna roti gardenia. Sekeping je sbb utk baby zara je kn. Mula2 ina sapu roti dgn unsalted butter. Kemudian potong roti tu kecik2 & rendam dgn air panas. Biasanya org buat rendam dgn susu. Tp disebabkan zara x minum susu formula, ina pun rendam la dgn air panas je. Nk rendam dgn susu ibu pun blh jgk. Ina x de stok ebm sbb ina direct feeding utk baby zara. Lps roti dh kembang, lenyek2 roti tu hingga hancur. Kemudian blend pisang & kurma. Nk lenyek pisang pun blh. Dh siap blend campur dgn roti yg dh dilenyek2 td. Kemudian tabur kismis di atas roti. Kukus 15-20 minit. Ok dh siap. Senang kan??? Yg penting baby zara suka mkn. Alhamdulillah. Lps nie blh buat lg. (^_^) 

Saturday 27 April 2013

Raisins Porridge With Chicken Soup & Veg

RAISINS PORRIDGE WITH CHICKEN SOUP & VEG
Assalamualaikum. Hari nie ina nk cite psl pemakanan baby zara lg. Sejak baby zara dh masuk 9 bln, ina dh mula menumis utk masak bubur baby zara. Maksudnya ina dh mula guna bawang dlm pemakanan baby zara. So ina pun buat la sup ayam campur sayur2an utk dimkn dgn bubur. Alhamdulillah, baby zara b'selera mkn. Nmpk ina pegang sudu, dh menganga mulut nk lg. Mesti baby zara rasa bubur yg dia mkn lemak2. Kalau nk tau ina ada guna unsalted butter dlm sup baby zara. Senang je nk buat sup utk baby zara. Mula2 ina cairkan unsalted butter dlm periuk. Kemudian tumis bawang holland & bawang putih. Biarkan sehingga naik bau. Kemudian tambahkan air. Air nie agak2 la ya. Lps tu masukkan isi ayam. Bila dh nmpk isi ayam tu dh masak, masukkan sayur. Sayur yg ina guna utk sup baby zara ialah carrot, brokoli, bunga kobis & celeri. Masak hingga sayur lembut. Untuk bubur nasi plak ina campurkan kismis. Masa nk bg baby zara mkn br ina blend bubur & sup. Ina pun ada campurkan extra virgin olive oil dlm bubur baby zara. Fuhhh, mmg sedap. Nak2 bau butter tu. Patut la baby zara suka mkn. Lps nie blh la pelbagaikan makanan utk baby zara supaya baby zara x bosan. Mudah2an ina dpt menyediakan pemakanan yg sihat & b'khasiat utk baby zara. Insyaallah. AMIN

Friday 26 April 2013

Period Menjelma Kembali (>_<)

