Thursday, 24 April 2014

23 April 2014 ---> Zara is 1 year 9 months

Assalamualaikum... 

Wah, lama betul x update blog. Bukan saja2 x nak update tp ada masalah dgn wifi. Ina guna hotspot wifi Green Valley Park. Beli kupon saja, tp wifi tgh problem masa tu. huhuhu.. Lps tu sibuk duk kemas rumah nak pindah. Skrg nie ina dah x duduk kat Bandar Tasik Puteri, Rawang lg. Ina dah pindah ke Batu Caves. Sbbnya husband jauh duk berulang alik nak pegi keje. Rasa x berbaloi plak duk kat rawang. Dgn kos minyak, tol & servis kereta. So ina & husband amik keputusan utk pindah rumah. Alhamdulillah, selesa sungguh duduk di rumah baru nie berbanding rumah lama. Nanti kita cerita pasal rumah ya. Hari nie nak cerita pasal anak dara ina yg semakin membesar. Alang2 tgh duduk kt rumah mak, so blh la upodate blog.
pelbagai aksi & gaya princess zara
Alhamdulillah, 23 April lps zara dah genap 1 tahun 9 bulan. Sekejap je masa berlalu. Tup2, dah 2 tahun zara nanti. So ari isnin lps pegi klinik utk check up zara. Just timbang berat je. Ukur tinggi x de plak. Masa timbang berat, berat zara naik 200g je. X byk sgt pun naik. Alhamdulillah, naik jgk walaupun sikit. So skrg berat zara dh 9.2kg. Ramai org ckp zara dh kurus. X pe la zara. Janji zara sihat, aktif & cukup makan. Zara nie kdg2 mmg kuat mkn. Tp berat x nak naik dgn jayanya. Mungkin metabolisma zara tinggi. Apa2 pun mama bersyukur sbb zara sihat & aktif. Zara skrg nie dah pandai bercakap. Dah banyak perkataan yg zara pandai sebut. Antaranya ialah monyet, tok wan, tok, acu, angah. Zara pun dah pandai buat bunyi haiwan. Kalau kita sebut nama haiwan tertentu zara akan buat bunyi haiwan tu. Cepat zara belajar. Alhamdulillah. Zara skrg dah pandai marah kalau kita marah dia. Kalau ina marah mesti dia akan cubit @ cakar muka ina. huhuhu... Mmg sakit la kalau kena cakar. Kalau dia x cubit @ cakar, dia akan tunduk je muka kalau kita marah. Senyap je masa tu. Kalau kita senyum baru dia senyum @ ketawa blk. Mcm2 kerenah zara skrg nie. Kalau dia buat kerenah yg kurang baik, hilang jgk kesabaran. Mmg jd seorg ibu nie kena kuat bersabar. Mmg pelbagai kerenah anak semasa anak sedang membesar nie. Semoga ina kuat & diberi kesabaran yg tinggi dlm melalui proses pembesaran zara. Ina rasa bahagia sangat bila lihat zara membesar dgn baik & sihat. Semoga zara menjadi anak yg cpt belajar, berjaya di dunia & akhirat, mendengar kata mama & daddy serta sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t. Amin
berselfie dgn daddy

Friday, 21 March 2014

Happy 3rd Anniversary

Assalamualaikum...

Waaaaaa, baru dpt update blog. Wifi tgh problem. X tau la sbb apa. Geram betul. Nie pun update guna tab. X bestnya update blog guna tab. Rasa lmbt je nak menaip. Huhuhu... Tp nak update punya pasal terpaksa jgk gagahkan diri.

Ok la, sebenarnya nak cerita pasal anniversary yg ke 3 hari selasa lps. Alhamdulillah, dah 3 thn usia perkahwinan yg dibina. Dlm 3 thn pelbagai dugaan, cabaran, rasa manis, pahit, masam, masin & mcm2 lg yg kami suami isteri lalui. Biasa la asam garam berumahtangga. Alhamdulillah, semuanya dpt dilalui dgn tabah & sabar. Malah semua dugaan yg Allah berikan ada hikmahnya. Kasih syg kami suami isteri semakin erat. Ditambah dgn cahaya mata yg Allah berikan membesar dgn sihat & sempurna. Zara merupakan pengerat kasih syg kami suami isteri. Semoga rumahtangga yg kami bina berkekalan hingga ke jannah, dikurniakan zuriat yg soleh & solehah, diberkati oleh Allah s.w.t, dimurahksn rezeki & diberi kebahagiaan di dunia & akhirat. AMIN
Sweet moments husband & wife
Puteri kesayangan kami 



Friday, 14 March 2014

Simple Banana Puff

Assalamualaikum.....

