Sunday, 6 January 2013

KENANGAN LALU : DETIK-DETIK KELAHIRAN PUTERI ZARA

AFEEYA PUTERI NOOR ZARA
Alhamdulillah, hari nie baby zara dh b'usia 5 bln 2 minggu. Sekejap je masa b'lalu. Dh besar rupanya baby zara. Masih segar dlm ingatan ina detik2 kelahiran baby zara. So entry kali nie ina nk cerita pengalaman melahirkan puteri zara. Walaupun dh bbrp bln b'lalu, tp masih terasa lg saat2 yg penuh b'makna & b'harga utk ina. Beginilah kisahnya. Mengikut kiraan tarikh period, ina dijangka melahirkan baby zara pd 22 Julai 2012. So awal bln 7 hubby dh hntr ina blk umah family kt muar. Ina blk awal sbb takut b'salin awal ke. Mana la tau kan. Perkara yg x dijangka. Lg pun nie kandungan p'tama ina. So mmg x de experience langsung. Bila dh blk umah family mmg la best. Sbb ada org blh tgk2 kn ina. Kalau duk kt rawang, ina duk sorg2 sbb hubby sibuk dgn kelas tuisyen dia. Kalau korang nk tau masa pregnant ina selalu ckp dgn baby suruh lahir masa bln Ramadhan. Ina nk sgt baby lahir dlm bln Ramadhan, bln yg penuh keberkatan. So 21/7/2012 ( Sabtu), umat Islam menyambut 1 Ramadhan. Jd ari jumaat mlm tu ina & family pegi solat terawih utk mlm p'tama. Semput jgk la masa solat tu. Alhamdulillah, ina dpt buat 20 rakaat. Esknya, ari pertama umat Islam b'puasa. Ptg tu ina sempat lg pegi bazar ramadhan kt Sg Abong, Muar dgn hubby & adik. Siap tawaf 1 bazar. Hubby masa tu dh risau takut ina sakit masa kt bazar. Tp ina rileks je. Cuma x blh jln laju2. Ina beli la ape yg ina nk mkn. Ya la, lps b'salin nti x blh dh mkn mcm2 sbb b'pantang. huhuhu. Blk dr bazar buat cocktail sbb teringin nk mkn cocktail. Fuhhh, mmg mengah lps b'buka puasa. Almaklum la, perut dh sendat dgn baby. Lps tu g mkn byk2. Lg la rasa sendat perut ina. Lps b'buka puasa ina pegi solat terawih kt masjid. Tp terawih mlm ke 2 ina buat 8 rakaat je sbb mmg rasa dh x larat sgt. Esoknya, 22/7/2012 (Ahad), kesihatan ina mcm biasa je. X de tanda2 nk b'salin mcm air ketuban pecah ke atau keluar darah. Ina pun duk la tunggu kot2 ada tanda2 nk b'salin. Tp x de jgk. Ptg tu ina pegi lg bazar ramadhan. Kali nie kt Dewan Jubli Intan, Muar plak. Nk tawaf bazar ramadhan lg. Org ckp kalau byk b'jln blh cepatkan bukaan. Masa b'buka puasa ina rasa pinggang ina sakit. Tp x lama. Perut pun ada jgk rasa sakit. Tp x konsisten. Skjp je sakit, lps tu dh x sakit dh. Ina x pegi solat terawih pun mlm tu. Rasa mmg dh x larat sgt2 ditmbh dgn sakit pinggang. 