Jeng, jeng, jeng. Akhirnya ina dtg bln @ haid @ period slps 9 bln 3 hari melahirkan baby zara. Alhamdulillah. Kena la ucap alhamdulillah. Sbbnya diri ini masih subur. hihihi... Ina ingatkan sethn br period blk. Ya la. Ina kn fully bf baby zara. Kalau kita fully bf baby mmg lmbt period. Tp ada sesetgh ibu lps 3 bln je dh period blk. Yg tu mmg betul2 subur. hihihi... Sebnrnya 2, 3 hari lps ina dh rasa sakit kt bwh perut. Sakitnya mcm sakit senggugut. Tp bila check x period pun. Pinggang pun sakit jgk. Nk dijadikan cerita, mlm td sebelum tido pegi toilet dulu. Sekali tgk kt panties ada lendir coklat2. Nk kata darah bkn warna merah. Terus pakai panty liner siap2. Bila bgn pg td x de pun. Eh, lendir apa yg keluar plak mlm td. Ina t'fikir jgk darah implantasi.  Maksudnya darah yg keluar sewaktu di awal kehamilan. Ia b'laku apabila telur yg sudah pun disenyawakan dgn sperma b'gerak ke rahim & cuba m'benamkan dirinya ke dlm dinding rahim. Ina t'fikir mcm tu sbb masa pregnant dulu ina pernah b'laku p'darahan implantasi. Masa tu minggu ke 7. Tp darah tu bkn keluar setiap hari. Dalam seminggu 2 @ 3 kali keluar. 2 minggu jgk la darah keluar. Masa mula2 darah keluar ingat dh nk keguguran. Sekali bila check, doc ckp darah implantasi. Tp mmg b'hati2 masa tu. Cerita psl period, dlm pukul 4 ptg td ina pegi toilet. Sekali tgk dh ada darah. Byk la jgk. Tp x de la sampai bocor. So dgn rasminya ina dh period semula slps 9 bln 3 hari melahirkan baby zara. Alhamdulillah, x de rasa sakit perut mcm senggugut tu. Org ckp biasanya lps b'salin senggugut hilang. Dulu ina mmg ada senggugut. Tp bkn setiap bln la kena senggugut. Kdg2. Tp kalau dh kena mmg sakit sgt. Ubatnya sapu minyak kt perut. Kemudian tido. Alhamdulillah, bgn tido dh rasa kurang sikit. Kalau nk tau, ina br ckp kt hubby. Kalau ina x period sampai umur baby zara setahun, dpt la puasa penuh ramadhan nie. Angan2 je la nmpknya. Dh la puasa x abis ganti lg. Br puasa 5 hari. Ada lg 22 hari.  hohoho... Ya la. Kn ina lahirkan baby zara masa bln Ramadhan thn lps. 3 Ramadhan masa tu. So apa lg. Dkt sebln la kena ganti puasa. X pe. Chaiyok ina. Ada masa lg. Kena ganti sebelum Ramadhan tiba lg. (>_<)

Thursday 25 April 2013

Baby Zara 9 Months Already

DH ADA GAYA NK MERANGKAK. CHAIYOK ZARA
Assalamualaikum semua. Hmmm. Dh byk hari x update blog. Bkn malas tp x sempat. Busy sikit dari hari isnin. Tiap2 hari keluar. Blk dh mlm. Mmg x larat la nk update blog walaupun byk yg nk diupdate. hihihi... Ok la. Mula2 ina nk cite pasal little princess ina yg semakin comel & bijak. Alhamdulillah, 23 April 2013 (selasa) yg lps, baby zara dh masuk 9 bulan. Kejap je kn masa b'lalu. Ina rasa mcm br je lahirkan baby zara. Alih2 dh 9 bln baby zara hadir dlm hidup ina & hubby. Syukur alhamdulillah. Baby zara skrg nie semakin bijak & cerdik. Kalau hubby buat2 marah ina & ina m'jerit, baby zara pun apa lg. M'jerit sama. Lg kuat suara dia. Nyaring plak tu. Mmg kelakar tgk dia m'jerit. Kononnya marah kt daddy sbb daddy marah mama. So ina dh ada geng la lps nie kalau hubby mrh. Baby zara blh marah hubby blk. hihihi... Baby zara pun dh pandai memanjat. Kalau letak bantal tinggi2 kt atas katil pun baby zara dh blh panjat. Tujuan letak bantal tu utk halang dia dari jatuh katil. Mmg kena hati2. Skrg nie baby zara masih menyelar (tarik dada) lg. Sebenarnya baby zara dh ada gaya mcm nk merangkak. Tp tu la. Dia goyang2 kan je bdnnya tp x melangkah utk merangkak pun. Ina yg tgk pun excited. Last2 dia meniarap blk. huhuhu... Smga baby zara b'jaya merangkak lps nie. Kalau psl mkn, baby zara nie mmg suka mkn. Apa yg kita mkn mesti dia pun nk jgk. Kdg2 t'bagi jgk. Tp sikit je la. Buat rasa. huhuhu... Biasa la baby. So ina kena lebih kreatif lg lps nie utk menyediakan makanan yg t'baik buat baby zara supaya baby zara x bosan dgn makanan. Bila dh masuk 9 bln nie baby zara dh blh mkn mcm2. Mama pun kena byk idea utk masak makanan zara. X ape la. Mmg seronok ina masak utk baby zara. Mudah2an baby zara m'besar dgn sihat, sempurna & sentiasa dilindungi olah Allah s.w.t. AMIN

