Friday, 21 February 2014

Zara Tertelan Biji Kurma

Assalamualaikum...

Nie kejadian hari rabu lps. Zara tertelan biji kurma. Ya Allah. Punya la ina risau. Masa tu nk mkn tgh hari. Zara nampak buah kurma kat atas meja mkn. Dia nak. So ina pun bagi la sebiji. Terus bagi gitu je kat zara tanpa buang biji. Lps tu ina pun pegi dapur nak amik pinggan. Ingatkan masa dtg lg sekali kat meja baru nak buang biji kurma. Sekali tgk zara dh abis mkn kurmanya. Siap mintak nak lg. Apa lg. Panik la ina sbb biji kurma td belum buang lg. Tgk2 dia dah abis mkn plak tu. Cari2 jgk kt dia, tp x jumpa. Mmg sah zara dh tertelan biji kurma tu. Punya la risau masa tu. X tau nak buat apa. Zara pun rileks je. X de nmpk mcm tercekik ke apa. Lepas tu zara mkn nasi pun mcm biasa. Ina dgn hubby duk risau je. Zara nie kalau mkn dia suka kunyah sekjp je. Lps tu telan. Agaknya kurma tu lembut. Tu yg dia terus telan sekali dgn biji. Kalau mkn buah anggur yg ada biji kecik pandai plak dia buang biji tu. huhuhuhu.... Zara, zara....

Ina pun terus post kat page Komuniti Ibu Mengandung. Nak minta pendapat dari ibu2 yg lain. Alhamdulillah, ada respons. Mula2 tu ada yg suruh bawak pegi klinik jumpa doktor. Sbb risaukan usus. Ya la. Biji kurma kan besar jgk. Kalau kita yg tertelan ok lg. Nie budak yg baru umur sethn setgh @ 18 bulan. Mmg risau yg teramat sgt. Hrp2 x de pa2 la. Lps tu ada la 2 org mommies nie pernah mengalami kes yg sama mcm ina. Dia org bg tau biji kurma akan keluar masa anak poo2 nanti. Cuma kena check najis masa anak poo2. Lega ina lps baca komen tu. Hrp2 biji kurma akan keluar masa zara poo2. Ptg tu zara poo2. Ina pun check najis dia. Tekan sikit. X de pun. Hubby pun check jgk. Mmg belum keluar. X pe. Tunggu lg sambil doa & tawakal. HAti ibu mana x risau. Salah ina jgk x buang biji siap2. Selalunya ina akan buang biji dulu. Tu yg hubby ingat ina dh buang biji. Alahai zara. Cuainya mama kamu nie. 

Esknya, hari khamis pagi zara poo2. Ina check lg. Hmmmmm, x de jgk. Alamak, mcm mana nie. Knpa x keluar2 lg???? Alahai, risaunya ina masa tu. X pe. Sabar2. Mungkin amik masa nak keluar. Zara pun ok je smlm. X de sakit perut ke apa. Ina pun doa jgk agar biji kurma tu keluar masa dia poo2. Alhamdulillah, akhirnya doa ina dimakbulkan. Masa zara poo2 pg td (jumaat) biji kurma tu keluar. Berdebar2 ina masa nak check kat najis dia. Byk jgk zara poo2 hari nie. Mula tekan x de. Suspens sungguh masa tu. Tekan2 lg. Haaaa, rasa mcm keras2 je. Tekan lg. Sah, mmg biji kurma lps dibelek2. Terus bg tau hubby. Hubby pun dtg kt bilik air. Mmg sah biji kurma. Alhamdulillah, akhirnya keluar jgk. Lps tu ina pun suruh hubby snap gambar. Buat kenangan & tempel kt blog ina. hahahaha. So kesimpulannya, lps nie kalau nk bg buah yg berbiji besar mmg kena buang biji dulu sebelum bg kt zara. Cukup la sekali je kejadian nie berlaku.
Tadaaaa, nie la rupa biji kurma yg zara tertelan. Besar jgk kan???

2 comments:

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...