Wednesday 30 January 2013

KHASIAT BUAH DELIMA

Nie la buah yg ina teringin nk mkn masa pregnant. Kalau korang nk tau, masa ina tgh pregnant susah sgt nk dptkan buah nie sbb belum musim buahnya lg. Puas hubby & ina cari kt kedai buah. Langsung x jumpa. Akhirnya, masa ina blk muar dpt jgk buah nie. X ingat bulan brpa masa tu. Masa tu hubby pegi pasar. Sekali blk dr pasar hubby ckp hubby ada belikan buah delima. Alhamdulillah, dpt jgk. Tp mahal la. Sebiji sampai RM7. X kisah la kn. Janji dpt. hihihihi... Skrg nie byk sgt buah delima. X salah ina dr bulan 12 thn lps lg buah nie dijual.  X abis2 lg musimnya. Hubby pun ada beli masa pegi pasar mlm ari sabtu lps. Harganya, 5 biji RM1O. Murahkan. Buahnya pun sedap. Manis & biji pun x keras. Blh gigit & terus telan. hihihi... 

Sabda Nabi Muhammad SAW: 
“Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari syurga itu.” (Kisah sahabat). Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis Vitamin, Magnesium dan Calcium. Khasiat Buah delima untuk kesihatan ialah:
  • Buah delima mengandungi antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
  • Buah delima dapat melindungi jantung kita. Kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1%. Aliran darah menurun sebesar 18%.
  • Buah delima dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Buah delima dapat mencegah dan mengubati kanser. Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sihat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara. Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal. Buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberikan jus delima. Tikus tersebut mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.
  • Sumber nutrisi sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
  • Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
  • Kandungan gula buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
  • Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah. Lepas makan buah delima jangan buang kulitnya. Ambil kulit buah delima jemur sehingga kulitnya kecur. Kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk. Kemudian simpan dalam bekas dan apabila nak digunakan ambil sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah. Biarkan ianya kering kemudian basuh.
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang mengandung buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.


No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...