Sunday 21 April 2013

Bila Baby Zara Demam

WALAUPUN DEMAM BABY ZARA TETAP AKTIF
Smlm baby zara demam. Sebenarnya dari ptg jumaat lg baby zara demam. Masa tu ina rasa dahi & kepala baby zara dh panas. Terus ambil termometer. Bila sukat suhu dh 37 darjah celcius. Mmg dh nk demam baby zara nie. Patut la x b'peluh. Baby zara nie mmg kuat b'peluh. So bila x b'peluh mmg demam la tu jwbnya. Hubby terus buat air asam jawa utk basahkan kepala baby zara. Air asam jawa nie mmg bagus utk turunkan suhu panas. Masa ina demam dulu pun mak selalu buat mcm tu kt ina. Mmg sekjp je demam dh baik. Ubat demam mmg ada. Tp x nk la biasakan dgn ubat sbb ubat x elok utk baby sbnrnya. So guna la kaedah tradisional. Mlm pun kepala baby zara still panas lg. Ina & hubby pun ada lapkan badan baby zara dgn air sejuk utk kurangkan suhu. Baby zara pun x aktif sgt masa mlm smlm. Baring je tgk tv. Mungkin baby zara rasa x selesa. Tp dia x merengek pun. Mcm biasa je. Cuma x aktif sgt la. Mlm masa tido pun ina still basahkan kepala baby zara dgn air asam jawa. Pg semlm suhu masih sama lg. Kejap turun, kejap naik. Tp x sampai 38 darjah celcius la. Still 37++. Hubby basahkan kepala baby zara dgn air sejuk (air yg dicampur dgn air sejuk dlm peti ais). X lama lps tu baby zara mcm dh aktif. Dh blh menyelar (tarik dada) ke sana ke sini. Itu tanda yg positif. Baby zara dh hampir sihat. Alhamdulillah. Bila naik walker dh ke sana ke sini. Mmg aktif sgt dh. Last2 keluar pun peluh. Haaaaa, b'peluh jgk akhirnya. Suhu panas pun dh b'kurang ke 35 darjah celcius. Alhamdulillah, dh sihat baby zara. Hari nie baby zara aktif mcm biasa. Mkn pun mcm biasa. Masa demam semlm pun baby zara mkn mcm biasa. Mmg abis baby zara mkn. Cuma puree buah pear baby zara x abis mkn. Hari nie pun mkn puree buah pear x abis. Nk kata x suka buah pear x jgk. Sebelum nie baby zara mkn je. X apa la. Apa2 pun baby zara dh sihat. Semoga baby zara sentiasa sihat. AMIN

Friday 19 April 2013

15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak


15 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa 

♥ Kurang berdoa semasa mengandung. 
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) 

♥ Kurang berdoa semasa membesarkan anak. 
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. 

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani 

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya. 

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. 

Sumber : Darulharis

Thursday 18 April 2013

Peluklah Isteri, Dapat Pahala & Hilang Stress


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

Credit to: UmmiMamaBiz

Tidur Berbantalkan Lengan Suami


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan. Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang? Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif. Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya. Tidak dinafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…


FAKTA

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur. Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita. Kpd isteri semua, adakah anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami? Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?

