saya dh setahun mama |
Assalamualaikum & Selamat Malam..
Baby zara tgh asyik bermain. So blh la ina update blog sikit. Nak citer pasal check up baby zara masa cukup setahun hari tu. Baby zara check up setahun 24 Julai. 2013. sehari slps tarikh lahir baby zara. Check up kali nie mmg awal kita org pegi. Pukul 8 pagi dh sampai kt klinik. Nurse pun belum mula buat keje. Sebenarnya pegi awal sbb baby zara kena inject MMR masa check up setahun. So biar la pagi2 baby zara kena inject. Blk dari klinik blh sambung tido blk. Masa sampai kt klinik, kt bahagian ibu & anak x ramai org lg. Ina org ke 4. Lega rasanya. Malas nk tunggu lama2.
apa la yg zara x puas hati tu sampai berkerut dahi... |
Sebenarnya berdebar jgk check up baby zara kali nie. Ya la. Baby zara kena inject. Last baby zara kena inject masa umur 6 bln. Sekarang baby zara dh setahun. Tunggu punya tunggu akhirnya sampai giliran kami. Masuk je bilik check up mcm biasa la. Buka baju & seluar baby zara. Mula2 timbang berat. Berat baby zara naik sikit. Dari 7.79kg ke 7.9kg. Alhamdulillah, naik jgk walaupun sikit. Tp ina ingat berat baby zara dh lebih 8kg. Sekali x sampai 8kg lagi. X apa la zara. Janji zara sihat. Masa timbang baby zara mmg x duk diam. Baby zara x suka baring kt atas penimbang tu. Lps timbang nurse ukur tinggi plak. Ina terlupa berapa tinggi baby zara. Buku check up kt dlm kereta plak. Kemudian ukur lilitan kepala baby zara. Lps dh siap semuanya, ina try letak baby zara kt atas penimbang digital. Timbang guna penimbang digital, berat baby zara 8kg. Hmmmm, x tau la yg mana betul. huhuhu....
dah besar anak dara mama & daddy... |
Kemudian masuk bilik dpn (bilik utk inject). Risaunya ina masa nie. Dlm kepala duk fikir mcm mana keadaan baby zara nk kena inject. Inject kali nie kt lengan. So ina bg tangan kiri zbaby zara utk inject. Nurse suruh pegang tangan baby zara dn kuat. Dh la baby zara x nk baring. Ina pun dgn sekuat hati pegang tanagan baby zara. Bukan apa, takut baby zara byk bergerak. Bahaya kalau baby bergerak. Takut jarum patah masa kena inject. Nasib baik hubby ada. So hubby pun pegang baby zara sekali. Mula2 tu baby zara bergerak2 la jgk nk lepaskan diri. Terus ina pegang kuat2 tangan baby zara. Masa kena inject, baby zara m'jerit & menangis sekejap. Terkejut kot. Lps dh siap inject terus senyap. Alhamdulillah, baby zara x meragam. Ingatkan lps check up nk pegi klinik gigi. Nk check gigi baby zara. Kan baby zara dh tumbuh gigi. So kena check gigi. Tp takut baby zara meragam plak masa tu sbb br lps inject. So kita org terus blk rumah. Tp sebelum tu singgah kt tempat keje ina yg dulu. Hntr cookies. Oh ya, ina ada buat cookies utk raya. Nanti ina citer ya. Ingatkan dh sampai kt rumah baby zara nk sambung tido. Ya la, selalunya baby zara bgn tido pukul 11pg. Sekali baby zara x tido pun. Sibuk main. Dh ptg dlm pukul 2 lebih br baby zara tido. Alhamdulillah, baby zara x demam lps inject MMR. So lps nie check up 3 bln sekali. Next check up 14 Oktober 2013.
buah hati mama & daddy... |
No comments:
Post a Comment