Simple banana puff. Itu la tajuk yg diberi. Mmg simple banana puff yg ina buat nie. Hanya menggunakan roti gardenia je. So sapa2 yg ada lebihan roti gardenia yg dah x larat nak makan @ dah nak expired, blh la buat banana puff. Nak ganti dgn epal pun blh jgk. Bahan2 pun mudah. X de guna tepung bagai. Hanya guna pisang, roti gardenia & minyak. Sebenarnya ina buat utk zara. Sekali masa tgh duk buat tu zara dah melantak sebiji pisang. So sikit je la dia mkn banana puff yg ina buat. So mama la yg menghabiskannya. Tp mmg sedap tau. 
Mula2 lenyek beberapa biji pisang yg dah masak ranum. Ina guna pisang dole. Lepas tu amik beberapa keping roti. Buang bahagian tepi ya. Kemudian letak pisang yg telah dilenyekkan tadi di tengah2 roti & kemudian lipat roti tersebut. Hati2 masa melipat supaya pisang x terkeluar. Tekan kuat2 bahagian tepi dgn jari supaya bahagian tepi melekat & x terbuka. Lepas tu tekan lg dgn garfu. Akhir sekali goreng dgn minyak yg panas. Goreng dgn api yg kecil. Balik2kan supaya roti x hangus. Goreng sehingga kekuningan. Angkat & toskan minyak. Ok, siap. Makan masa panas2 sbb terasa kegaringannya. Selamat mencuba. (^_^)

Anak Daraku Yang Suka Makan Jagung

Assalamualaikum....

Allahuakhbar. Hari nie dah masuk hari ke 7 pesawat MH370 hilang tanpa khabar berita. Pelbagai usaha telah dilakukan, namun masih belum menemui jawapannya. Entah apa nasib anak kapal & para penumpang. Hanya Allah sahaja yg mengetahui apa sebenarnya yg telah berlaku kepada pesawat MH370. Apa2 pun kita teruskan berdoa agar anak kapal & para penumpang berada dlm keadaan selamat di bawah lindungan Allah s.w.t. Sesungguhnya ini adalah satu ujian yg Allah berikan kepada kita. Setiap ujian & dugaan pasti ada hikmahnya. Semoga keluarga semua mangsa yg terlibat tabah menghadapinya. AMIN.....

@ Nando's AEON Jusco
Ok la, skrg nie nak cerita pasal anak dara ina. Sapa lg kalau bkn si comel zara. Zara skrg nie suka sgt mkn jagung rebus. Kalau beli jagung rebus mesti 1 tongkol abis kat dia sorang. Ina jarang beli jagung rebus. Yang blh tau zara suka mkn jagung masa beli jagung rebus kat pasar mlm. Hubby beli masa tu. Sekali bagi kat zara. Bersungguh2 zara makan. Mula2 separuh dia mkn. Lps dah habis, mintak lg separuh. So mmg setongkol jagung rebus zara makan. Sejak tu kalau pegi pasar mlm mesti beli jagung. Mmg abis zara makan. Bila tanya zara nak jagung x??? Zara pun jawab dgn ayatnya. "Nak agung". Fuhhhhh, nampak gayanya jagung rebus dah jd favourite zara la. X pe la zara. Mama pun suka tgk zara makan banyak. Alhamdulillah. 



Tuesday, 11 March 2014

Spaghetti Goreng

Assalamualaikum......

Spaghetti goreng tajuk utk entri mlm nie. Ina buat utk breakfast hari sabtu lps. Bahan semua dah ada. So terus rebus spaghetti. 1st time buat. Mmg sedap. Alhamdulillah, hubby pun cakap sedap. Senang je nak buat spaghetti goreng nie. Sama mcm buat mee goreng. So, jom tgk segala bahan yg ina gunakan utk memasak spaghetti goreng. 

BAHAN-BAHAN:
spaghetti
isi ayam
cili kering
bawang kecil
bawang putih
carrot
brokoli
bunga kobis
celery
tomato
minyak
telur
garam gula

CARA-CARANYA:
Mula-mula rebus spaghetti sehingga lembut. Kemudian toskan. Sementara tu kisar cili kering besama bawang kecil & bawang putih. Sebelum tu rebus cili kering jugak ya sehingga kembang. Lepas tu tumiskan cili kering dgn minyak yg tlh dipanaskan. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan sedikit garam & gula. Kemudian masukkan pula isi ayam. Biarkan sehingga isi ayam masak. Lepas tu masukkan sayur carrot, brokoli, bunga kobis, tomato & celery. Masukkan spaghetti yg telah ditoskan tadi. Kacau spaghetti hingga sebati. Akhir sekali masukkan telur. Tunggu seketika sehingga telur masak. Lepas tu tutup api. Ok, dah siap utk dihidang. 

Agar-Agar Laici

Assalamualaikum.....

Hmmmmm, hari nie dah masuk hari ke 4 pesawat MH370 hilang. Mmg suungguh misteri dgn kehilangan MH370. Semua org tertanya2. Malah timbul pelbagai spekulasi. Antara nak percaya @ tidak. Hakikatnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yg tlh berlaku kpd MH370 yg membawa 227 org penumpang & 12 org anak kapal. Apa2 pun kita sebagai rakyat yg prihatin teruskanlah berdoa agar kesemua mereka berada dlm keadaan selamat. Smga ahli keluarga mangsa yg terlibat tabah & sabar dgn ujian yg tlh Allah berikan. Amin....

Ok la, sebenarnya ina nak share resepi agar-agar laici yg ina buat. Dah lama buat, tp baru nak update. X de mood nak update blog skrg nie. Dlm fikiran mcm2 persoalan yg timbul pasal MH370. Ina sentiasa mengikuti perkembangan kehilangan MH370. Allaahuakbar. Hmmmm, nak menaip pun dah malas. Jom kita tgk bahan yg ina guna utk buat agar-agar laici. Ina x ingat ina amik resepi dari mana. Tp mmg sedap agar2 nie. Masuk bakul angkat sendiri. hihihihi....

BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar (20g)
1 tin laici
1 tin @ 400 ml susu cair
gula secukupnya
1000 ml air

CARA-CARANYA:
Mula-mula masak agar-agar dgn air. Masak sehingga agar-agar hancur. Kemudian masukkan gula secukupnya. Agak-agak manis la ya. Sementara tunggu agar-agar masak, potong laici kecil-kecil. Nak blend laici pun blh. Ina potong kecil-kecil sbb baru 1st time buat. Lepas nie kalau nak buat lagi, ina rasa nak blend laici separuh supaya lebih terasa laici kat dalam agar-agar. Campurkan sedikit air laici yg kat dalam tin tu ke dalam agar-agar yg telah dimasak. Masukkan susu cair & laici. Masak sekejap. Akhir sekali masukkan ke dalam bekas. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Mmg sedap makan masa sejuk. Yummy..... (^_^)

Monday, 10 March 2014

Kronologi Kehilangan Pesawat MAS, MH370



8 MAC 2014 (SABTU)


  • 12.41 am: Pesawat MH370 – Boeing 777 berlepas dari KLIA menuju ke Beijing dan dijangka mendarat pada pukul 6.30 am.
  • 2.40 am: Pesawat MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang di ruang udara Vietnam.
  • 10:15 am: laporan palsu tentang MH370 penerbangan membuat pendaratan kecemasan di Nanning , China. Disahkan tidak benar oleh pihak MAS tidak lama kemudian.
  • 12:00 pm : CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata dalam satu sidang media, penumpang penerbangan MH370 adalah 14 negara yang berbeza. Penumpang termasuklah 153 warga China, 38 rakyat Malaysia, 12 warga Indonesia, enam warga Australia , tiga Perancis, empat rakyat Amerika , dua dari Ukraine, New Zealand dan Kanada masing-masing setiap satu dari Rusia, Taiwan, Itali, Belanda dan Austria.
  • 12.45 pm: Media Vietnam melaporkan Pesawat MH370 terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc! Laporan Yahoo Singapore.
  • 1.00 pm: China menghantar dua kapal penyelamat maritim ke Laut China Selatan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.
  • 2.00 pm: Senarai penumpang didedahkan kepada umum (Sinar Harian).
9 MAC 2014 (AHAD)
  • 3.15 am: Pihak berkuasa Itali dan Austria mengesahkan bahawa nama rakyat mereka, Christian Kozel (Austria) dan Luigi Maraldi (Itali) yang tersenarai sebagai penumpang sebenarnya tidak menaiki pesawat tersebut. Kedua-duanya mengesahkan bahawa pasport mereka dicuri di Thailand sebelum ini.
  • 1.00 pm [Kemaskini]: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa empat penumpang MH370 yang masih hilang menggunakan pasport palsu.
  • 2.00 pm [Kemaskini]: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370 bukan empat seperti yang dilaporkan sebelum ini.
  • 3.00 pm [Kemaskini]: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyatakan ada kemungkinan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran rekod rakaman radar tentera yang telah disiasat.
  • 8.00 pm [Kemaskini]: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa siasatan dalaman akan dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. ”Saya masih hairan tak kan (pegawai imegresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia,”
  • 9.00 pm [Kemaskini]: Pentagon mengesahkan tiada sebarang letupan yang berlaku di Laut Cina Selatan berdasarkan data yang mereka ada.

Wednesday, 5 March 2014

Ikan Siakap Stim

Assalamualaikum....

Cuaca sekarang nie panas sgt. Walaupun angin kuat. Tp masih terasa panasnya. Semalam hujan jgk kt tempat ina tinggal. Alhamdulillah. Hari nie pun jerebu dah kurang. Apa2 pun kena bersyukur dgn apa keadaan yg Allah berikan. Ok la. Ptg2 mcm nie ina nak cerita pasal menu utk lunch tgh hari td. Ina masak ikan siakap stim. Nie la 1st time ina masak siakap stim. Selalunya masak 3 rasa. Alhamdulillah, menjadi & sedap. Resepi ina amik dari blog Potret Kasih. Terima kasih ya tuan tanah sbb sudi share resepi. Lepas nie blh la makan ikan stim je sbb mudah & sedap. Zara pun suka mkn. Siap tambah nasi lg. Daddy plak siap ckp lps nie kalau mkn kat luar kita order ikan stim. Asyik mkn tom yam je. Mmg x pernah order ikan stim pun. So lps nie blh la try ikan masak stim kat luar. 
Ikan siakap stim
BAHAN-BAHANNYA:
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 batang serai (diketuk @ dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci hali (dihiris)
1-2 biji limau nipis. (ina guna limau kasturi)
2-3 biji cili padi - optional (ina x letak)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu makan sos ikan @ sos tiram (ina guna sos tiram)
sedikit garam & gula
sedikit salted vegetable (dihiris) optional (ina x letak)
sedikit hirisan carrot
sedikit air
sedikit daun sup @ ketumbar (dihiris) - ina ganti daun celery