*** Alhamdulillah, Ina mmg tido berbantalkan lengan suami dari hari pertama kahwin sehinggalah ke   saat ini.... (^_^)


Tuesday 16 April 2013

Bila Baby Zara Menguasai Laptop

HOHOHO.... LAPTOP NIE SAYA YG PUNYA... (^_^)
Sejak dh 8 bln lebih nie, baby zara semakin bijak. Pantang nmpk mama @ daddy pegang laptop. Mesti dia pun nk main jgk. Brg mainan dia yg byk dia x layan pun. Baby zara nie cpt bosan dgn mainan. So bila dia nmpk laptop mmg excited sgt2. Ya la. Laptop kn ada gmbr & bunyi. Tu yg dia suka. Mmg selalu la mama @ daddy berebut laptop dari baby zara. Kalau x dpt dh pandai marah & menangis. Perkembangan yg bagus utk baby zara sbnrnya. Tp tu la. Bila dia dh dpt laptop abis laptop tu ditunggang terbalikkan. Siap tutup laptop lg. Baby zara nie mmg pantang tgk laptop t'biar. Sekjp je dia dh mengadap laptop tu. Pernah ina pegi dapur. Sekali tgk dia dh meniarap dpn laptop tu. Abis diketuk2 laptop. Mcm2 benda yg keluar kt laptop tu. Ada sekali tu ina tgh charge laptop kt atas meja. Sekali baby zara langgar wayar charger laptop tu dgn walker dia. Terus laptop jatuh kt lantai. T'kejut ina. Masa tu ina kt dapur. Nasib baik hubby x marah ina. Ya la. Kn ina yg charge laptop tu. Alhamdulillah, laptop pun x de apa2 mslh. Kalau x beli laptop br la jwbnya. Apa2 pun ina seronok sgt tgk p'kembangan baby zara skrg. Mcm2 akal baby zara. Kalau tgk tv suka tgk iklan & dgr azan. Mmg laju je dia pegi dpn tv. Abis iklan dia buat hal dia blk. Bahagia bila tgk baby zara sentiasa aktif. Alhamdulillah. Smga baby zara m'besar dgn sihat. AMIN


Sunday 14 April 2013

Mashed Pumpkin With Dates Sauce

MASHED PUMPKIN WITH DATES SAUCE
Ptg td ina buatkan mashed pumpkin with dates sauce utk baby zara. Sebenarnya labu tu ina rebus nk buat bingka labu. Sekali bila dh siap rebus labu, tgk2 santan dh x elok. Dh masam. huhuhu.... Tu yg x jd buat bingka. Last2 buat cekodok labu. Sedap jgk. Tp t'lupa nk amik gambar. Kemudian ina lecek sikit utk baby zara. Ina masukkan dlm cookies cutter bentuk bear. Saja buat bentuk sikit. Lps tu ina blend kurma utk dijadikan sos. Mmg sedap bila dh ditambah dgn sos kurma sbb labu pun x de la manis sgt. Suka baby zara mkn. Masa tu baby zara br lps mkn puree mango. Tp bila dia tgk ina & hubby mkn cekodok dia pun nk mkn jgk. Ina pun bg la. Hmmmm, baby zara mmg suka mkn. Suap je apa. Semua dia mkn. Tp x de la suap yg bkn2 utk dia. Makanan yg baby zara blh mkn je. (^_^)

Bubur Brokoli & Bunga Kobis

BUBUR NASI CAMPUR AYAM, BUNGA KOBIS, BROKOLI & KURMA
Yeayyyy, baby zara dh lulus mkn bunga kobis. So far x de apa2 yg b'laku pd baby zara lps mkn bubur yg dicampur bunga kobis. Poo poo pun mcm biasa. Hari2 baby zara melabur saham. hihihi... Alhamdulillah. Sebnrnya sejak smlm lg ina dh campur sayur lain dlm bubur baby zara selain bunga kobis. X tunggu pun 4 hari. Sbbnya ina tgk bubur baby zara mcm x b'warna. Tu yg terus campur sayur lain. hihihi... Baby zara pun b'selera mkn. X prnh baby zara x nk mkn. Alhamdulillah. Tu yg seronok sgt. Sebagai seorg ibu mestilah ina suka tgk anak b'selera mkn. Lg2 makanan yg b'khasiat. Ok la, hari nie ina buatkan baby zara bubur nasi campur ayam, bunga kobis, brokoli & kurma. Habis 1 mangkuk baby zara mkn. Semlm ina campur bunga kobis dgn carrot & kismis. Pun habis baby zara mkn. Biasanya sebelum mkn tgh hari hubby akan bg baby zara mkn puree buah dulu. Skrg nie baby zara mkn puree mangga. Hari2 puree mangga sbb hubby beli byk sgt mangga utk anak dara dia. Baby zara pun suka sgt mkn puree mangga sbb manis.

