Friday 28 February 2014

Aiskrim Goreng

Assalamualaikum....

aiskrim goreng 
Tadaaaaaa, akhirnya berjaya buat aiskrim goreng. Senang je nak buat aiskrim goreng nie. Selalu duk tgk kt internet je aiskrim goreng. So hari nie dah buat & makan. Mmg sedap. Sebenarnya, semlm ina buat. Tp tgh hari td baru goreng. Tujuannya supaya aiskrim tidak cepat cair. Bahan2 utk buat aiskrim goreng pun senang & x byk. Ina guna aiskrim pelangi paddle pop Walls. Yang warna warni tu. Ina buat 3 biji je. Satu utk ina, satu utk hubby & satu lg utk princess zara. Lps nie blh buat byk2. Sbb mmg sedap. Apa2 pun jom kita tgk bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHANNYA:
Aiskrim 
Roti Gardenia
Minyak

CARA-CARANYA: 
Ambil sekeping roti. Letakkan aiskrim ditengah2 roti. Pastikan letak betul2 di tgh2 roti supaya apabila kita menekan roti aiskrim tidak akan keluar. Lepas tu letakkan lg sekeping roti di atas aiskrim. Kemudian tekan roti dengan menggunakan gelas @ cawan di bahagian tgh roti. Tekan kuat2 ya supaya roti tercantum & tidak terbuka. Buat la seberapa byk yg anda suka. Akhir sekali simpan aiskrim di dalam peti ais semalaman. Kemudian blh la digoreng. Panaskan minyak dahulu. Lps tu goreng sehingga kekuningan. Ok, siap utk dihidang & dimakan. Mmg sedap mkn masa cuaca tgh panas skrg nie. (^_^)
aiskrim goreng pelangi paddle pop

Jalan2 Cari Makan @ Johnny's Restaurant Steamboat Jusco AU2

Assalamualaikum......

Yang nie cerita hari rabu yg lepas. Blk dari Muar hubby terus pegi kelas. Ina dgn zara terpaksa la ikut. Tp kita org duduk kat playground. Nasib baik la ada playground kat dgn rumah student hubby. Puas la zara main kat situ. Mama la yang penat duk kejar zara. X pe la anak. Janji x buat perangai kan. Lps hubby abis kelas baru pegi makan. Hubby ajak makan steamboat lagi. So pegi la makan steamboat kat Johnny's Restaurant Steamboat Jusco, AU2 Keramat. Sbb mlm tu hubby ada kelas kat Keramat. Nie kali ke 2 kita org makan steamboat tahun nie. Baru awal bulan hari tu kita org makan. hihihihi..... Tapi kali nie kita org amik sup ayam. Yang hari tu amik tom yam. Alhamdulillah, sedap jgk. Makan yang dulu amik set yg dah disediakan. Kali nie pilih sendiri. Harga pun lebih kurang sama je. Hubby order crisp squid, chicken fillet, tiger prawn, shrimp ravioli, tofu, stuffed chili, hk kailan, oyster mushroom, bee hoon, & fresh egg.  
nie la rupa sebenar bahan2 yg kita org order  utk steamboat
(sumber dari http://www.johnnyrestaurant.com/)
Kita org pun ada order makanan lain jgk. Ina order Tom Yam Bee Hoon. Hubby order Thai Pineapple Rice. Nie pun sedap. Zara makan nasi goreng yg hubby order. Nasi gorengnya x pedas. So zara blh la makan. Byk jgk la zara makan. Puas la makan utk 2 org. Air plak ina order fresh orange. Hubby plak sour soup. Tp lupa nak amik gambar air. Sbb tgh menikmati kesedapan steamboat. Gambar pun x byk sangat amik. Mana yg sempat je. Jom kita layan gambar sepanjang berada di sana. Amboi, mcm pegi bercuti plak ayatnya. X pe la. Asal blh. (^_^)
macam2 ada
masak dulu sebelum makan
sedia utk dimakan
thai fried rice
tom yam bee hoon
seriusnya muka my hubby
anak dara yang dah pandai makan sendiri

Happy Birthday To My Lovely Mum

Assalamualaikum....