CARA-CARANYA:
Sediakan pengukus. Jerangkan air dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas @ loyang. Ina guna pengukus elektrik. Hadiah kawin gitu. hihihihi
Lumurkan ikan dgn garam. Kemudian letak dlm bekas td. Taburkan hirisan halia, bawang putih & serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara tu satukan air bersama sos tiram & gula. Bancuhkan.
Kemudian buka penutup pengukus & masukkan tomato, salted vege (jika suka) serta air yg telah dicampur dgn sos tiram tadi. Kukus lg dlm 5 minit.
Akhir sekali masukkan jus limau & cili padi. Ina x letak cili sbb zara mkn sekali. Kacau perlahan. Jika kurang masin blh tambah garam.
Kukus lagi dlm 2-3 minit. Taburkan hirisan daun sup.
Hidangkan & sedia dimakan bersama nasi putih. Mmg terbaik. Blh buat lg lps nie. (^_^)


Homemade Cheezy Cheese Balls Untuk Zara

Assalamualaikum....

homemade cheezy cheese balls
Hari nie nak kongsi resepi kudap-kudapan yang ina buat utk zara. Sebenarnya dah lama ina buat. Tapi br nak tempel resepi kat sini. hihihi.... Senang je nak buat homemade cheezy cheese balls. Ina guna labu. So yang nie dipanggil versi labu. Zara pun suka makan. Mama pun tumpang makan sekali. hohoho..... Nampak gayanya ina kena buat lg lps nie. Ingat nak try buat versi potato plak. Apa2 pun jom kita tgk bahan yang ina guna utk buat pumpkin cheezy cheese balls.

bahan utama
BAHAN-BAHAN:
labu secukupnya 
tepung gandum secukupnya
telur
serbuk roti (homemade)
cheese (ina guna slices cheese)
minyak

CARA-CARANYA: 
Mula2 rebus @ stim labu sehingga lembut. Kemudian lecek2kan labu sehingga hancur. Masukkan pula tepung secukupnya. Agak2 bebola blh dikepal. Lepas tu bentukkan bulat2 & buat lubang di bahagian tengah. Masukkan cheese yg telah dipotong kecil2. Tutup kembali lubang. Gelek bagi bulat semula. Kemudian celup dlm telur. Telur nie ina campur je telur kuning & telur putih. Lepas tu gaul dlm serbuk roti. Serbuk roti ina buat sendiri. Nanti ina bg tau mcm mana nak buat Homemade Breadcrumbs. Akhir sekali goreng dlm minyak yg panas. Goreng sehingga kekuningan. Siap. (^_^)
sedia utk digoreng

Nasi Ayam Penyet Sedap @ AEON Rawang

Assalamualaikum....

Mlm td pegi Aeon @ jusco Rawang. Nak beli brg2 dapur. Sebelum tu dinner dulu. Kita org dinner nasi ayam penyet kat food court.Alhamdulillah, setakat nie rasanya nie la nasi ayam penyet yg paling sedap ina makan. Hubby pun ckp sedap. Ayam berempah dia mmg sedap. Besar plak tu ayamnya. Nasi pun sedap. Ada ulam lagi. Harga pun RM9.90. Mmg berbaloi dgn harganya. Selalunya kalau pegi jusco rawang mmg ina akan order nasi ayam penyet. hihihihi (^_^)
nasi ayam penyet
zara & fresh milk combo

Sunday, 2 March 2014

Zara & New Stroller

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu....

Yeayyyyyy....... Zara dah ada stroller baru. Hmmmm, sebenarnya dh lama beli stroller nie. Dah sebulan pun. Tp baru nak bercerita hari nie. Biasa la ina. Byk cerita yg pending. Tp ina akan cerita jgk. Mmg dah lama ina & hubby nak beli stroller baru utk zara. Sbbnya stroller lama dah x sesuai untuk zara. X sesuai sbb zara x blh nak keluarkan kaki. Maksudnya zara x blh nak unjurkan kaki dia ke bawah. So x selesa la anak dara ina duduk dalam stroller tu. Kebetulan hari tu pegi Jusco. Zara nie suka berdiri dlm stroller. Masa tu kat food court. Hubby bawak zara pegi beli air. Ina plak tunggu order & amik makanan. Sekali masa hubby tgh tolak stroller tu hubby terlanggar stroller kat kerusi. Terus zara pun jatuh ke bawah. Ina masa tu mmg tgh tgk hubby & zara pegi kat meja. So mmg nampak zara jatuh. Terus ina menjerit & pegi kat hubby. Menangis kuat jgk la zara masa tu. Hubby terus dukung zara & pujuk. Masa jatuh dahi zara kena lantai. Dah benjol & lebam. Nak menangis ina masa tu. Ina bg air pun zara x nak. Lepas tu ina pun bawa zara pegi baby room. Sambil2 jalan ina pujuk dia. Sampai kat baby room ina susukan zara. Alhamdulillah, dah reda sikit zara menangis. Sambil menyusu ina tuam dahi zara yg benjol tu. Kesian sangat kat zara masa tu. Lepas zara dah selesai menyusu baru ina keluar pegi food court semula. Zara pun dah ok. Nasib baik zara nak makan. 
stroller lama zara. brand sweet cherry jgk.
Lepas tu jln2 kt atas Jusco. Ina pun duk tgk2 stroller. Ada stroller yg ina berkenan. Warna purple. Ina panggil hubby. Lps tu hubby plak yg duk belek2 stroller lain kat situ. Akhirnya, jumpa stroller yg sesuai utk zara. Alhamdulillah. Terus beli. Dah alang2 jumpa, baik beli. So zara dah ada stroller baru. Brand Sweet Cherry. Warna grey. Harga pun x mahal sgt. RM290 je. Skrg nie bila zara pakai stroller tu mmg selesa sangat. Zara pun dah x berdiri kat dalam stroller. Blh sandar sambil unjurkan kaki ke bawah. (^_^)
sempat je nak capai barang ya zara....
selesanya zara kat dlm stroller baru
sukanya zara dpt stroller baru

Saturday, 1 March 2014

Simple Homemade Fish Ball

Assalamualaikum.....