Saturday 13 April 2013

BERHATI-HATI MEMILIH GINCU @ LIPSTICK

Kajian Dr. Elizabeth Ayoub, perubatan dan biomolekul mengeluarkan amaran untuk gincu yang mengandungi plumbum, yang merupakan karsinogen. Semakin tinggi kandungan plumbum, risiko menjadi lebih besar terjadinya kanser. Diperhatikan plumbum tertinggi terdapat dalam gincu keluaran AVON. Kita sepatutnya berwaspada pada penjagaan gincu. Jika gincu anda keras statik adalah disebabkan oleh tahap plumbum yang tinggi. Untuk mengetahui samada gincu yg anda beli mengandungi plumbum atau tidak, anda blh melakukan ujian ini.

1. Sapukan sedikit gincu pada tangan anda;

2. Letakkan cincin emas pada gincu di tangan anda

3. Jika perubahan warna gincu kepada warna hitam, gincu anda mengandungi plumbum.


Antara jenama gincu yang mengandungi plumbum adalah:
CLINIQUE
ESTÉE LAUDER
SHISEIDO 
RED EARTH (Lip Gloss)
CHANEL (Lip Conditioner)
MARK AMERICA
MOTIVES 
LIPSTICK  
AVON

Thursday 11 April 2013

RESEPI IKAN, MENU UTK BERPANTANG

Menu b'pantang nie ina dpt dari Kelab Ibu Ibu Bersalin Dan Berpantang kt facebook. Mmg b'guna menu nie utk ibu2 yg bakal b'salin & ibu2 yg sedang b'pantang. Blh pelbagiakan menu masa b'pantang nanti. Dulu masa ina b'pantang ina cuma mkn apa yg mak bg je. Ya la, x nk susahkan mak. Masa tu ina b'pantang kt Muar. Bulan puasa plak tu. Kesian kt mak nk masak mcm2 kt ina. So mkn je la apa yg mak masak. Hubby plak kt KL. Mmg hubby selalu blk. Saja x nk suruh dia masak. Sbb mak dh masak. Blh mcm tu. hihihi... Ok la. Ikan yg blh dimkn masa b'pantang nanti ialah ikan haruan, ikan yu, ikan selar, ikan gelama, ikan jenahak, ikan merah, ikan tenggiri, ikan kurau, ikan bawal putih, ikan senangin, ikan kerisi, ikan kod, ikan bilis, ikan siakap & ikan salmon. Jom kita tgk antara menu ikan yg blh ibu2 mkn masa b'pantang nanti. 

SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa). Taburkan daun sup dan daun bawang. Biar seketika dan tutupkan api.


Cara 2:
Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa). Taburkan daun sup dan daun bawang. Biar seketika dan tutupkan api.

IKAN KUKUS @ STIM

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan. Steam sampai ikan masak.


SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam. Bila dah mendidih, masukkan ikan.

IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan ikan semula. Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan. Taburkan halia goreng di atasnya.



IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
Didihkan semua bahan di atas api perlahan. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


