Friday 28 June 2013

Homemade Chicken Stock


Chicken stock yg tlh siap dibekukan
Pelbagai ilmu & resepi yg ina pelajari kt dlm group Solid Food for My Baby. Semua tentang pemakanan baby. Dari puree, bubur, snack & mcm2 lg. Byk resepi yg best2 utk baby. Mmg byk manfaat ina follow group nie. So hari nie ina nk share cara buat homemade chicken stock yg ina perolehi dari group Solid Food for My Baby. Tp bahan yg ina guna mungkin x byk mcm yg mommies pernah buat. Ina cuma guna rangka ayam, bawang putih, bawang holland, halia, celery. Mula2 ina blend bawang putih & bawang holland. Kemudian tumis bawang yg tlh diblend dgn olive oil. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan air dlm 3 liter. Lps tu masukkan rangka ayam, celery & halia. Mula2 ina didihkan atas dapur gas. Lps tu ina pindahkan kt dlm periuk nasi elektrik. Ina didihkan selama 3 jam. Bila air mcm dh kurang, ina tmbh lg. Ina x ingat brpa liter air yg ina guna. hihihi. Al maklum la, first time buat. 

Chicken stock utk dibekukan
Lps 3 jam, isi2 ayam kt rangka mmg lembut & hancur. Tulang ayam pun jd lembut. So proses seterusnya mengasingkan isi ayam dari tulang. Senang je proses nie sbb isi ayam mmg dh t'lalu lembut. Lg pun kebanyakan isi ayam dh relai dari tulang. Tinggal sikit2 je pd tulang. Oh ya, celery & halia ina buang sekali. Lps tu ina blend isi ayam yg dh diasingkan td dgn air rebusan ayam yg tinggal. Kalau ikut kaedah yg sebenar, air rebusan tu ditapis & bahagian yg tlh ditapis dijadikan chicken stock. Tp ina x tapis sbb ina guna sekali isi ayam tu. Langkah seterusnya masukkan chicken stok dlm bekas utk dibekukan. Ina masukkan kt dlm ice cube tray. Lps tu ina masukkan kt dlm plastik sbb ice cube tray ina x de penutup. Ina cari jgk tray yg ada penutup. Tp x jumpa2 lg. Kemudian masukkan kt dlm freezer utk dibekukan. Lps dh beku blh dikeluarkan dari tray & simpan dlm bekas yg kedap udara. Kemudian simpan dlm freezer semula. Keluarkan bila nk guna. Chicken stock nie blh digunakan utk buat bubur, pasta dll. Senang & mudah. Mmg sedap bau makanan bila letak chicken stock. Semerbak je baunya. Ok, selamat m'cuba bg yg nk buat homemade chicken stock. 

3 comments:

  1. salam dear..
    boleh tau tak daripada umur berapa boleh makan bawang ni ye?

    ReplyDelete
  2. w'salam...
    Baby blh mula mkn bwg masa umur 8 bln... Selain tu blh campur olive oil, unsalted butter, cheese dlm makanan baby... Bila baby dh 8 bln blh cuba mcm2 resepi.. ;)

    ReplyDelete
  3. Salam..boleh share x mana nk beli rangka ayam..tq

    ReplyDelete

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...