Semalam ina buat homemade fish ball utk zara. Baru 1st time buat. Ina guna ikan selar. Sepatutnya guna isi ikan tenggiri @ ikan yg teksturnya lembut. Tapi saje nak try. Alhamdulillah jadi. Cuma teksturnya tu x berapa nak lembut. So lps nie kalau nak buat kena guna isi ikan tenggiri. Senang je nak buat fish ball nie sebenarnya. Kalau beli mmg byk MSG yg diletaknya. Mmg x sesuai utk zara. Ina pun mmg x pernah lg bg zara fish ball yg beli. Jom kit tgk bahan yg diperlukan.
homemade fish ball
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan selar
sedikit tepung jagung
air

CARA-CARANYA:
Mula2 rebus ikan dengan air. Rebus sehingga isi ikan lembut. Kemudian asingkan isi ikan dari tulangnya. Lepas tu hancurkan isi ikan supaya halus. Nak blend pun blh. Lepas tu letakkan sedikit tepung jagung. Gaul sehingga sebati. Ambil sedikit adunan & buat bentuk bulat2. Lemparkan fish ball yg telah dibentuk ke tepi mangkuk supaya fish ball menjdi mampat. Kemudian gaulkan dengan sedikit tepung jagung. Akhir sekali rebus dlm air yang telah mendidih. Fish ball akan terapung bila dah masak. Ok, siap. Boleh dimakan begitu sahaja atau di buat sup. Nak simpan dlm freezer pun blh. Nak guna baru rebus. 
dah siap rebus

Nasi Goreng Kunyit Untuk Zara

Assalamualaikum......

Alhamdulillah, hari nie dah masuk 1 Mac 2014. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah pun bulan 3. Bulan Mac yang penuh bermakna utk ina & hubby. Sbb anniversary perkahwinan kami x lama lg. 18 Mac 2014. Yeayyyyy.... Dah nak masuk 3 tahun rumahtagga yg kami bina. Alhamdulillah. Kami dah ada plan utk anniversary nanti. Harap2 menjadi la. Tp x blh bg tau skrg. Kita tungguuuuuuu. Hihihihi... Ok la, mula2 nak cerita pasal menu zara hari nie. Zara lunch nasi goreng kunyit tgh hari tadi. Sebenarnya ina masak utk zara breakfast. Sekali dia bgn pun dh pukul 11.30 pg. So terus lunch je la. Nie 1st time ina buat nasi goreng kunyit. Kebetulan nasi semlm byk lg. Mlm td ina x makan nasi sbb hubby pegi pasar mlm. So ina pun buat nasi goreng utk ina & zara jgk. Lg pun hubby x makan kat umah hari nie. So makan je la nasi goreng utk breakfast & lunch. Nie tgh duk fikir nak masak apa utk dinner. Malas nak masak nasi sbb ian dgn zara je yg makan. Zara pun makan bukan byk pun. Fikir, fikir. Sambil menaip kat blog. Eh, sebenarnya nak bercerita pasal nasi goreng kunyit yg ina buat zara. Senang je nak buat nasi goreng kunyit nie. Jom kita tgk bahan yg ina guna.
nasi goreng kunyit
BAHAN-BAHAN:
1 senduk nasi
1 biji bawang kecil
sedikit kunyit hidup
sedikit isi ikan yg telah digoreng
carrot (dipotong dadu)
celery (dipotong nipis)
telur
minyak
air

CARA-CARANYA:
Mula2 tumbuk isi ikan dgn bawang kecil & kunyit hidup. Kemudian tumis bahan yg dah ditumbuk td. Campurkan sedikit air jika kering. Masukkn pula carrot & celery. Masak sehingga sayur lembut. Lepas tu blh la masukkan nasi. Gaul nasi sehingga sebati. Kemudian masukkan telur. Gaul lagi supaya telur sebati dgn nasi. Masak dlm beberapa minit. Ok, siap utk dimakan. Ina mmg x letak. Sbb isi ikan & celery dh masin.
sedapnya zara makan. alhamdulillah, habis 1 pinggan

Friday, 28 February 2014

Aiskrim Goreng

Assalamualaikum....

aiskrim goreng 
Tadaaaaaa, akhirnya berjaya buat aiskrim goreng. Senang je nak buat aiskrim goreng nie. Selalu duk tgk kt internet je aiskrim goreng. So hari nie dah buat & makan. Mmg sedap. Sebenarnya, semlm ina buat. Tp tgh hari td baru goreng. Tujuannya supaya aiskrim tidak cepat cair. Bahan2 utk buat aiskrim goreng pun senang & x byk. Ina guna aiskrim pelangi paddle pop Walls. Yang warna warni tu. Ina buat 3 biji je. Satu utk ina, satu utk hubby & satu lg utk princess zara. Lps nie blh buat byk2. Sbb mmg sedap. Apa2 pun jom kita tgk bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHANNYA:
Aiskrim 
Roti Gardenia
Minyak