1st Time Baby Zara Mkn Bunga Kobis

Alhamdulillah, hari nie 1 lg jenis sayur ina perkenalkan utk baby zara iaitu bunga kobis. Kalau ikut carta pemakanan bayi, bunga kobis blh diberi pd bayi dari umur 6-10 bulan. Tp ina br mula bg kat baby zara. Baby zara dh 8 bulan lebih. Ina cuma letak bunga kobis, ayam & kismis dlm bubur baby zara. Nak kena ikut 4 day rules jgk. Takut baby zara x blh mkn bunga kobis ke. Mana tau kan. So far masa bg mkn tgh hari td, baby zara ok je. Suka plak baby zara mkn walaupun nmpk mcm bubur kosong. Ya la. Bunga kobis kan warna putih2 krim. So bila campur dgn bubur nasi & ayam, mmg nmpk putih je. Tp ada sikit la warna2 coklat dari kismis. Alhamdulillah, habis baby zara mkn. Lps dh lulus mkn bunga kobis, insyaallah ina perkenalkan sayur lain plak utk baby zara. Ina nk ajar baby zara mkn sayur dari kecik lg. Ina x nk baby zara jd mcm ina masa kecik2 dulu. X suka mkn sayur. Hanya sesetgh sayur je ina suka mkn. Kalau ada sayur je mesti ina letak tepi pinggan. Mak la yg tlg abiskan. huhuhu... Tp sejak dh kahwin nie, ina dh blh mkn sayur walaupun masih ada sayur yg ina mmg x mkn. Harap2 baby zara akan kekal & suka mkn sayur. (^_^)

Wednesday 10 April 2013

Pumpkin Fries For Baby Zara

Ptg td ina buatkan pumpkin fries @ labu goreng utk minum ptg baby zara. Resepi nie ina amik dari group Solid Food for My Baby kt facebook. Senang je buat pumpkin fries nie. Mula2 potong labu kecil2 secara memanjang (jejari). Lps tu gaulkan dgn unsalted butter. Panaskan non stick pan sebentar. Kemudian goreng labu dlm non stick pan yg tlh dipanaskan. Balik2kan labu supaya semua bahagian masak. Ok, dh siap. Mmg sedap pumpkin fries nie. Manis & lemak je rasanya. Bau pun sedap. Suka baby zara mkn. Mama & daddy pun mkn sekali. hihihi... Oh ya, kalau nk bakar dlm ketuhar pun blh. Tp sbb buat sikit je ina pun goreng je la dlm non stick pan. Cepat pun cepat. Blh buat lg lps nie. (*_*)


BABY ZARA @ TAMAN PERMAINAN

Hari jumaat lps ina blk Muar sbb ada wedding kawan satu ofis dulu. Wedding hari sabtu. So dh alang2 blk Muar, ina pun ajak hubby pegi Tanjung Emas. Kalau nk tau, Tanjung Emas nie taman rekreasi kt Muar. Tanjung Emas nie t'letak kt tepi Sg. Muar. Mmg sesuai sgt dijadikan taman rekreasi. Dh lama ina nk bawa baby zara pegi Tanjung Emas. Tp bila blk Muar je mesti hujan sebelah petang. Tp hari ahad tu cuaca elok. So ina pun ajak hubby pegi Tanjung Emas. Ina pegi pun dh pukul 6 ptg. Sekali jln kt Tanjung Emas jammed. Br ina teringat. Mlm tu Tun Mahathir dtg kt dataran Tanjung Emas. Ada program Bicara bersama Mahathir. Mmg dh byk kereta masa tu. Mula2 ajak hubby pegi Tanjung Ketapang. Nk tgk monyet dulu. Ramai jgk la org kt situ. Tp ina x turun pun. Tgk monyet dari dlm kereta je. Penat duk tunjuk monyet kt baby zara. Tp baby zara buat x tau je sbb x nmpk. Jauh sgt. Dia x perasan rasanya. Lps tu terus pegi Tanjung Emas. Lps hubby parking ina pun bawa baby zara kt taman permainan. Ramai jgk budak2 main kt situ. Ya la, hujung minggu kan. Ina cuma bg baby zara main gelongsor je sbb tu je yg sesuai dgn baby zara. Tu pun ina yg pegang baby zara. Baby zara x blh main sendiri lg. Mama yg excited nk bawa baby zara main. hihihi... Nk main buai plak ada org. Mula2 main tu baby zara mcm x de perasaan je. Lps dh 2, 3 kali main, baru dia ketawa. Seronok agaknya. Ok la tu. Nanti zara dh besar sikit, baru blh main mcm2. 