Baru berkesempatan nak update blog. Anak dara tgh tido. Blh la mama mengadap laptop. Kalau zara x tido mesti dia kacau ina. Taik tangan ina ajak duduk kat bawah. Main tab dgn dia. huhuhuhu..... Ok la. Nak mula bercerita dah nie. Hari isnin lps ina blk Muar. Mak ckp nak buat pulut kuning sbb hari selasa (25 Februari 2014 ) hari jadi mak yg ke 54 thn. So kami sekeluarga pun blk lps hubby abis mengajar mlm isnin tu. Pukul 10 lebih jgk la kita org bertolak. Sampai Muar dlm pukul 1.30 pagi lebih kurang. 
Soto Ayam
Esoknya, hari selasa mak masak sedap utk makan tgh hari. Ina cuma tlg mak kt dapur. tlg mana yg patut. hihihi..... Tgh hari tu kita org makan soto ayam. Mula mak nak buat mee kari. Ina ckp x nak makan lemak2. So buat la soto. Mak kalau buat soto mmg sedap. Mak guna perencah soto Mak Pon. Perencah soto keluaran Mak Pon mmg sedap. Perencah mee bandung pun sedap. Makan soto nie kalau letak sambal kicap mmg sedap. Bertambah2 ina makan. Anak dara ina pun makan byk. Tapi x de la letak sambal kicap.
Sup utk dimakan dgn soto ayam
Pulut kuning bersama ayam bakar & sambal ikan bilis
Ptg makan pulut kuning pulak. Katanya x nak kek. Mak buat pulut kuning. Makan dgn ayam bakar & sambal ikan bilis. Fuhhhhh, mmg sedap. Dah lama x makan pulut kuning. Ayam bakar pun bakar dlm pemanggang ajaib. Senang & mudah. Ada agar2 jgk. Lagi pun mak dah niat kalau mak sihat mak nak masak pulut kuning. Mak ina dah lama x sihat. Dari tahun lepas. Mak kata badan mak mcm lemah2. Lps tu kaki sakit. Selera makan pun x de sangat. Berat badan mak pun turun banyak. Mak ada jgk minta air. Alhamdulillah, ada kurang. Mak pun pakai stokin Vken utk sakit2 kaki @ sendi. Alhamdulillah, dengan izin dariNYA, kaki mak dah x berapa sakit sgt. Tapi mak masih solat dgn duduk atas kerusi sbb belakang pelipat kat lutut tu masih sakit lg. Apa2 pun mak dah semakin sihat berbanding thn lepas. Alhamdulillah. Semoga mak dipanjangkan umur, diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan.  AMIN


Sunday 23 February 2014

Ikan Tongkol Masak Singgang Untuk Lunch Zara

Assalamualaikum.....

Hari nie ina buatkan zara ikan tongkol masak singgang untuk lunch & dinner anak dara ina. Senang & simple. Alhamdulillah, habis zara makan dengan nasi. Semalam dah makan western so hari nie makan nasi plak ya zara. Bahan2 pun mmg dah ada. Jom kita tgk bahan yg ina guna untuk masak singgang.

BAHAN-BAHANNYA:
Seketul ikan tongkol
Carrot
Celery
Bawang Besar
Kunyit Hidup (diketuk)
Serai (diketuk)
Air

CARA-CARANYA:
Mula2 masukkan air ke dalam periuk. Agak2 la ya airnya. Kemudian masukkan kunyit & serai. Lepas tu masukkan celery & carrot. Masukkan pula ikan & bawang. Masak sehingga ikan masak. Ina x letak garam sbb celery dah menghasilkan rasa masin semulajadi. Ok, siap untuk dihidang. 

Zara Dah 1 Tahun & 7 bulan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, hari nie 23 Februari 2014, Afeeya Puteri Noor Zara dh pun berumur 1 tahun 7 bulan. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Sekejap je anak dara ina dah besar. Apa2 pun alhamdulillah sbb zara membesar dgn baik & sihat. Bila dah semakin besar nie, banyak akalnya. Ada saja perkara yg dibuatnya. Kadang2 perkara yg kita larang tu la yg zara buat. huhuhuhu.... Sampai kena marah dgn ina pun ada. Tp marah2 sayang. Ok la, byk perkembangan zara skrg nie. Jom kita tgk perkembangan anak dara ina.
 - Zara dah blh berjalan dgn laju. Tapi kdg2 tu terjatuh jgk. 
- Zara dah pandai berlari. Mmg nk gelak kalau tgk dia berlari sbb kelakar. hihihi
- Zara dah pandai bercakap sikit2. Cthnya mcm daddy, bird, lampu, sakit, sejuk, kakak, dog, goat, fish, baby, air. (mama mmg zara dh lama pandai sebut)
- Zara dh pandai makan sendiri walaupun ada yg tumpah.
- Zara dah pandai ikut arahan. Cthnya kalau ina suruh amik penyapu & pengaut sampah, zara akan ke dapur & amik apa yg ina minta.
- Zara dah pandai amik pampers sendiri lps mandi.
- Zara dah pandai angkat tangan bila suruh baca doa makan.
- Zara dah pandai buat flying kiss.
- Zara dah pandai merajuk. Siap tutup mata dgn tangan kalau merajuk.
- Zara dah pandai buat chu cak kalau mama @ daddy marah. Nak amik hati mama & daddy. Terus x jadi marah. Good girl.
Zara dah pandai salam. Yg nie sejak zara umur setahun sebulan.
- Zara mmg dah pandai menari kalau dgr lagu. Yg nie sejak zara 6 ke 7 bln mcm tu. 
- Kalau nak apa2, zara akan tarik tangan mama @ daddy.
Alhamdulillah, bersyukur sangat2 sbb zara membesar dgn sempurna. Semoga zara menjadi anak yg solehah, beriman & bertaqwa pada Allah s.w.t,  taat pada ibubapa, berjaya di dunia & akhirat, serta menjadi anak yg bijak pandai & petah berkata2. Mama & daddy sayang zara sangat2. Zara adalah amanah yg telah Allah berikan utk mama & daddy. Semoga mama & daddy menjadi ibubapa yg terbaik buat zara & bakal adik2 zara. Insyaallah. Terima kasih Allah di atas anugerah yg telah Kau berikan kepadaku. 

