Friday 28 June 2013

Update Blog Di Pagi Hari


Blog Mama Zara
Assalamualaikum & Selamat Pagi....

Alhamdulillah, cuaca cerah di pagi Jumaat yg mulia. Awal2 pagi lg ina update blog. Bukan apa, masa nie la ina x sibuk walaupun keje2 umah masih belum buat. hihihi... Biasa la fulltime housewife & mommy. Mengemas, memasak, basuh baju, melayan anak & suami, buat itu, buat ini. Mmg byk keje sbg housewife nie. Tp biasalah. Dh namanya tanggungjawab. Baju yg dh siap dibasuh pun ada 1 bakul belum lipat. huhuhu.. Ina nie mmg x rajin nk lipat baju. Tp kena buat jgk. Kalau x mmg baju tu x akan b'lipat. Sampai ina ckp kt husband x de ke mesin yg blh lipat baju. Kan best kalau ada. Lps dh siap basuh pegi jemur je. Lps tu nanti mesin yg tlg lipatkan. Kan senang keje. hihihi... Mmg angan2 mat jenin la ina. Teknologi utk cipta mesin lipat baju belum ada lg. Ke dh ada tp ina yg x tau.. huhuhu...

Lg satu ina mmg kena update blog awal2 pg sbb baby zara belum bgn tido. Kalau baby zara dh bgn tido mmg susah ina nk ngadap laptop. Dia pun sibuk sekali. Kejanya berebut laptop dgn ina. Kalau dh dpt laptop abis laptop tunggang terbalik dibuatnya. Biasanya baby zara bgn tido dlm pukul 10 lebih @ 11. So sebelum dia bgn tido ina settlekan keje2 ina dulu. Mengemas, basuh baju, siapkan makanan utk dia dll. Skrg nie baby zara suka masuk dapur. Pantang nmpk ina kt dapur. Kalau dia dh masuk dapur, abis segala mangkuk, periuk & kuali dia buat main. Riuh rendah bunyi kt dapur. huhuhu... Yg ina nie bkn risau apa. Takut masa ina tgh masak, minyak panas t'percik ke, air tumpah ke & mcm2lg la. Kdg2 tu dh letak dpn tv, bg mainan kt dia. Dia main sekjp je. Tup2 tgk dh sampai kt dapur lg. Mmg sekjp je dia merangkak skrg nie. Kalau letak dlm walker lg la baby zara x nk. Menangis je kejenya. Dh pandai x nk naik walker skrg nie. Al maklum la, dh besar & aktif. Kt dlm walker pergerakan dia t'batas. So bila dia merangkak semua tmpt dia explore. Mcm2 kerenah baby zara. Kdg2 tu bila mrh dia buat muka kesian. Bila dia buat muka kesian x jd ina nk marah. huhuhu... Kdg2 tu bila ina marah, dia ketawa @ marah ina blk dlm bahasa dia. Tu lg buat ina geram je. Terus x jd nk mrh. Mmg kena sbr jd seorg ibu nie. Tp nie la pengalaman yg amat b'harga & b'makna dlm hidup ina. Anak adalah anugerah & amanah dari Allah. Smga ina & husband dpt m'jaga & m'didik zara m'jadi anak yg b'jaya di dunia & juga akhirat. Insyaallah. Amin...

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...