CARA-CARANYA: 
Ambil sekeping roti. Letakkan aiskrim ditengah2 roti. Pastikan letak betul2 di tgh2 roti supaya apabila kita menekan roti aiskrim tidak akan keluar. Lepas tu letakkan lg sekeping roti di atas aiskrim. Kemudian tekan roti dengan menggunakan gelas @ cawan di bahagian tgh roti. Tekan kuat2 ya supaya roti tercantum & tidak terbuka. Buat la seberapa byk yg anda suka. Akhir sekali simpan aiskrim di dalam peti ais semalaman. Kemudian blh la digoreng. Panaskan minyak dahulu. Lps tu goreng sehingga kekuningan. Ok, siap utk dihidang & dimakan. Mmg sedap mkn masa cuaca tgh panas skrg nie. (^_^)
aiskrim goreng pelangi paddle pop

Jalan2 Cari Makan @ Johnny's Restaurant Steamboat Jusco AU2

Assalamualaikum......

Yang nie cerita hari rabu yg lepas. Blk dari Muar hubby terus pegi kelas. Ina dgn zara terpaksa la ikut. Tp kita org duduk kat playground. Nasib baik la ada playground kat dgn rumah student hubby. Puas la zara main kat situ. Mama la yang penat duk kejar zara. X pe la anak. Janji x buat perangai kan. Lps hubby abis kelas baru pegi makan. Hubby ajak makan steamboat lagi. So pegi la makan steamboat kat Johnny's Restaurant Steamboat Jusco, AU2 Keramat. Sbb mlm tu hubby ada kelas kat Keramat. Nie kali ke 2 kita org makan steamboat tahun nie. Baru awal bulan hari tu kita org makan. hihihihi..... Tapi kali nie kita org amik sup ayam. Yang hari tu amik tom yam. Alhamdulillah, sedap jgk. Makan yang dulu amik set yg dah disediakan. Kali nie pilih sendiri. Harga pun lebih kurang sama je. Hubby order crisp squid, chicken fillet, tiger prawn, shrimp ravioli, tofu, stuffed chili, hk kailan, oyster mushroom, bee hoon, & fresh egg.  
nie la rupa sebenar bahan2 yg kita org order  utk steamboat
(sumber dari http://www.johnnyrestaurant.com/)
Kita org pun ada order makanan lain jgk. Ina order Tom Yam Bee Hoon. Hubby order Thai Pineapple Rice. Nie pun sedap. Zara makan nasi goreng yg hubby order. Nasi gorengnya x pedas. So zara blh la makan. Byk jgk la zara makan. Puas la makan utk 2 org. Air plak ina order fresh orange. Hubby plak sour soup. Tp lupa nak amik gambar air. Sbb tgh menikmati kesedapan steamboat. Gambar pun x byk sangat amik. Mana yg sempat je. Jom kita layan gambar sepanjang berada di sana. Amboi, mcm pegi bercuti plak ayatnya. X pe la. Asal blh. (^_^)
macam2 ada
masak dulu sebelum makan
sedia utk dimakan
thai fried rice
tom yam bee hoon
seriusnya muka my hubby
anak dara yang dah pandai makan sendiri

Happy Birthday To My Lovely Mum

Assalamualaikum....

Baru berkesempatan nak update blog. Anak dara tgh tido. Blh la mama mengadap laptop. Kalau zara x tido mesti dia kacau ina. Taik tangan ina ajak duduk kat bawah. Main tab dgn dia. huhuhuhu..... Ok la. Nak mula bercerita dah nie. Hari isnin lps ina blk Muar. Mak ckp nak buat pulut kuning sbb hari selasa (25 Februari 2014 ) hari jadi mak yg ke 54 thn. So kami sekeluarga pun blk lps hubby abis mengajar mlm isnin tu. Pukul 10 lebih jgk la kita org bertolak. Sampai Muar dlm pukul 1.30 pagi lebih kurang. 
Soto Ayam
Esoknya, hari selasa mak masak sedap utk makan tgh hari. Ina cuma tlg mak kt dapur. tlg mana yg patut. hihihi..... Tgh hari tu kita org makan soto ayam. Mula mak nak buat mee kari. Ina ckp x nak makan lemak2. So buat la soto. Mak kalau buat soto mmg sedap. Mak guna perencah soto Mak Pon. Perencah soto keluaran Mak Pon mmg sedap. Perencah mee bandung pun sedap. Makan soto nie kalau letak sambal kicap mmg sedap. Bertambah2 ina makan. Anak dara ina pun makan byk. Tapi x de la letak sambal kicap.
Sup utk dimakan dgn soto ayam
Pulut kuning bersama ayam bakar & sambal ikan bilis
Ptg makan pulut kuning pulak. Katanya x nak kek. Mak buat pulut kuning. Makan dgn ayam bakar & sambal ikan bilis. Fuhhhhh, mmg sedap. Dah lama x makan pulut kuning. Ayam bakar pun bakar dlm pemanggang ajaib. Senang & mudah. Ada agar2 jgk. Lagi pun mak dah niat kalau mak sihat mak nak masak pulut kuning. Mak ina dah lama x sihat. Dari tahun lepas. Mak kata badan mak mcm lemah2. Lps tu kaki sakit. Selera makan pun x de sangat. Berat badan mak pun turun banyak. Mak ada jgk minta air. Alhamdulillah, ada kurang. Mak pun pakai stokin Vken utk sakit2 kaki @ sendi. Alhamdulillah, dengan izin dariNYA, kaki mak dah x berapa sakit sgt. Tapi mak masih solat dgn duduk atas kerusi sbb belakang pelipat kat lutut tu masih sakit lg. Apa2 pun mak dah semakin sihat berbanding thn lepas. Alhamdulillah. Semoga mak dipanjangkan umur, diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan.  AMIN


