Tuesday 22 January 2013

GADIS 24 TAHUN CAMPAK BAYI LUAR NIKAHNYA DLM TONG SAMPAH HOSPITAL DI TEMERLOH

Nie berita yg ina br baca kt http://mynewshub.my td. Sedih bila baca berita mcm nie. T'gamak seorg ibu m'buang bayi yg dikandungnya ke dlm tong sampah. Kt mana la perasaan dia ketika itu. Agaknya mmg x de perasaan kot. Hmmmm. Ye la. Dh la buat keje t'kutuk, lps tu pegi buang plak bayi yg x b'salah. Apa la nasib bayi tu. Ada org yg dh kawin b'tahun2 tunggu nk dpt baby, x dpt2 sbb Allah belum bg rezeki. Tp dia plak pegi buang baby tu mcm tu je. Alangkan nk melahirkan baby pun menanggung kesakitan yg t'amat sgt. B'tarung nyawa. Dia plak dgn sewenang2nya pegi buang baby tu. Entahlah. T'lalu kerap dgr berita kes p'buangan bayi. Mmg org yg buang bayi nie x takut dgn hukuman Allah yg akan dia org terima. Ina sejak dh ada baby, bila baca berita mcm nie terus jd sebak. Kdg2 tu menangis bila baca pasal baby yg dibuang, baby yg sakit & mcm2 lg la pasal baby. Terus ina tgk baby zara & peluk dia. Nk tau cerita selanjutnya, jom baca kt bwh nie.

Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad membungkus dan mencampakkan bayi luar nikah yang dilahirkannya ke tong sampah, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Aziz Salleh berkata gadis berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh. Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut. Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis itu bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut ketika sedang membuang air besar melihat bayi perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas,” katanya kepada pemberita di Kuantan semalam.
Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah. Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak selamba ketika berjalan keluar dari tandas berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan. Doktor terbabit terkejut selepas mendapati perut gadis berkenaan kempis sebelum memanggil seorang jururawat dan meminta menjalankan pemeriksaan di dalam tandas yang dikunjungi gadis itu. Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit menemui beberapa titik darah berhampiran tong sampah sebelum membuka tong itu lalu melihat plastik dipenuhi darah bersama mayat bayi berkenaan,” katanya. Selepas dimaklumkan penemuan mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis menahan gadis berkenaan. Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu berusia enam bulan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam kandungan namun punca kematian masih dalam siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...