Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU
Selamat Hari Guru ina ucapkan kepada insan yg bergelar guru @ warga pendidik. Sesungguhnya guru memainkan peranan penting dlm mendidik para pelajar. Mmg besar tanggungjawab seorang guru. Pelbagai cabaran & dugaan yg dihadapi oleh guru utk mendidik anak bangsa bagi melahirkan pelajar yg cemerlang serta berguna kpd agama, bangsa & negara. Tanpa mengenal penat & lelah, mereka tetap berkhidmat & memberi ilmu yg terbaik utk para pelajar.  

Tema hari guru tahun ini ialah GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
1ASPIRASI bermaksud semua guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. 1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi. 
1AGENDA bermaksud semua guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...