Sunday, 23 February 2014

Ikan Tongkol Masak Singgang Untuk Lunch Zara

Assalamualaikum.....

Hari nie ina buatkan zara ikan tongkol masak singgang untuk lunch & dinner anak dara ina. Senang & simple. Alhamdulillah, habis zara makan dengan nasi. Semalam dah makan western so hari nie makan nasi plak ya zara. Bahan2 pun mmg dah ada. Jom kita tgk bahan yg ina guna untuk masak singgang.

BAHAN-BAHANNYA:
Seketul ikan tongkol
Carrot
Celery
Bawang Besar
Kunyit Hidup (diketuk)
Serai (diketuk)
Air

CARA-CARANYA:
Mula2 masukkan air ke dalam periuk. Agak2 la ya airnya. Kemudian masukkan kunyit & serai. Lepas tu masukkan celery & carrot. Masukkan pula ikan & bawang. Masak sehingga ikan masak. Ina x letak garam sbb celery dah menghasilkan rasa masin semulajadi. Ok, siap untuk dihidang. 

Zara Dah 1 Tahun & 7 bulan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, hari nie 23 Februari 2014, Afeeya Puteri Noor Zara dh pun berumur 1 tahun 7 bulan. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Sekejap je anak dara ina dah besar. Apa2 pun alhamdulillah sbb zara membesar dgn baik & sihat. Bila dah semakin besar nie, banyak akalnya. Ada saja perkara yg dibuatnya. Kadang2 perkara yg kita larang tu la yg zara buat. huhuhuhu.... Sampai kena marah dgn ina pun ada. Tp marah2 sayang. Ok la, byk perkembangan zara skrg nie. Jom kita tgk perkembangan anak dara ina.
 - Zara dah blh berjalan dgn laju. Tapi kdg2 tu terjatuh jgk. 
- Zara dah pandai berlari. Mmg nk gelak kalau tgk dia berlari sbb kelakar. hihihi
- Zara dah pandai bercakap sikit2. Cthnya mcm daddy, bird, lampu, sakit, sejuk, kakak, dog, goat, fish, baby, air. (mama mmg zara dh lama pandai sebut)
- Zara dh pandai makan sendiri walaupun ada yg tumpah.
- Zara dah pandai ikut arahan. Cthnya kalau ina suruh amik penyapu & pengaut sampah, zara akan ke dapur & amik apa yg ina minta.
- Zara dah pandai amik pampers sendiri lps mandi.
- Zara dah pandai angkat tangan bila suruh baca doa makan.
- Zara dah pandai buat flying kiss.
- Zara dah pandai merajuk. Siap tutup mata dgn tangan kalau merajuk.
- Zara dah pandai buat chu cak kalau mama @ daddy marah. Nak amik hati mama & daddy. Terus x jadi marah. Good girl.
Zara dah pandai salam. Yg nie sejak zara umur setahun sebulan.
- Zara mmg dah pandai menari kalau dgr lagu. Yg nie sejak zara 6 ke 7 bln mcm tu. 
- Kalau nak apa2, zara akan tarik tangan mama @ daddy.
Alhamdulillah, bersyukur sangat2 sbb zara membesar dgn sempurna. Semoga zara menjadi anak yg solehah, beriman & bertaqwa pada Allah s.w.t,  taat pada ibubapa, berjaya di dunia & akhirat, serta menjadi anak yg bijak pandai & petah berkata2. Mama & daddy sayang zara sangat2. Zara adalah amanah yg telah Allah berikan utk mama & daddy. Semoga mama & daddy menjadi ibubapa yg terbaik buat zara & bakal adik2 zara. Insyaallah. Terima kasih Allah di atas anugerah yg telah Kau berikan kepadaku. 

Saturday, 22 February 2014

Mee Sup Untuk Princess Zara

Assalamualaikum.....

Dah lama x update pasal makanan zara. Ya la, skrg nie zara dah makan makanan yg ina masak utk ina & hubby. Tu yg ina x masak makanan zara. PErnah dulu hubby ckp dah lama sayang x masak makanan zara. Mmg pun masa tu ina x masak makanan zara. Masa tu bulan 12 thn lps. Ya la, dah duk travel blk kg je. Tu yg x masak. Makan la apa yg mama & daddy makan. hihihihi... So hari nie ina nak share mee sup yang ina buat utk zara. Sebenarnya ina guna spageti bkn mee kuning. Zara nie mmg suka mkn mee,bihun & western food. Tu yg buat guna spagethi. Senang je nak buat mee sup nie. Bahan pun mudah je. Jom kita tgk.