Saturday 22 February 2014

Mee Sup Untuk Princess Zara

Assalamualaikum.....

Dah lama x update pasal makanan zara. Ya la, skrg nie zara dah makan makanan yg ina masak utk ina & hubby. Tu yg ina x masak makanan zara. PErnah dulu hubby ckp dah lama sayang x masak makanan zara. Mmg pun masa tu ina x masak makanan zara. Masa tu bulan 12 thn lps. Ya la, dah duk travel blk kg je. Tu yg x masak. Makan la apa yg mama & daddy makan. hihihihi... So hari nie ina nak share mee sup yang ina buat utk zara. Sebenarnya ina guna spageti bkn mee kuning. Zara nie mmg suka mkn mee,bihun & western food. Tu yg buat guna spagethi. Senang je nak buat mee sup nie. Bahan pun mudah je. Jom kita tgk.

BAHAN-BAHAN:
spaghetti (dicelur dahulu)
unsalted butter
telur
carrot
brokoli
bunga kobis
bawang besar (potong dadu)
bawang putih (potong dadu)
air

CARA-CARANYA:
Tumis bawang besar & bawang putih dgn unsalted butter. Kemudian masukkan sedikit air. Masukkan pula sayur carrot, brokoli & bunga kobis. Lps tu pecahkan telur. Masak sehingga kuning telur masak sepenuhnya. Masukkan spaghetti yg telah dicelur. Kacau2 sekejap supaya sebati. Ok, dah siap. Oh ya, untuk masakan zara kdg2 ina letakkan sedikit garam. Kadang2 x letak pun. Sbbnya rasa dari sayur dah ada. (^_^).

Chocolate Cheese Tart

Assalamualaikum.....
Chocolate Cheese Tart
Chocolate Cheese Tart nie ina buat minggu lps. Ada pastri @ shell lebih lps buat strawberry custard tart. Tu yg buat chocolate cheese tart plak. Tp ina derhaka sikit buat chocolate cheese tart nie. Derhaka sbb ina x buat dgn kaedah yg betul. Sepatutnya cream cheese tu dicampur dgn telur & gula halus. Lps dh masukkan dlm pastri @ shell kena bakar dlm oven selama 5 minit.. Tp ina x buat. Ina punya kaedah senang je. Ina cuma letak esen vanilla & sedikit susu pekat manis dlm cream cheese. Ina buat mcm buat cheesekut. hahahaha... Untuk filling plak ina just cairkan coklat masak secara double boil. Lps dh cair ina masukkan dlm pastri @ shell. Lps tu baru letak cream cheese. Mmg keras la coklat tu lps dh masuk dlm peti ais. Dekat belah atas ina lorekan sedikit coklat. Mmg betul2 derhaka ina buat chocolate cheese tart nie sebenarnya. hihihihi.... X pe la. Janji sedap. Sedap sbb ada cream cheese. Ina nie mmg suka makan cream cheese. Insyaallah, lps nie cuba buat cheese tart yg betul2 punya. (^_^)
chocolate filling
chocolate cheese tart versi ina

Jalan2 Cari Makan @ Chilis 1 Utama

Assalamualaikum.....

Dah seminggu lebih pegi mkn kt Chili's Grill & Bar Restaurant 1 Utama. Hari rabu, 12 Febuari 2014. Tp br hari nie nak update. Mmg dah basi sgt cerita nie. huhuhuhu. Al kisahnya dh setahun lebih ina & hubby x makan kat Chilis. Punya la lama kan. Last pegi makan kat sana masa tgh pregnant zara. Masa tu dh hujung2 kehamilan. Teringin nak makan kat Chilis. So hubby pun bawak la makan kat Chilis. Masa tu makan burger sbb tgk burger dia yg besar & mengenakkan. Sekali amik kau. Mmg kenyang tahap gaban. Puas jgk la nak menghabiskan burger tu dgn keadaan perut yg dh besar. X abiskan sayang plak. Dah la mahal makan kat sini. Rugi kalau x abis makan. Ok la, tu cerita tahun 2012. Skrg nie nak cerita makan kat Chilis tahun 2014. hihihihi...

