Thursday 7 March 2013

PERJUANGAN & PENGORBANANMU TETAP DIKENANG... AL FATIHAH

Takziah ina ucapkan kepada keluarga wira2 negara yg telah terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu & Semporna, Sabah. Mereka yg terkorban dlm pertempuran di Kg. Tandua, Lahad Datu ialah Almarhum Insp Zulkifli bin Mamat, 29 tahun dan Koperal Sabaruddin bin Daud, 47 tahun dari Unit 69 Komando PDRM. meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, pada hari jumaat (1 Mac 2013) yg lepas. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3. Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.
Dalam kejadian serangan hendap penceroboh di Kg Srijaya, Simunul Semporna pada 2 Mac 2013, 6 orang anggota polis telah terkorban. Mereka ialah Superitenden Ibrahim Lebar (Cawangan Khas, Bukit Aman), ASP Michael Padel (Cawangan Khas, Ibu Pejabat Daerah Semporna), Sarjan Baharin Hamit (Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontingen, Sabah), Sarjan Aziz Sarikun (Batalion 14, Pasukan Gerakan Am, Tawau), Koperal Salam Togiran (Ibu Pejabat Daerah Tawau) & Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran (Batalion 14, Pasukan Gerakan Am Tawau). 
Kesemua anggota polis yg terkorban telah dinaikkan pangkat dgn serta merta. Semoga keluarga allahyarham anggota polis yang terkorban tabah & sabar menghadapi dugaan dari Allah. Semoga roh-roh anggota polis yang terkorban dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...