Usianya baru menjangkau 17 tahun, namun bakat luar biasa dimiliki
pelajar, Syed Muhammad Syed Abdullah mengagumkan berikutan mampu
menembusi perisian syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Apple
menerusi lima aplikasi dihasilkan untuk iPhone dan satu permainan
ciptaannya diiktiraf terbaik dunia. Ekoran bakat luar biasa itu, dia yang mesra disapa Habib Al-Attas
menerima ‘panggilan mengejut’ daripada syarikat Apple di Amerika
Syarikat tiga hari lalu untuk dipastikan mengenai aplikasi terbabit
sesudah permainan ciptaannya menarik perhatian pengguna iPhone di 30
negara. Selain pengguna di Amerika Syarikat, pengguna iPhone negara lain
yang tertarik dengan permainan ciptaannya termasuk dari United Kingdom,
Perancis, China, Russia, Itali, Jepun, India, Jerman, Greece dan
Thailand. Ketika ditemui di rumahnya, di Ukay Perdana, di sini,
Habib berkata, sejak dimuat naik permainan, Crazy Ball di iPhone pada
14 Januari lalu, aplikasi itu menerima sambutan ‘panas’ sebelum
diiktiraf tiga terbaik dalam dunia. Dia yang digelar ‘Steve Jobs Malaysia’ dalam kalangan
rakan-rakannya berkata, permainan itu menerima 900 muat naik pada hari
pertama dan memecah monopoli penghasilan aplikasi dunia lain.
No comments:
Post a Comment