princess zara yg tgh makan brokoli
So nie la 1st time makan kat Chilis utk thn 2014. Dulu makan berdua, skrg bertiga. Seronok, seronok, seronok. Ina order Monterey Chicken. Hubby plak ina x ingat order apa. Senang cerita x ingat nama makanan tu. huhuhuhu.... Apa yg ina suka mkn kt Chilis nie dia punya mashed potato. Fuhhhh, mmg sedap mashed potato kat Chilis nie. Lain dari yang lain. Mesti makan tu dulu. Monterey Chicken pun sedap. Utk air kita org order juice mango. Oh ya, kalau air dh abis blh tambah lg tau. Tu yg best. Sbb kdg2 mkn mesti rasa x cukup air. Rasa x cukup air tu sbb minum air byk sgt. hihihihi..... Utk dessert plak kita org order Molten Chocolate Cake. Sebenarnya mmg dah lama teringin nak makan molten chocolate cake nie. Tp x pernah order sbb kalau makan kat Chilis nie mmg rasa kenyang yg teramat sgt. So kali nie terus order. Perghhhhh, mmg berbaloi wei order kek nie. Sbb sedap sangat2. Ada aiskrim yg ditutupi dgn coklat kt atas kek tu. Bahagian dlm kek plak ada coklat lava. Bila potong kek tu coklat lava pun meleleh keluar. Mmg sedap & terbaik la molten chocolate cake nie. Mmg puas hati. Zara pun suka mkn. Tp x de la bg bnyk kat zara. Terlalu manis utk si kecil zara. Hmmm, lps nie x tau la bila nak makan kat sini lg. Hubby siap ckp sethn sekali. hahahaha.... Ya la. Sekali makan hampir RM100 @ lebih dari RM100 jgk la habis. Mmg bankrupt la kalau selalu makan kat sini. Sekali sekala blh la. Apa2 pun mmg enjoy makan Kt Chilis. 
Yang sebelah kanan tu Monterey Chicken.  Yg sebelah kiri x tau namanya.
(
lupa plak nak snap satu1 gambar)
Molten Chocolate Cake

Makaroni Goreng Untuk Lunch

Assalamualaikum......

Hmmmm, kdg2 sebagai surirumah nie mmg pening bila fikir nak masak apa utk family. Kdg2 dh terfikir nak masak apa. Tp bahan plak x cukup. So akhirnya x jd jgk masak. Masak la apa yg ada kt peti ais. So hari nie ina pun berubah angin utk lunch. Ina buat makaroni goreng utk lunch. Pagi td dah makan nasi lemak. Hubby beli nasi lemak. So utk lunch masak simple2 je. Kebetulan bahan mmg semua dh ada. So tinggal nak masak je. First time ina buat makaroni goreng. Alhamdulillah, menjadi la jgk. Kalau org yg dah biasa masak mesti gelak kat ina agaknya. hihihihi... Ok la, jom kita tgk bahan2 yg ina guna utk masak makaroni. Bahan2 nie ina agak2 je ya sukatannya. Sbb main campak2 je dlm kuali. Mcm dh pro masak bunyinya. hihihihi.... X pe la, asal jadi & sedap. Perut kenyang, hati pun byk senang. 
 BAHAN-BAHANNYA:
makaroni
cili kering 
minyak
bawang kecil
bawang putih
isi ayam
telur
carrot
brokoli
kobis bunga
daun saderi
gula
garam

CARA-CARANYA:
Mula2 rebus makaroni sehingga empuk. Kemudian kisar cili kering bersama bawang kecil & bawang putih. Lps tu tumis cili yg telah dikisar. Tumis sehingga naik minyak. Tambah air jika terlalu kering. Letakkan sedikit gula & garam. Kemudian masukkan isi ayam. Masukkan makaron pula. Lps tu masukkan la segala sayur mayur iaitu carrot, brokoli, kobis bunga & daun saderi. Masukkan pula telur. Kacau sehingga sebati & masak. Ok, siap utk dihidang. Selamat mencuba. (^_^)

Friday 21 February 2014

Jalan2 Cari Makan @ IKEA

Assalamualaikum.....

