Assalamualaikum....
aiskrim goreng |
Tadaaaaaa, akhirnya berjaya buat aiskrim goreng. Senang je nak buat aiskrim goreng nie. Selalu duk tgk kt internet je aiskrim goreng. So hari nie dah buat & makan. Mmg sedap. Sebenarnya, semlm ina buat. Tp tgh hari td baru goreng. Tujuannya supaya aiskrim tidak cepat cair. Bahan2 utk buat aiskrim goreng pun senang & x byk. Ina guna aiskrim pelangi paddle pop Walls. Yang warna warni tu. Ina buat 3 biji je. Satu utk ina, satu utk hubby & satu lg utk princess zara. Lps nie blh buat byk2. Sbb mmg sedap. Apa2 pun jom kita tgk bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHANNYA:
Aiskrim
Roti Gardenia
Minyak
CARA-CARANYA:
Ambil sekeping roti. Letakkan aiskrim ditengah2 roti. Pastikan letak betul2 di tgh2 roti supaya apabila kita menekan roti aiskrim tidak akan keluar. Lepas tu letakkan lg sekeping roti di atas aiskrim. Kemudian tekan roti dengan menggunakan gelas @ cawan di bahagian tgh roti. Tekan kuat2 ya supaya roti tercantum & tidak terbuka. Buat la seberapa byk yg anda suka. Akhir sekali simpan aiskrim di dalam peti ais semalaman. Kemudian blh la digoreng. Panaskan minyak dahulu. Lps tu goreng sehingga kekuningan. Ok, siap utk dihidang & dimakan. Mmg sedap mkn masa cuaca tgh panas skrg nie. (^_^)
aiskrim goreng pelangi paddle pop |
No comments:
Post a Comment