Tuesday 5 March 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU ANGAH & FAEES

ANGAH & FAEES
Alhamdulillah, sepupu yg paling rapat dgn ina telah slmt diijabkabul b'sama jejaka pilihan hatinya pd hari sabtu (16/2/2013) yg lps. Angah anak mak dak ina. Adik abah. Ina mmg rapat dgn angah sejak kecik lg. Angah nie sebaya dgn adik ina yg lelaki. Dia dgn adik ina adik beradik susuan. Mak ina pernah susukan angah masa angah baby. Masa tu mak dak masuk hospital & angah x nk hisap susu botol. Jadi mak pun susukan angah. Dh jd anak susuan mak ina. Angah nikah pg sabtu. Mlm tu ada majlis khatam al Quran. B'sanding dlm pukul 2 lebih. Sebelum pengantin sampai hujan turun. So mmg lama nk tunggu hujan b'henti. Jadi pengantin x de berarak dr depan rumah. Pengantin perempuan hanya tunggu kt dpn pintu rumah je. Kalau kt jhr nie mcm2 adat masa kahwin. Antaranya ialah tol. Haaaa, tol nie masa pengantin lelaki nk masuk jumpa pengantin perempuan kt pelamin. Ada 3 tol. 1 kt pintu masuk, 1 kt dpn pelamin, 1 lg kt atas pelamin. Biasanya atas pelamin nie mak andam yg duduk. Pengantin lelaki kena sediakan ang pau utk org2 yg jaga tol. Mmg byk la sampul kena sediakan. Siap dgn duit ya, bkn sampul kosong. Ina dgn baby zara turut jd org jaga tol. hahaha... Seronok jgk. Ina dgn baby zara duduk kt depan pelamin. Hubby ina pun sama. Hubby jaga kt depan pintu. Dpt la 2 sampul utk kami. Alhamdulillah. Mmg seronok masa nie. Mcm2 ragam. T'ingat masa ina kahwin dulu. Siap b'pantun. Nasib baik la pengapit hubby pandai m'jwb pantun. Lps pengantin lelaki dh dpt duduk kt atas pelamin dgn pengantin perempuan, adat seterusnya ialah acara tepung tawar. Yg nie biasa kot kt negeri lain. Lps tu acara yg paling ditunggu2. Acara m'baling gula2 b'sama duit syiling. Yg nie mmg seronok. Yg besar, yg kecik, semua berebut2 t'masuk la ina & hubby. hihihi... Nasib baik duit syiling x jatuh atas kepala. Kalau baby zara dh besar mesti baby zara pun sibuk duk kutip duit & gula2. hihihi... Memang seronok majlis kahwin kt jhr nie. Mcm2 acara ada. Sampai dh jd adat. Kalau x de rasa mcm x brpa meriah majlis tu. Apa2 pun tahniah buat angah & suami. kerana tlh sah m'jd pasangan suami isteri. Semoga rumahtangga yg dibina b'kekalan hingga ke akhir hayat & dikurniakan zuriat yg soleh & solehah. AMIN

B'GAMBAR LPS MAJLIS KHATAM AL QURAN
INA, BABY ZARA & AGEE
INA & ANGAH
LPS NIKAH
TOL DI PINTU
TOL DI PELAMIN
TEPUNG TAWAR DARI AYAH PENGANTIN PEREMPUAN
BERSALAM DGN IBU TERSAYANG
HAPPY FAMILY
MAMA & BABY ZARA
DADDY & BABY ZARA
INA, ADIK, NYAEI & BABY ZARA
BAJU SAMA TP WAJAH YG B'LAINAN
KEADAAN YG KELAM KELIBUT
ANAK DARA MAMA & DADDY
SI COMEL JANTUNG HATI MAMA & DADDY

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...