Thursday, 24 April 2014

23 April 2014 ---> Zara is 1 year 9 months

Assalamualaikum... 

Wah, lama betul x update blog. Bukan saja2 x nak update tp ada masalah dgn wifi. Ina guna hotspot wifi Green Valley Park. Beli kupon saja, tp wifi tgh problem masa tu. huhuhu.. Lps tu sibuk duk kemas rumah nak pindah. Skrg nie ina dah x duduk kat Bandar Tasik Puteri, Rawang lg. Ina dah pindah ke Batu Caves. Sbbnya husband jauh duk berulang alik nak pegi keje. Rasa x berbaloi plak duk kat rawang. Dgn kos minyak, tol & servis kereta. So ina & husband amik keputusan utk pindah rumah. Alhamdulillah, selesa sungguh duduk di rumah baru nie berbanding rumah lama. Nanti kita cerita pasal rumah ya. Hari nie nak cerita pasal anak dara ina yg semakin membesar. Alang2 tgh duduk kt rumah mak, so blh la upodate blog.
pelbagai aksi & gaya princess zara
Alhamdulillah, 23 April lps zara dah genap 1 tahun 9 bulan. Sekejap je masa berlalu. Tup2, dah 2 tahun zara nanti. So ari isnin lps pegi klinik utk check up zara. Just timbang berat je. Ukur tinggi x de plak. Masa timbang berat, berat zara naik 200g je. X byk sgt pun naik. Alhamdulillah, naik jgk walaupun sikit. So skrg berat zara dh 9.2kg. Ramai org ckp zara dh kurus. X pe la zara. Janji zara sihat, aktif & cukup makan. Zara nie kdg2 mmg kuat mkn. Tp berat x nak naik dgn jayanya. Mungkin metabolisma zara tinggi. Apa2 pun mama bersyukur sbb zara sihat & aktif. Zara skrg nie dah pandai bercakap. Dah banyak perkataan yg zara pandai sebut. Antaranya ialah monyet, tok wan, tok, acu, angah. Zara pun dah pandai buat bunyi haiwan. Kalau kita sebut nama haiwan tertentu zara akan buat bunyi haiwan tu. Cepat zara belajar. Alhamdulillah. Zara skrg dah pandai marah kalau kita marah dia. Kalau ina marah mesti dia akan cubit @ cakar muka ina. huhuhu... Mmg sakit la kalau kena cakar. Kalau dia x cubit @ cakar, dia akan tunduk je muka kalau kita marah. Senyap je masa tu. Kalau kita senyum baru dia senyum @ ketawa blk. Mcm2 kerenah zara skrg nie. Kalau dia buat kerenah yg kurang baik, hilang jgk kesabaran. Mmg jd seorg ibu nie kena kuat bersabar. Mmg pelbagai kerenah anak semasa anak sedang membesar nie. Semoga ina kuat & diberi kesabaran yg tinggi dlm melalui proses pembesaran zara. Ina rasa bahagia sangat bila lihat zara membesar dgn baik & sihat. Semoga zara menjadi anak yg cpt belajar, berjaya di dunia & akhirat, mendengar kata mama & daddy serta sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t. Amin
berselfie dgn daddy

No comments:

Post a Comment

Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...