Cerita hari ahad lps. Tp baru nak update hari nie. Dah basi. huhuhuhu.... X pe la. Janji update kan. Hari ahad lps hubby ajak keluar. Mula2 malas nak keluar. Hubby ajak jgk. Hubby x bagi tau pun nak pegi IKEA. Sekali bila dh nak sampai, ina pun tanya la nak pegi mana? Hubby ckp nak pegi IKEA. Seronoknya. Dah lama jgk la x pegi IKEA. Punya la lama cari parking. Kan hari ahad. Ramai sangat org. So bila nampak org yang keluar nak pegi kat kereta dia org, kita org pun follow la org tu. Mcm kelakar la plak. Tapi mmg kena buat mcm tu. Kalau x mmg susah nak dpt parking. Alhamdulillah, akhirnya dpt parking.
Mmg ramai org kat dlm IKEA. Mula2 nak pegi mkn dulu sbb perut dah lapar. Sekali punya la ramai org kt food court. So jln2 dulu. Tgk baby chair utk zara. RM49.90. Murah sbb dulu tgk RM59.90. Nasib baik x beli masa tu. Sebenarnya mmg dah lama nak beli baby chair kat zara. Sbb skrg nie zara kalau nak mkn mesti nak duk sekali dgn ina & hubby. Nak mkn sekali. Alhamdulillah, akhirnya dpt jgk baby chair utk zara. Lps tu try pegi sekali lg kt food court. Ada pun tempat kosong. Hubby pun terus pegi beli makanan. Ina pun melayan la zara. Tunggu punya tunggu, hubby pun sampai dgn makanan yg sedap. hihihi....
Hubby order meatball utk ina, salmon utk hubby & pasta utk zara. Ada jgk sepotong kek utk dessert. X tau apa namanya. Mmg sedap meatball IKEA nie. Zara mkn pasta pun byk. Zara nie mmg suka mkn pasta. Senang cerita zara nie suka mkn western food. Fuhhh, mmg puas mkn meatball. Punya la jenuh nak menghabiskan. Hubby plak kali nie mkn sikit je. Salmon pun x abis mkn. Ina plak dah mmg kekenyangan. Hubby ckp x sedap salmon yg dia order. Nasib baik la ina ada bawak tupperware utk letak buah anggur zara. So guna la tupperware tu utk tapau makanan yg x abis. Pasta zara la yg x abis. X baik membazir. Tu yg tapau. hihihihi.... Lps dh siap mkn br pegi beli brg. X beli apa pun. Cuma beli baby chair zara, jam & bantal. Lps tu blk sbb hubby ada kelas. Apa2 pun jom layan gambar kt bawah. (^_^)
untuk mama....
untuk daddy
untuk princess zara
dessert

Nasi Arab Sedap

Assalamualaikum....

Nie cerita mlm td. Semlm ikut hubby pegi kelas. Bosan duk kat rumah. Kononnya. Padahal kat rumah byk baju yg belum berlipat. Punya la malas nak lipat baju. huhuhuhu..... Kita org keluar pukul 3 ptg. Hubby ada kelas kt Keramat. Apa lg. Ina & zara pun pegi la Aeon @ Jusco AU2. Mmg nie la port kita org kalau ikut hubby @ daddy pegi kelas. Duk la kat sini dlm 1 jam setgh @ 2 jam. Ingat lama ke 2 jam tu. Mcm2 blh buat. Selalunya teman zara main kereta muzik la, main kereta control la & mcm2 lg. Lps dah puas main baru la mama window shopping plak. Nama je window shopping, tp ada jgk brg yg dibelinya. hihihihi.... Dlm pukul 5.30 ptg hubby amik ina & zara. Lps tu hubby ada kelas lg kat Damansara. Sekali jalan jam teruk. Punya la rasa penat duk kat dlm kereta. Akhirnya terpaksa hubby cancel kelas tu sbb dah lambat sangat. Mlm hubby ada kelas kt Putrajaya. Rumah auntie Norizan merangkap mak angkat hubby. Nie la kelas hubby yg paling jauh. So sebelum tu, kita org dinner kat Al Raudah Arabian Food. Restoran nie dekat Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Hubby kata nak mkn nasi arab. Dulu kita org pernah sekali mkn kat sini. Masa tu thn 2011. Zara pun belum ada lg. Baru kahwin masa tu. Punya la lama x dtg sini.

Alhamdulillah, nasi arab dia mmg sedap. Masa ina pegi i-City bulan lps ada jgk mkn nasi arab kat sana. Tp x sedap. So nie la nasi arab yg ina rasa sedap setakat nie. Hubby pun ckp sedap. Ina order Royal Arabian. Hubby plak order Roasted Chicken. Harga Royal Arabian RM13.90 & harga Roasted Chicken RM12.90. Air ina order ice lemon tea. Hubby order air sour soup. Masa mkn nasi arab tu mmg terasa kelembutan nasinya. Ayam dia pun lembut & sedap. Zara pun mkn byk jgk. Suasana kt restoran nie pun selesa & bersih. Masa ina sampai cuma ada seorg dewasa bersama anak2nya. X ramai org lagi. Sekali masa tgh mkn ramai jgk la pelanggan yg dtg. ina cuma snap gambar nasi je. Terlupa nak snap gambar kedai. X pe. Lps nie kalau rasa nak mkn nasi arab lg blh dtg sini lg. Blh snap gambar byk2. hihihi... Kt bawah ina ada sediakan sekali alamat yg ina google dari internet. So sesiapa yg nak mkn nasi arab sedap, blh la dtg ke restoran nie. Mmg rugi x cuba. (^_^)
Royal Arabian (bwh roti arab tu ada nasi)
Roasted Chicken

Al Raudah Arabian Food
No 31 Jalan BPP 8/1, Pusat Bandar Putra Permai, 
Seri Kembangan, Selangor.

