Thursday 7 March 2013

Polis SAHKAN Mayat Pegawai Dan Anggotanya Di Semporna Diperlaku Dengan KEJAM!!!!


Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata polis dalam Facebook lewat malam tadi. Menceritakan kronologi peristiwa krisis Sabah itu, polis juga mendedahkan mereka terpaksa menghantar pasukan penyelamat ke kampung tersebut sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang cedera dan mengambil mayat rakan mereka yang maut dalam serangan hendap sekumpulan penceroboh dari selatan Filipina. Menurut posting Facebook tersebut, polis menghantar satu pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh Filipina.
“Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis itu telah diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh oleh pihak polis.
“Pihak polis dihantar pasukan penyelamat untuk mengambil mayat wira-wira kita terkorban dan menyelamatkan anggota yang terperangkap di Kampung Simunul, Semporna. Pasukan itu berjaya melaksanakan misi tersebut.
“Mayat anggota polis yang terkorban itu ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut,” tambahnya..
Polis menamakan enam anggota yang terkorban sebagai Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.
Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan bahawa ada mangsa dipenggal dan juga mata mereka dikorek keluar.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merujuk kepada insiden tersebut dalam satu sidang akhbar pada hari Selasa dan menyifatkan tindakan penceroboh itu ‘sebagai tidak Islamik’.
Insiden mengerikan itu juga dibangkitkan pada mesyuarat tengah malam antara Setiausaha Luar, Albert del Rosario dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman pada hari Isnin di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengeluarkan satu penjelasan semalam, bahawa del Rosario tidak melabelkan kumpulan Filipina itu sebagai “pengganas”, tetapi mengakui kekejaman tersebut, jika benar, dianggap sebagai perbuatan “pengganas”.
Di Semporna, terdapat dakwaan tindakan keganasan. Seperti yang dilaporkan oleh menteri luar Malaysia, selepas pasukan polis terjebak dalam satu serangan hendap dan dibunuh, mayat mereka dipelakukan dengan kejam. “Jika benar kekejaman ini dilakukan seperti yang dilaporkan kepadanya, kedua-dua setiausaha luar dan menteri luar itu bersetuju bahawa ini adalah tindakan keganasan,” kata kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...