Esknya, 23/7/2012 (Isnin) ina pegi check up mcm biasa kt poliklinik Muar dgn hubby. Jumpa la nurse mcm biasa. Masa check up nurse bg tau kena jumpa doc lps nie sbb ina dh overdue 1 ari. Kena la tunggu lg utk jumpa doc plak. B'debar2 plak nk jumpa doc. Ya la, kandungan ina dh overdue. Masa doc check, doc scan kandungan ina. Doc bg tau air ketuban dh kurang. Alamak!!!!! Ina pun x tau mcm mane air ketuban kurang. X perasan pun bila masa air ketuban keluar. Doc suruh refer hospital terus. Lps doc dh buat surat semua ina kena tunggu ambulans utk pegi Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Ingatkan kena pegi sendiri sbb hospital kt sebelah poliklinik je pun. Dgn hubby skali naik ambulans. Mmg kelakar. Nie la 1st time ina naik ambulans. Ada sorg nurse yg temankan ina masa tu. Bila dh smpai kt hospital lg la rasa kelakar. Ambulans kn parking kt kwsn kecemasan. Sekali pesakit yg turun blh b'jln lg. Org pun tgk je masa tu. Nurse pun siap amik wheel chair utk ina. Hubby yg tolak ina masa tu. Ina dgn hubby terus pegi Labour Room. Smpai kt sana nurse yg teman ina buatkan semuanya. Ya la, keje dia org kn. Ina kena buat saringan dulu utk check segala2nya. Ramai jgk la pesakit duk tunggu utk check up. Dh la ina puasa lg masa tu. Rasa mcm dh x larat masa tu. Ina pun x t'fikir nk buka puasa. Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai giliran ina. B'debar2 jantungku. Dup dap dup dap. Sebelum tu ina kena tukar baju dulu. Warna pink utk ibu2 mengandung & b'salin. Lps dh siap tukar semuanye, ina pun baring la kt katil yg t'sergam indah tu. Indah ke??? X lama lps tu ada sorg nurse dtg check tekanan darah. Kemudian pasang sejenis alat yang yg dipanggil CTG atau nama penuhnya Cardiotocography di perut ina bagi mengesan kadar degupan jantung baby dan juga contraction. Lps tu doc perempuan dtg utk check ina. Muda lg doc tu. Dia seluk kt bwh utk check bukaan rahim. Blh tahan sakit jgk la masa doc tu check. Doc bg tau dh ada bukaan 3cm. Biar betul. Ina x ada rasa contraction pun sebelum tu. Kalau rasa perut mengeras ada la. Tp org bg tau tu pun slh satu tanda2 nk b'salin. X lama lps tu dtg plak sorg doc senior. Doc tu tanya kt doc muda keadaan ina. Doc muda bg tau dh ada bukaan 3cm. Blh plak doc senior tu x p'caya. Dia pun seluk la kt bwh lg. Lg sekali ina menahan. Sebelum tu nurse ada bg tau suruh tarik nafas & tahan masa doc seluk. Doc senior nie siap bukakkan jln lg. Fuhhhh, mmg sakit la masa tu. Tahan je la. Lps dh siap semuanya, doc bg tau ina kena duk kt dlm labour room. Alamak, ingatkan kena hntr kt wad dulu. Blh buka puasa dulu. Puasa pun dh t'batal sbnrnya. Dh la perut kelaparan. Masa tu dh pukul 2 ptg. Sebelum tu ina jumpa hubby dulu yg tgh tunggu ina kt kaunter. Ina bg tau ina dh kena masuk labour room. Kesian kt hubby tunggu ina lama. Nasib baik hubby ada. Kalau ikutkan hubby dh nk blk rawang pg tu. Tp dia ubah fikiran utk teman ina check up. Skali terus x jd blk.

