Wednesday 21 August 2013

Cerita Raya Di Bulan Syawal

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, hari nie dh masuk hari ke 14 kita menyambut Syawal. Hari nie jugak la ina baru sempat @ baru ada mood nk update blog. First entry utk bulan Ogos. Sebenarnya ina ada je masa utk update blog lps blk beraya dari kg Grik & Muar hari rabu lps. Tapi mood nk update blog tu x de. Penyakit 'M' duk bersarang dlm diri. So hari nie baru terasa nk update blog. Rasanya masih belum terlambat utk ina ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Cerita pasal raya nie, thn nie ina beraya di kg hubby kt Grik, Perak. Kita org bertolak blk Grik hari rabu ptg. Sehari sebelum raya. Plan asal nk blk pagi rabu. Tp tiba2 kereta hubby ada masalah. So pegi la kedai utk check & repair. Tunggu punya tunggu dlm pukul 4 lebih baru siap. Hmmmm, dh last minute jadi mcm nie. Apa2 pun ina bersyukur sgt sbb kami masih belum mulakan perjalanan blk ke kg. Cuba bayangkan kalau masa tgh on da way tu kereta rosak. Lg haru biru dibuatnya. Tp yg x best tu melayang jgk la RM500 lebih utk baiki kereta. huhuhu.... Bkn rezeki kami agaknya. Rezeki kereta. Insyaallah, mudah2an ada hikmah di sebalik apa yg berlaku. Amin....

So lps dh settle semuanya, pukul 6 kami bertolak dari Rawang. Dlm hati berharap sgt jln x jam. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar. Mungkin sbb ramai org dh bertolak blk ke kg sejak cuti sekolah. Sepanjang perjalanan ina buka radio. Layan lagu raya. Mmg syahdu. Sambil2 tu ada jgk info pasal lalulintas di highway. So bila je dgr ada kesesakan kt highway kita org pun ikut jalan lama. Ok je ikut jalan lama nie. X byk sgt kereta. Masa tu kt Gopeng rasannya. Sekali sebelum sampai Behrang, kita org terserempak dgn kemalangan maut melibatkan 2 ke 3 kereta mcm tu. Allahuakhbar. Masa tu dh nk maghrib. Rasanya br berlaku sbb mayat masih di tepi jalan. Ada 2 mayat. Mmg teruk keadaan kereta mangsa. Tercabut bumbung & remuk. X tau mcm mana blh accident sbb jln mmg lengang & x byk kereta. Mungkin kereta dipandu laju. Kita org x berhenti pun. Cuma tgk dari dlm kereta masa lalu kt tmpt kejadian. 

Alhamdulillah, kami sampai kt Grik pukul 10 lebih. Sampai tu terus pegi bazar raya. Hubby nk beli kopiah & butang baju melayu. Sbbnya tertinggal kt rumah. Hmmm, ina pun blh x check semua tu sbb selalunya hubby yg kemas brg2 dia. Ina just masukkan dlm beg. Salah ina jgk sbb x check semua tu. Masa pegi bazar, ramai sgt org. Ya la. Org duk tunggu peniaga lelong kuih raya. Hmmm, byk jgk la kuih raya yg dijual. Ada yg dh dijual murah. Lps dh siap beli, br blk rumah mak mertua. Sampai rumah mak mertua dlm pukul 11 lebih. Mak tgh masak rendang masa tu. Oh ya, hubby ada beli lemang masa on da way nk blk rumah. Sebatang RM10. Nasib baik ok lemangnya. Sbb mak mertua cite, mak beli lemang x masak. Last2 pulang blk sbb x masak. Biasa la org berniaga. Lg2 kalau org yg x prnh buat lemang, tiba2 nk jual lemang. Hmmmm, x tau la apa rasa lemang tu. Oh ya, ina ada suap lemang kt zara. Hmmmmm, sukanya zara mkn lemang. Mungkin sbb rasa lemak2. Tp ina x de la suap byk. Sikit2 je. Buat2 rasa kata org tua.

Raya thn nie ina rasa biasa je. Mcm x meriah pun ada. Sampai gmbr raya ina dgn hubby & zara pun x de. Padahal baju kita org dh sedondon. Mmg frust sgt. Ingatkan lps blk dari solat raya blh la amik gmbr. Sekali x de sapa nk amikkan gmbr. Ada adik ipar lelaki tp semua keluar beraya. Hubby plak sibuk duk masak bihun tom yam kt dapur. Ina plak tidokan zara sbb zara bgn awal. Last2 sampai sudah kita org x bergambar langsung. Sedih sgt2. Ina cuma amik gmbr zara berbaju kurung. Raya pertama tu pun x ke mana. Duk kt rumah je. X ramai pun org dtg rumah. Kwn2 adik ipar. Tu je. Esknya, raya ke 2 kita org blk Baling. Rumah mak cik ina. Lps tu pegi rumah Cu & Pak Long. Pukul 12 lebih br blk rumah. Br terasa pegi beraya. Raya ke 3 pun x pegi mana2. Hubby kena cirit birit sbb mkn daging byk sgt kot. Mlm pegi rumah mak cik hubby kt Lawin. Sepupu hubby nikah. Raya ke 4 pegi rumah mak cik hubby lg utk majlis kenduri kahwin. Pegi pun x lama. Lps mkn terus pegi raya rumah mak angkat adik ipar kt Lenggong. So nie la rutin ina sepanjang raya kt Grik.

Esknya, raya ke 5 hari isnin kita org blk Rawang. Pukul 1.30 ptg dari Grik. Ingatkan blk hari isnin highway x sesak. Sekali sesak rupanya. Hmmmm, mmg penat duk dlm kereta. Tu pun kita org ada lalu jln biasa jgk. Berhenti pun utk solat & pegi toilet. Nasib baik zara x meragam. Nk tau kita org sampai rumah pukul berapa? Pukul 10 mlm br sampai Rawang ok. Fuhhhh, 8 jam perjalanan dari Grik ke Rawang. Sepatutnya dlm 4 jam lebih je. Pagi esknya kemas2 brg nk blk Muar plak. Sepatutnya blk Muar hari khamis. Sekali blk Rawang air x de. Meter air kena cabut sbb x byr maintenance. Owner rumah yg ina sewa x byr maintenance. Tu yg dia org cabut meter air. Bil air mmg kita org x pernah byr sbb free. Nasib baik la ina ada simpan air kt dlm botol. Blh la guna utk basuh2 muka. Blk je Muar terus pegi rumah nyaei. Raya kt rumah nyaei dulu. Lps tu rumah pak uda & pak ngah. Mlm br blk Muar. Rumah mak abah ina. Esknya raya rumah mak dak. Mkn tgh hari kt sana. Mlm raya rumah cik Ira. Mlm tu jgk kita org blk Rawang sbb hubby dh start kelas esknya. Mmg sekejap blk Muar. Frust jgk la sbb byk lg rumah yg ina nk beraya sebenarnya. Tp semua tu angan2 je la nmpknya. Sbb tu la ina ckp raya thn nie x meriah. huhuhuhu.... mood: sedih :(

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...