Wednesday 6 February 2013

DATUK YAHYA SULONG MENINGGAL DUNIA, AL FATIHAH

Allahyarham Datuk Yahya Sulong
Innalillahiwainnailaihirojiun... Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Yahya Sulong di atas pemergian beliau ke rahmatullah. Persatuan Seniman dan juga melalui Presidennya, Zed Zaidi telah memaklumkan di Twitter bahawa Datuk Yahya Sulong telah meninggal dunia pada jam 6.45 petang tadi di Hospital Besar Kuala Lumpur kerana sakit tua. Allahyarham berusia 84 tahun. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Teluk Intan, Perak malam ini. Allahyarham meninggalkan isteri Alisah Ali yang telah dikahwininya sejak 34 tahun lalu. Allahyarham mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit. ia merupakan perkahwinan kedua bagi Alisah dan keempat buat Allahyarham. Semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...