Saturday 19 January 2013

JOZAN JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012

Johan & Zizan (JOZAN)
Tahniah buat Jozan kerana tlh m'jadi juara Maharaja Lawak Mega 2012 yg tlh diadakan mlm td b'tempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor. Jozan menewaskan empat kumpulan lain pd peringkat akhir yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna dan Astro Mustika HD. Mmg lawak Jozan nie. Mmg ina dh agak dia org akan menang sbb Jozan m'punyai peminat yg ramai. Lawak dia org pun mmg sempoi & t'baik. Jambu & Shiro pun x kurang hebatnya. Boboi plak kdg2 lawak, kdg2 biasa2 je. Kumpulan Saywho dr Indonesia pun t'baik jgk. Dia org pandai m'cari idea yg b'kaitan dgn negara kita. 

Kejutan yg dilakukan Jozan dgn kemunculan Johan pd saat akhir, yg sepatutnya masih m'jalani rawatan lutut di sebuah hospital swasta slps membiarkan Zizan b'sendirian di pentas pd dua minggu sebelumnya, ternyata m'buka peluang lebih besar buat pasangan paling serasi itu m'bawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi sumbangan Astro. Menurut Johan, dia menguatkan semangat utk datang membuat persembahan demi peminat Jozan yang banyak m'beri sokongan. “Walaupun peluang utk mengadakan latihan yg diberikan hanya sekejap disebabkan kesihatan saya belum pulih, saya puas hati. “Saya puas hati atas kemenangan ini dan b'harap semoga peminat juga b'puas hati,” katanya.

Tempat kedua dimenangi kumpulan Jambu yg dianggotai oleh Zamatul Amri Zakaria (Taukeh) dan Yussry Edoo (Yus) sekali gus merangkul wang tunai RM250,000. Tempat ketiga dgn m'bawa pulang RM150,000 berserta trofi dimenangi kumpulan Shiro yg dianggotai Shahrol Azizie Azmi (Shahrol) dan Mohamad Hanaffi Razak (Ajak). Kumpulan Boboi dan Saywho yg m'dapat tempat keempat dan kelima masing-masing m'bawa pulang RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi. Hadiah disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani; Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai; dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...