Zara Tertelan Biji Kurma

Assalamualaikum...

Nie kejadian hari rabu lps. Zara tertelan biji kurma. Ya Allah. Punya la ina risau. Masa tu nk mkn tgh hari. Zara nampak buah kurma kat atas meja mkn. Dia nak. So ina pun bagi la sebiji. Terus bagi gitu je kat zara tanpa buang biji. Lps tu ina pun pegi dapur nak amik pinggan. Ingatkan masa dtg lg sekali kat meja baru nak buang biji kurma. Sekali tgk zara dh abis mkn kurmanya. Siap mintak nak lg. Apa lg. Panik la ina sbb biji kurma td belum buang lg. Tgk2 dia dah abis mkn plak tu. Cari2 jgk kt dia, tp x jumpa. Mmg sah zara dh tertelan biji kurma tu. Punya la risau masa tu. X tau nak buat apa. Zara pun rileks je. X de nmpk mcm tercekik ke apa. Lepas tu zara mkn nasi pun mcm biasa. Ina dgn hubby duk risau je. Zara nie kalau mkn dia suka kunyah sekjp je. Lps tu telan. Agaknya kurma tu lembut. Tu yg dia terus telan sekali dgn biji. Kalau mkn buah anggur yg ada biji kecik pandai plak dia buang biji tu. huhuhuhu.... Zara, zara....

Ina pun terus post kat page Komuniti Ibu Mengandung. Nak minta pendapat dari ibu2 yg lain. Alhamdulillah, ada respons. Mula2 tu ada yg suruh bawak pegi klinik jumpa doktor. Sbb risaukan usus. Ya la. Biji kurma kan besar jgk. Kalau kita yg tertelan ok lg. Nie budak yg baru umur sethn setgh @ 18 bulan. Mmg risau yg teramat sgt. Hrp2 x de pa2 la. Lps tu ada la 2 org mommies nie pernah mengalami kes yg sama mcm ina. Dia org bg tau biji kurma akan keluar masa anak poo2 nanti. Cuma kena check najis masa anak poo2. Lega ina lps baca komen tu. Hrp2 biji kurma akan keluar masa zara poo2. Ptg tu zara poo2. Ina pun check najis dia. Tekan sikit. X de pun. Hubby pun check jgk. Mmg belum keluar. X pe. Tunggu lg sambil doa & tawakal. HAti ibu mana x risau. Salah ina jgk x buang biji siap2. Selalunya ina akan buang biji dulu. Tu yg hubby ingat ina dh buang biji. Alahai zara. Cuainya mama kamu nie. 

Esknya, hari khamis pagi zara poo2. Ina check lg. Hmmmmm, x de jgk. Alamak, mcm mana nie. Knpa x keluar2 lg???? Alahai, risaunya ina masa tu. X pe. Sabar2. Mungkin amik masa nak keluar. Zara pun ok je smlm. X de sakit perut ke apa. Ina pun doa jgk agar biji kurma tu keluar masa dia poo2. Alhamdulillah, akhirnya doa ina dimakbulkan. Masa zara poo2 pg td (jumaat) biji kurma tu keluar. Berdebar2 ina masa nak check kat najis dia. Byk jgk zara poo2 hari nie. Mula tekan x de. Suspens sungguh masa tu. Tekan2 lg. Haaaa, rasa mcm keras2 je. Tekan lg. Sah, mmg biji kurma lps dibelek2. Terus bg tau hubby. Hubby pun dtg kt bilik air. Mmg sah biji kurma. Alhamdulillah, akhirnya keluar jgk. Lps tu ina pun suruh hubby snap gambar. Buat kenangan & tempel kt blog ina. hahahaha. So kesimpulannya, lps nie kalau nk bg buah yg berbiji besar mmg kena buang biji dulu sebelum bg kt zara. Cukup la sekali je kejadian nie berlaku.
Tadaaaa, nie la rupa biji kurma yg zara tertelan. Besar jgk kan???

