Friday, 14 March 2014

Simple Banana Puff

Assalamualaikum.....

Simple banana puff. Itu la tajuk yg diberi. Mmg simple banana puff yg ina buat nie. Hanya menggunakan roti gardenia je. So sapa2 yg ada lebihan roti gardenia yg dah x larat nak makan @ dah nak expired, blh la buat banana puff. Nak ganti dgn epal pun blh jgk. Bahan2 pun mudah. X de guna tepung bagai. Hanya guna pisang, roti gardenia & minyak. Sebenarnya ina buat utk zara. Sekali masa tgh duk buat tu zara dah melantak sebiji pisang. So sikit je la dia mkn banana puff yg ina buat. So mama la yg menghabiskannya. Tp mmg sedap tau. 
Mula2 lenyek beberapa biji pisang yg dah masak ranum. Ina guna pisang dole. Lepas tu amik beberapa keping roti. Buang bahagian tepi ya. Kemudian letak pisang yg telah dilenyekkan tadi di tengah2 roti & kemudian lipat roti tersebut. Hati2 masa melipat supaya pisang x terkeluar. Tekan kuat2 bahagian tepi dgn jari supaya bahagian tepi melekat & x terbuka. Lepas tu tekan lg dgn garfu. Akhir sekali goreng dgn minyak yg panas. Goreng dgn api yg kecil. Balik2kan supaya roti x hangus. Goreng sehingga kekuningan. Angkat & toskan minyak. Ok, siap. Makan masa panas2 sbb terasa kegaringannya. Selamat mencuba. (^_^)

1 comment:

  1. terima kasih..saya baru terpikir...sekali google ada org lagi canggih....ada la minum petang hari ni...huhu

    ReplyDelete

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...