Tuesday 11 March 2014

Agar-Agar Laici

Assalamualaikum.....

Hmmmmm, hari nie dah masuk hari ke 4 pesawat MH370 hilang. Mmg suungguh misteri dgn kehilangan MH370. Semua org tertanya2. Malah timbul pelbagai spekulasi. Antara nak percaya @ tidak. Hakikatnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yg tlh berlaku kpd MH370 yg membawa 227 org penumpang & 12 org anak kapal. Apa2 pun kita sebagai rakyat yg prihatin teruskanlah berdoa agar kesemua mereka berada dlm keadaan selamat. Smga ahli keluarga mangsa yg terlibat tabah & sabar dgn ujian yg tlh Allah berikan. Amin....

Ok la, sebenarnya ina nak share resepi agar-agar laici yg ina buat. Dah lama buat, tp baru nak update. X de mood nak update blog skrg nie. Dlm fikiran mcm2 persoalan yg timbul pasal MH370. Ina sentiasa mengikuti perkembangan kehilangan MH370. Allaahuakbar. Hmmmm, nak menaip pun dah malas. Jom kita tgk bahan yg ina guna utk buat agar-agar laici. Ina x ingat ina amik resepi dari mana. Tp mmg sedap agar2 nie. Masuk bakul angkat sendiri. hihihihi....

BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar (20g)
1 tin laici
1 tin @ 400 ml susu cair
gula secukupnya
1000 ml air

CARA-CARANYA:
Mula-mula masak agar-agar dgn air. Masak sehingga agar-agar hancur. Kemudian masukkan gula secukupnya. Agak-agak manis la ya. Sementara tunggu agar-agar masak, potong laici kecil-kecil. Nak blend laici pun blh. Ina potong kecil-kecil sbb baru 1st time buat. Lepas nie kalau nak buat lagi, ina rasa nak blend laici separuh supaya lebih terasa laici kat dalam agar-agar. Campurkan sedikit air laici yg kat dalam tin tu ke dalam agar-agar yg telah dimasak. Masukkan susu cair & laici. Masak sekejap. Akhir sekali masukkan ke dalam bekas. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Mmg sedap makan masa sejuk. Yummy..... (^_^)

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...