Wednesday 6 February 2013

SELEBRITI PROGRAM REALITI TV DIREMAN ROGOL KEKASIH

Anggota polis mengiringi suspek (dua dari kanan) selepas prosiding mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya semalam.
Hari nie mama zara nk b'gosip kjp. hihihi... Sbnrnya, nie antara berita yg t'kandung dlm surat khabar KOSMO hari nie. Selebriti Program Realiti TV Direman Rogol Kekasih. Sapalah artis tu kan? Td search kt internet. Dpt la maklumat psl berita nie. Menurut dr maklumat yg ina baca artis t'sebut ialah MOHD atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor iaitu juara Mentor musim ke 4. Tp x tau la sahih atau tidak maklumat tu. huhuhu... Kalau betul la kesian kt Ziana Zain. Ya la, kan Ziana Zain mentor kpd Mohd. Hmmmm, mcm2 artis nie. Br jd juara dh buat masalah. Apa2 pun jom kita baca berita penuh tentang artis nie.

AMPANG JAYA – Polis semalam mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman selama dua hari ke atas seorang penyanyi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana dekat sini Ahad lalu.
Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun yang pernah menjuarai sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen televisyen itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jalaluddin berkata, tempoh dua hari itu akan digunakan sepenuhnya oleh polis bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes tersebut.
“Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa berusia lingkungan 20-an selepas menerima laporan tersebut. Soal siasat akan dilakukan terhadap teman lelakinya itu bagi membolehkan kita mendakwanya jika terdapat bukti yang mencukupi,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Semalam Kosmo! melaporkan polis menahan artis tersebut pada pukul 12 tengah hari di Taman Melati dekat sini kelmarin setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kejadian tersebut.
Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 12.40 tengah hari 31 Januari lalu ketika dia berada di rumah suspek. Ketika kejadian, ahli keluarga suspek tiada di rumah dan mangsa tidak melawan kerana bimbang akan dicederakan.

SUMBER:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...