Thursday 4 April 2013

GULAI IKAN JENAHAK

GULAI IKAN JENAHAK
Mlm td hubby beli ikan jenahak kt pasar mlm. Hubby suruh buat gulai. So ina pun buat la gulai utk lunch & dinner hari nie. Gulai simple je. Tp hubby ckp sedap. Senang hati bila hubby ckp sedap. Kembang sekejap. hihihi... Nie first time ina masak ikan jenahak. X prnh beli ikan jenahak pun sebelum nie. Mmg biasa buat gulai tp ikan lain la. So p'cubaan p'tama masak ikan jenahak b'jaya. Antara bahan yg ina guna utk masak gulai ikan jenahak ialah
  • ikan jenahak
  • bendi
  • tomato
  • bawang merah kecil
  • bawang putih
  • serbuk kari
  • asam keping
  • santan
  • garam
  • air
Mula2, tumiskan bawang merah kecil & bawang putih. Kemudian bancuh serbuk kari dgn air. Lps bawang dh naik bau, masukkan serbuk kari yg tlh dibancuh td. Masak sehingga naik minyak. Masukkan asam keping & bendi. Kemudian masukkan ikan. Lps tu blh la letak santan. Setelah itu masukkan garam secukup rasa. Bila gulai hampir masak, masukkan tomato. Ok, siap utk dihidang. Oh ya, ina x letak daun kari sbb x de daun kari kt rumah. (",)

Puree Mangga

MANGGA LILY
PUREE MANGGA
Nie la favourite baby zara selain puree pisang. Sbbnya puree mangga nie manis sgt. Hubby yg beli mangga tu. Katanya mangga lily. Tp mmg manis sgt mangga nie. Ina sambil suap kt baby zara sambil ina mkn jgk. hihihihi... Nk buat puree mangga nie sama mcm buat puree pisang. X pyh stim atau rebus sbb mangg nie dh lembut. Cuma buangkan kulitnya. Kemudian blend sehingga halus. Sebelum nie ina ada buatkan puree pear utk baby zara. Baby zara mkn tp mcm x berapa suka sgt. Mungkin sbb masam kot. Padahal pear tu dh masak & manis. Mungkin sbb dh simpan dlm peti ais, so puree pear tu jd masam. Skrg nie setiap hari mmg bg baby zara mkn buah sbb x nk bg baby zara sembelit. Alhamdulillah, hari2 baby zara poo poo. X de la ina risau.

Lunch For Baby Zara Today

BUBUR NASI CAMPUR AYAM, BROKOLI, LABU & KURMA
Baby zara dh lulus mkn brokoli. Seminggu lebih dh baby zara mkn bubur campur brokoli. 4 hari ina buatkan bubur ayam campur brokoli & kurma atau kismis. Lps tu ina dh campur sayur lain dlm bubur baby zara selain brokoli. Mula2 ina campur carrot & brokoli. Baby zara mmg b'selara mkn. Setakat nie mmg senang baby zara mkn. Alhamdulillah. So hari nie ina buatkan baby zara bubur ayam campur brokoli, labu & kurma plak. Laju je baby zara mkn. Bubur pun ina x blend halus sangat sbb baby zara dh ada 2 batang gigi. Dh pandai baby zara mengunyah. Alhamdulillah. Semoga baby zara m'besar dgn pemakanan yg khasiat & sihat hasil air tangan mama. AMIN

Wednesday 3 April 2013

PARLIMEN DIBUBARKAN


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU-13.
Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung melalui televisyen, Najib berkata beliau sudah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12. Beliau turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak. DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April tahun lepas yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian. Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013. Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009. 


Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baharu dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas. Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.


Tuesday 2 April 2013

KHASIAT PISANG


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.


PMS:

Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.


Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.


Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.


Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).


Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.


Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.


Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.


Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.


Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.


Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.


Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.


Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.


Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).


Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.


Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.


Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.


Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!


Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.


Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. Mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”



PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...