Monday 17 February 2014

Muffin Pisang


Assalamualaikum.......
Muffin pisang in da house. Sebenarnya nie first time ina buat muffin. Seumur hidup x pernah buat muffin. Dulu pernah buat kek. Masa tgh anak dara. Bila dh kawin nie x pernah buat kek lg. Kalau raya pun selalu duk buat biskut. So hari nie mmg pecah rekod la. hihihihi.... Setelah beberapa hari duk belek resepi muffin pisang, akhirnya ina berjaya buat muffin pisang hari nie. Resepi nie ina amik dari page myresepi & dari blog Mat Gebu. Ina gabungkan dua2 resepi nie. Tapi ina ada ubah sikit resepi tu. Ada bahan yg ina x letak. Alhamdulillah menjadi muffin yg ina buat. Garing di luar, lembut di dlm. Tapi...... Eh, ada tapi lg tu. Muffin yg ina buat utk first time nie, bahagian bawah mcm dh nk hangit sikit. X tau la sbb masa membakar @ acuan yg ina letak cup x berapa nk tebal. Mula2 ina bakar 25 minit dgn suhu 180c. Sekali bila dh siap bakar, tgk kt bahagian bawah mcm hitam sikit. So utk bakar kali ke 2, ina turunkan suhu jd 170c. Hmmmm, tp masih sama lg. Entah apa la yg x kena ya. Lps dh masak ina terus mkn panas2. Walawehhhhh..... Mmg sedap mkn panas2 nie sbb terasa lembut di dlmnya & luar plak garing. Lps nie kena buat lg supaya dpt muffin yg cantik di luar & dlm. Jom kita tgk resepi.

BAHAN-BAHANNYA:
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/3 camca teh garam halus*
1 camca teh soda bicarbionate(*disatukan dan diayak)
3 biji pisang emas, dilecek halus (ina guna pisang dole, 
1 1/2 biji)
1 biji telur gred B
Beberapa titik esen pisang (ina x letak)
1/3 cawan gula perang @ soft brown sugar (ina guna 
molasses sugar)
1/3 cawan minyak masak
1/2 susu segar
sedikit badam hiris


CARA MEMBUATNYA:
Panaskan oven pada suhu 180c. Ambil sebiji mangkuk & satukan telur, gula perang dan susu segar. Kacau rata dengan whisk hingga sebati. Masukkan pula pisang & minyak masak. Kacau rata. Masukkan pula tepung yang telah diayak bersama bahan2 yang bertanda (*) tadi. Gaul pantas hingga sebati. Jangan gaul lama2. Sudukan ke dalam bekas muffin yang telah disediakan terlebih dahulu sebanyak 3/4 penuh. Taburkan badam. Bakar 25 minit atau hingga masak. Siap utk dihidang.





Sunday 16 February 2014

Pizza Ayam Roti Gardenia


Assalamualaikum.....

Tadaaaa.... Pizza in da hause. Mcm pizza hut bunyinya. hihihihi..... Sebenarnya pizza roti gardenia je. Ina buat sebelum fear factor mula. So sambil tgk fear factor sambil mkn pizza dgn anak dara ina. Ina buat 3 keping. 1 utk zara, 2 utk mama zara. Daddy??? Daddy punya x de sbb daddy x de kt umah. Daddy blk lmbt mlm nie. Walaupun resepi pizza nie agak simple tp sedap. Resepi pizza nie pun ina amik dari Buku Resepi. Sebenarnya tgh hari td dh buat. Tp terlupa nak snap gambar. So mlm nie buat lg sekali. Bahan2 pun mmg dah ada. Tinggal buat je. Kebetulan roti dah nak expired. Tu yg buat. Dah lama simpan resepi nie, hari nie baru buat. hihihihi.... Ina bakar dlm pemanggang ajaib. Jom kita tgk bahan2 yg diperlukan. 


  • 6 Keping Roti Gardenia
  • Isi Ayam (dicincang)
  • 2 Sudu Rempah Kari Daging @ Ayam
  • 1 Sudu Butter
  • 1 Labu Bawang Putih (potong dadu)
  • 1 Biji Bawang Besar (potong dadu)
  • 1 Biji Kentang (potong dadu)
  • 1 Batang Carrot (ina tambah)
  • 1/2 biji Timun (dipotong dadu), (ina x letak)
  • 1 Biji Tomato (ina tambah)
  • 2 Sudu Kecil Garam
  • Sedikit Gula (ina x letak)
  • Beberapa Keping Cheesedale
  • Mayonis
  • Sos Cili
  • Sedikit Lada Benggala (ina x letak)
  • Italian Herbs (ina tambah)
  • Sedikit Air
Penyediaan Inti:
Mula2 tumis bawang putih & bawang besar dgn butter hingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah kari. Masak hingga garing. Masukkan isi ayam. Tambahkan sedikit air. Masukkan isi ayam & masak sehingga isi ayam empuk. Kemudian masukkan kentang, carrot, tomato. Masukkan garam & gula. Kacau sehingga sebati.

