Saturday, 1 March 2014

Simple Homemade Fish Ball

Assalamualaikum.....

Semalam ina buat homemade fish ball utk zara. Baru 1st time buat. Ina guna ikan selar. Sepatutnya guna isi ikan tenggiri @ ikan yg teksturnya lembut. Tapi saje nak try. Alhamdulillah jadi. Cuma teksturnya tu x berapa nak lembut. So lps nie kalau nak buat kena guna isi ikan tenggiri. Senang je nak buat fish ball nie sebenarnya. Kalau beli mmg byk MSG yg diletaknya. Mmg x sesuai utk zara. Ina pun mmg x pernah lg bg zara fish ball yg beli. Jom kit tgk bahan yg diperlukan.
homemade fish ball
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan selar
sedikit tepung jagung
air

CARA-CARANYA:
Mula2 rebus ikan dengan air. Rebus sehingga isi ikan lembut. Kemudian asingkan isi ikan dari tulangnya. Lepas tu hancurkan isi ikan supaya halus. Nak blend pun blh. Lepas tu letakkan sedikit tepung jagung. Gaul sehingga sebati. Ambil sedikit adunan & buat bentuk bulat2. Lemparkan fish ball yg telah dibentuk ke tepi mangkuk supaya fish ball menjdi mampat. Kemudian gaulkan dengan sedikit tepung jagung. Akhir sekali rebus dlm air yang telah mendidih. Fish ball akan terapung bila dah masak. Ok, siap. Boleh dimakan begitu sahaja atau di buat sup. Nak simpan dlm freezer pun blh. Nak guna baru rebus. 
dah siap rebus

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...