Assalamualaikum....
Nie cerita mlm td. Semlm ikut hubby pegi kelas. Bosan duk kat rumah. Kononnya. Padahal kat rumah byk baju yg belum berlipat. Punya la malas nak lipat baju. huhuhuhu..... Kita org keluar pukul 3 ptg. Hubby ada kelas kt Keramat. Apa lg. Ina & zara pun pegi la Aeon @ Jusco AU2. Mmg nie la port kita org kalau ikut hubby @ daddy pegi kelas. Duk la kat sini dlm 1 jam setgh @ 2 jam. Ingat lama ke 2 jam tu. Mcm2 blh buat. Selalunya teman zara main kereta muzik la, main kereta control la & mcm2 lg. Lps dah puas main baru la mama window shopping plak. Nama je window shopping, tp ada jgk brg yg dibelinya. hihihihi.... Dlm pukul 5.30 ptg hubby amik ina & zara. Lps tu hubby ada kelas lg kat Damansara. Sekali jalan jam teruk. Punya la rasa penat duk kat dlm kereta. Akhirnya terpaksa hubby cancel kelas tu sbb dah lambat sangat. Mlm hubby ada kelas kt Putrajaya. Rumah auntie Norizan merangkap mak angkat hubby. Nie la kelas hubby yg paling jauh. So sebelum tu, kita org dinner kat Al Raudah Arabian Food. Restoran nie dekat Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Hubby kata nak mkn nasi arab. Dulu kita org pernah sekali mkn kat sini. Masa tu thn 2011. Zara pun belum ada lg. Baru kahwin masa tu. Punya la lama x dtg sini.
Alhamdulillah, nasi arab dia mmg sedap. Masa ina pegi i-City bulan lps ada jgk mkn nasi arab kat sana. Tp x sedap. So nie la nasi arab yg ina rasa sedap setakat nie. Hubby pun ckp sedap. Ina order Royal Arabian. Hubby plak order Roasted Chicken. Harga Royal Arabian RM13.90 & harga Roasted Chicken RM12.90. Air ina order ice lemon tea. Hubby order air sour soup. Masa mkn nasi arab tu mmg terasa kelembutan nasinya. Ayam dia pun lembut & sedap. Zara pun mkn byk jgk. Suasana kt restoran nie pun selesa & bersih. Masa ina sampai cuma ada seorg dewasa bersama anak2nya. X ramai org lagi. Sekali masa tgh mkn ramai jgk la pelanggan yg dtg. ina cuma snap gambar nasi je. Terlupa nak snap gambar kedai. X pe. Lps nie kalau rasa nak mkn nasi arab lg blh dtg sini lg. Blh snap gambar byk2. hihihi... Kt bawah ina ada sediakan sekali alamat yg ina google dari internet. So sesiapa yg nak mkn nasi arab sedap, blh la dtg ke restoran nie. Mmg rugi x cuba. (^_^)
Royal Arabian (bwh roti arab tu ada nasi) |
Roasted Chicken
Al Raudah Arabian Food
No 31 Jalan BPP 8/1, Pusat Bandar Putra Permai,
Seri Kembangan, Selangor.
|
No comments:
Post a Comment