Friday, 14 March 2014

Anak Daraku Yang Suka Makan Jagung

Assalamualaikum....

Allahuakhbar. Hari nie dah masuk hari ke 7 pesawat MH370 hilang tanpa khabar berita. Pelbagai usaha telah dilakukan, namun masih belum menemui jawapannya. Entah apa nasib anak kapal & para penumpang. Hanya Allah sahaja yg mengetahui apa sebenarnya yg telah berlaku kepada pesawat MH370. Apa2 pun kita teruskan berdoa agar anak kapal & para penumpang berada dlm keadaan selamat di bawah lindungan Allah s.w.t. Sesungguhnya ini adalah satu ujian yg Allah berikan kepada kita. Setiap ujian & dugaan pasti ada hikmahnya. Semoga keluarga semua mangsa yg terlibat tabah menghadapinya. AMIN.....

@ Nando's AEON Jusco
Ok la, skrg nie nak cerita pasal anak dara ina. Sapa lg kalau bkn si comel zara. Zara skrg nie suka sgt mkn jagung rebus. Kalau beli jagung rebus mesti 1 tongkol abis kat dia sorang. Ina jarang beli jagung rebus. Yang blh tau zara suka mkn jagung masa beli jagung rebus kat pasar mlm. Hubby beli masa tu. Sekali bagi kat zara. Bersungguh2 zara makan. Mula2 separuh dia mkn. Lps dah habis, mintak lg separuh. So mmg setongkol jagung rebus zara makan. Sejak tu kalau pegi pasar mlm mesti beli jagung. Mmg abis zara makan. Bila tanya zara nak jagung x??? Zara pun jawab dgn ayatnya. "Nak agung". Fuhhhhh, nampak gayanya jagung rebus dah jd favourite zara la. X pe la zara. Mama pun suka tgk zara makan banyak. Alhamdulillah. 



No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...