BAHAN-BAHAN:
spaghetti (dicelur dahulu)
unsalted butter
telur
carrot
brokoli
bunga kobis
bawang besar (potong dadu)
bawang putih (potong dadu)
air

CARA-CARANYA:
Tumis bawang besar & bawang putih dgn unsalted butter. Kemudian masukkan sedikit air. Masukkan pula sayur carrot, brokoli & bunga kobis. Lps tu pecahkan telur. Masak sehingga kuning telur masak sepenuhnya. Masukkan spaghetti yg telah dicelur. Kacau2 sekejap supaya sebati. Ok, dah siap. Oh ya, untuk masakan zara kdg2 ina letakkan sedikit garam. Kadang2 x letak pun. Sbbnya rasa dari sayur dah ada. (^_^).

Chocolate Cheese Tart

Assalamualaikum.....
Chocolate Cheese Tart
Chocolate Cheese Tart nie ina buat minggu lps. Ada pastri @ shell lebih lps buat strawberry custard tart. Tu yg buat chocolate cheese tart plak. Tp ina derhaka sikit buat chocolate cheese tart nie. Derhaka sbb ina x buat dgn kaedah yg betul. Sepatutnya cream cheese tu dicampur dgn telur & gula halus. Lps dh masukkan dlm pastri @ shell kena bakar dlm oven selama 5 minit.. Tp ina x buat. Ina punya kaedah senang je. Ina cuma letak esen vanilla & sedikit susu pekat manis dlm cream cheese. Ina buat mcm buat cheesekut. hahahaha... Untuk filling plak ina just cairkan coklat masak secara double boil. Lps dh cair ina masukkan dlm pastri @ shell. Lps tu baru letak cream cheese. Mmg keras la coklat tu lps dh masuk dlm peti ais. Dekat belah atas ina lorekan sedikit coklat. Mmg betul2 derhaka ina buat chocolate cheese tart nie sebenarnya. hihihihi.... X pe la. Janji sedap. Sedap sbb ada cream cheese. Ina nie mmg suka makan cream cheese. Insyaallah, lps nie cuba buat cheese tart yg betul2 punya. (^_^)
chocolate filling
chocolate cheese tart versi ina

Jalan2 Cari Makan @ Chilis 1 Utama

Assalamualaikum.....

Dah seminggu lebih pegi mkn kt Chili's Grill & Bar Restaurant 1 Utama. Hari rabu, 12 Febuari 2014. Tp br hari nie nak update. Mmg dah basi sgt cerita nie. huhuhuhu. Al kisahnya dh setahun lebih ina & hubby x makan kat Chilis. Punya la lama kan. Last pegi makan kat sana masa tgh pregnant zara. Masa tu dh hujung2 kehamilan. Teringin nak makan kat Chilis. So hubby pun bawak la makan kat Chilis. Masa tu makan burger sbb tgk burger dia yg besar & mengenakkan. Sekali amik kau. Mmg kenyang tahap gaban. Puas jgk la nak menghabiskan burger tu dgn keadaan perut yg dh besar. X abiskan sayang plak. Dah la mahal makan kat sini. Rugi kalau x abis makan. Ok la, tu cerita tahun 2012. Skrg nie nak cerita makan kat Chilis tahun 2014. hihihihi...

princess zara yg tgh makan brokoli
So nie la 1st time makan kat Chilis utk thn 2014. Dulu makan berdua, skrg bertiga. Seronok, seronok, seronok. Ina order Monterey Chicken. Hubby plak ina x ingat order apa. Senang cerita x ingat nama makanan tu. huhuhuhu.... Apa yg ina suka mkn kt Chilis nie dia punya mashed potato. Fuhhhh, mmg sedap mashed potato kat Chilis nie. Lain dari yang lain. Mesti makan tu dulu. Monterey Chicken pun sedap. Utk air kita org order juice mango. Oh ya, kalau air dh abis blh tambah lg tau. Tu yg best. Sbb kdg2 mkn mesti rasa x cukup air. Rasa x cukup air tu sbb minum air byk sgt. hihihihi..... Utk dessert plak kita org order Molten Chocolate Cake. Sebenarnya mmg dah lama teringin nak makan molten chocolate cake nie. Tp x pernah order sbb kalau makan kat Chilis nie mmg rasa kenyang yg teramat sgt. So kali nie terus order. Perghhhhh, mmg berbaloi wei order kek nie. Sbb sedap sangat2. Ada aiskrim yg ditutupi dgn coklat kt atas kek tu. Bahagian dlm kek plak ada coklat lava. Bila potong kek tu coklat lava pun meleleh keluar. Mmg sedap & terbaik la molten chocolate cake nie. Mmg puas hati. Zara pun suka mkn. Tp x de la bg bnyk kat zara. Terlalu manis utk si kecil zara. Hmmm, lps nie x tau la bila nak makan kat sini lg. Hubby siap ckp sethn sekali. hahahaha.... Ya la. Sekali makan hampir RM100 @ lebih dari RM100 jgk la habis. Mmg bankrupt la kalau selalu makan kat sini. Sekali sekala blh la. Apa2 pun mmg enjoy makan Kt Chilis. 
Yang sebelah kanan tu Monterey Chicken.  Yg sebelah kiri x tau namanya.
(
lupa plak nak snap satu1 gambar)
Molten Chocolate Cake
Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...