Friday, 28 February 2014

Happy Birthday To My Lovely Mum

Assalamualaikum....

Baru berkesempatan nak update blog. Anak dara tgh tido. Blh la mama mengadap laptop. Kalau zara x tido mesti dia kacau ina. Taik tangan ina ajak duduk kat bawah. Main tab dgn dia. huhuhuhu..... Ok la. Nak mula bercerita dah nie. Hari isnin lps ina blk Muar. Mak ckp nak buat pulut kuning sbb hari selasa (25 Februari 2014 ) hari jadi mak yg ke 54 thn. So kami sekeluarga pun blk lps hubby abis mengajar mlm isnin tu. Pukul 10 lebih jgk la kita org bertolak. Sampai Muar dlm pukul 1.30 pagi lebih kurang. 
Soto Ayam
Esoknya, hari selasa mak masak sedap utk makan tgh hari. Ina cuma tlg mak kt dapur. tlg mana yg patut. hihihi..... Tgh hari tu kita org makan soto ayam. Mula mak nak buat mee kari. Ina ckp x nak makan lemak2. So buat la soto. Mak kalau buat soto mmg sedap. Mak guna perencah soto Mak Pon. Perencah soto keluaran Mak Pon mmg sedap. Perencah mee bandung pun sedap. Makan soto nie kalau letak sambal kicap mmg sedap. Bertambah2 ina makan. Anak dara ina pun makan byk. Tapi x de la letak sambal kicap.
Sup utk dimakan dgn soto ayam
Pulut kuning bersama ayam bakar & sambal ikan bilis
Ptg makan pulut kuning pulak. Katanya x nak kek. Mak buat pulut kuning. Makan dgn ayam bakar & sambal ikan bilis. Fuhhhhh, mmg sedap. Dah lama x makan pulut kuning. Ayam bakar pun bakar dlm pemanggang ajaib. Senang & mudah. Ada agar2 jgk. Lagi pun mak dah niat kalau mak sihat mak nak masak pulut kuning. Mak ina dah lama x sihat. Dari tahun lepas. Mak kata badan mak mcm lemah2. Lps tu kaki sakit. Selera makan pun x de sangat. Berat badan mak pun turun banyak. Mak ada jgk minta air. Alhamdulillah, ada kurang. Mak pun pakai stokin Vken utk sakit2 kaki @ sendi. Alhamdulillah, dengan izin dariNYA, kaki mak dah x berapa sakit sgt. Tapi mak masih solat dgn duduk atas kerusi sbb belakang pelipat kat lutut tu masih sakit lg. Apa2 pun mak dah semakin sihat berbanding thn lepas. Alhamdulillah. Semoga mak dipanjangkan umur, diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan.  AMIN


No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...