Penyediaan Roti:
Susun roti di atas pemanggang ajaib @ non stick pan. Sapukan buter di atas roti. Kemudian sapukan mayonis & sos cili. Letakkan inti yg telah dibuat. Taburkan hirisan lada benggala & italian herbs. Letakkan cheesedale. Bakar sehingga cheesedale cair. Siap utk dihidang. Makan panas2 sbb roti rangup sangat. Selamat mencuba.

Saturday 15 February 2014

Zara Yang Suka Makan Durian



Assalamualaikum.....
Yang nie gambar bulan lps. Anak dara ina yg suka sangat mkn durian. Mmg zara akan mkn bersungguh2. Masa tu daddy beli durian kt Aeon. Durian biasa & musang king. Apa lg zara. Cpt2 duk dpn ina nk mkn durian. Kalau nak tau, ina nie pun hantu durian. Mmg pantang kalau nmpk durian. Tp x de la selalu beli. Masa pregnant dulu pun tgh musim durian. Apa lg. Melantak ina mkn durian. Mula2 seulas. Lps tu 2 ulas. Lps tu berulas2. Hihihihi.... X ingat dunia dh bila dpt mkn. Nasib baik zara kt dlm perut x panas. Yg penting minum air lebih lps mkn durian. Sekali zara pun ikut tabiat ina jugak. Suka mkn durian. Alhamdulillah. Sebenarnya zara nie mmg suka mn buah. X kisah la buah pisang ke, anggur ke, pear ke??? Mmg zara akan mkn. Sbb tu kt umah ina mesti kena ada stok buah utk kudap-kudapan zara. X sabar nk tunggu musim buah thn nie. Blh mkn buah especially buah durian byk2. hahahaha... 

Strawberry Cheese Tart

Assalamualaikum.....

1st entri di bulan Febuari  2014. Betapa malasnya ina nk update blog. X tau kenapa. Byk sgt cerita yg tertinggal & x dpt nk dikongsi kt sini. Terutamanya tentang perkembangan anak dara, pengarag jantung ina. Rasa menyesal plak x update. huhuhu..... Kali nie cuba gagahkan diri utk kembali berblogging. Mudah2an bkn hangat2 tahi ayam. 

Ok la, kali nie nk citer pasal masakan dari dapur ina. Azam ina thn nie nak mengasah bakat dlm dunia masakan. Cewahhhh, ayat x blh blah. Lagi pun perempuan kan memang sinonim dgn masakan & dapur. So bila lg nak tunjuk bakat yg terpendam. Ina suka tgk page Buku Resepi kat facebook. Mcm2 org post resepi & gambar masakan dia org. So dari situ ina pun teruja nak mencuba. So Strawberry Cheese Tart nie la resepi yg ina amik dari page tu. Alhamdulillah menjadi walaupun pastri agak tebal. 


Resepi:

Pastri
- 2 biji telur
- 200gm butter @ marjerin
- 100gm gula halus
- 400gm tepung gandum

Cara2nya:
1. Pukul butter & gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur. Lepas dh sebati masukkan tepung.
3. Uli sehingga adunan menjadi doh.
4. Bulat2kan doh & tekankan ke dalam acuan tart. Ratakan keliling acuan agar ketebalan doh sama besar.
5. Cucuk dasar dgn menggunakan garpu.
6. Bakar dlm oven selama 15 min dgn suhu 160c.

Bahan Kastard
- 3 sdb tepung kastard
- 2 sdb gula halus
- 400ml susu cair

Cara2nya:
1. Masukkan tepung kastard, gula & susu cair. Kacau  tepung kastard sehingga berkilat. Kacau sekejap saja. Kalau lama sgt nanti jd puding.
2. kemudian masukkan kastdard ke dlm pastri.
3. Hiaskan dgn buah strawberry. Nak guna buah lain pun blh jugak. Cthnya buah kiwi, laici dll.
4. Masukkan ke dlm peti ais seketika. Sbbnya kastrsd tart nie mkn sejuk2 lg sedap.

Seronoknya bila strawberry kastard tart nie menjadi. Ina letak buah strawberry sbb ada buah strawberry kt rumah. Beli masa pegi Cameron Highland. Acuan plak ina guna acuan tart yg besar. Beli kt kedai Mr. DIY kat Aeon AU2. Gambar acuan x amik la plak. Next time ina post acuan tart ya. Oh ya, ina dpt lebih kurang 24 biji tart utk sukatan di atas. Tp yg di buat kastard tart cuma 14 biji. Selebihnya ina buat chocolate cheese tart. Nanti kita cerita pasal cheese tart plak ya. Selamat mencuba pd yg ingin mencuba. Mmg sedap. 


Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...