Dlm pukul 2.30 ptg ina pun check in kt labour room. Lps tu nurse masukkan air kt tgn ina. Sakitnya masa nurse cucuk utk masukkan jarum. Nurse pun pasang CTG lg. X lama kemudian ada sorg doc lelaki dtg. Dia ckp nk pecahkan air ketuban. Hahhhhh, doc lelaki??? Alamak, malunya. Tp nk buat mcm mana. X kn nk ckp sy nk doc perempuan. huhuhu. Ina pun buat slumber je la. Dlm hati mmg malu pun. Doc tu siap bukakkan jln lg. huhuhu. Lps tu tgn ina yg lg sebelah pun kena cucuk jgk utk masukkan ubat. Ubat tu utk cptkan bukaan jln. Kt dlm labour room ada sorg nurse praktikal yg temankan ina. Nurse tu la yg duk gosok2 perut ina supaya baby b'gerak. Tp sekjp je baby gerak. Lps tu tido blk. hahaha. Agaknya baby x mau keluar lg. X lama lps tu ada sorg doc dtg. Rasanya ketua doc kot. Dia belek2 file ina & bg tau insyaallah dlm kul 9.30 mlm ina b'salin. Mmg lama lg. Ina pun suruh la nurse panggil hubby utk teman ina. Hubby blh masuk dlm labour room sbb hubby dgn ina ada pegi rakan suami sebelum b'salin. Kt hospital Muar suami blh teman isteri kalau pegi kursus rakan suami. Masa tu dh rasa sakit sikit2. Tp masih blh borak2 dgn hubby. Br ina tau mcm mana sakit b'salin. Asal rasa contraction je ina genggam tgn hubby kuat2 sambil baca ayat Qursi & b'zikir. Makin lama, makin kuat rasa sakit tu. Siap ckp dgn hubby x nk pregnant lg. Blh mcm tu. Hubby ckp jgn ckp mcm tu. X baik. Ina pun ckp blk kt hubby x nk pregnant lg. Tunggu 2 thn lg utk pregant blk. Lps maghrib ina dh rasa contraction yg kuat. Tp tahan je la sambil2 baca ayat Qursi. Nurse siap ckp akak nie sy tgk mcm x sakit je. Rileks je muka.Ina pun jwb la, x kan nk m'jerit plak dik. Kena la tahan sakit. Hubby masuk blk lps dh solat maghrib. Ina rasa mcm nk teran je masa tu. Mlm tu doc india yg monitor ina. Doc tu tanye awk rasa mcm nk berak ke? Ina ckp ya. Awk teran mcm nk berak ya. Dia pun ajar cara2 nk meneran. Ina pun teran la mcm yg dia ajar tu. Tp x lps jgk. Doc bg tau belum lg. Doc suruh ina mengiring kiri sambil meneran supaya baby turun bwh. Yg ina nie plak mmg rasa mcm nk t'berak. Teran je la. Hubby masih teman ina masa tu. Rileks je hubby masa tu. Hubby cium ina. Rasa sebak jgk bila hubby cium. X lama lps tu ina mmg rasa nk meneran betul2. Lama jgk la proses meneran tu sampai ina dh x de tenaga. Dh la ina x mkn ape2 dr pg. Mlm tu ina org yg t'akhir b'salin. Jd semua doc tumpu kt ina. Bila ina teran x lps mcm dh jd kes plak. Nurse dh suruh hubby keluar. Ina plak dh kena gantung kaki. Skali lg doc suruh ina teran. Ina pun x tau kali ke brp dh ina teran. Ada sorg nurse titiskan air kt mulut ina sbb tekak ina mmg dh kering sgt2. Masa tu kepala baby dh nmpk. Doc bg tau kalau ina x blh teran lg doc guna cara lain. Bila dgr doc ckp mcm tu ina pun dgn sekuat hati teran.

Alhamdulillah, akhirnya baby ina selamat dilahirkan pd pukul 10.26 mlm 23 Julai 2012 (Isnin) b'samaan 3 Ramadhan 1433H. Berat baby zara 3.5kg. Semangat jgk baby zara rupanya. Lps tu doc letak baby ina kt atas dada ina. Hilang sgla kesakitan. Lega rasanya bila baby dh slmt dilahirkan. Tp ina x sempat nk tgk baby masa tu sbb ina dlm keadaan mamai + keletihan. Mata ina t'pejam masa tu. Ina hanya sempat pegang tgn baby. Nurse terus bwk baby keluar utk sedut mulut baby nk keluarkan sisa2 air ketuban sbb baby belum menangis lg  Ina rasa t'kilan jgk la sbb x sempat tgk muka baby. Lps tu ina pun kena la jahit kt bawah tu. Sebelum tu masih ada bleeding lg. Doc pun tunggu la sampai abis bleeding. Doc bg tau jahit yg kt luar mmg sakit. Kalau awak nk m'jerit, awk jerit je. Tp kalau awk x nk jerit awk gigit selimut. Ina pun apa lg mmg terus tarik kain selimut letak kt mulut. Setiap kali jarum ditusuk ina gigit kain kuat2 sambil m'jerit p'lahan. Mmg sakit oooo. Lps dh siap semuanya, nurse bg air milo & air suam utk ina minum sbb ina dh kehilangan darah yg byk & utk bg tenaga blk. Ina hanya minum air suam sampai abis. Air milo tu separuh je ina minum tp nurse suruh abiskan. Pukul 1 pg br ina di hntr kt wad. Masa keluar dr labour room tu tgk mak, abah & adik tgh tunggu. Tp hubby je yg blh masuk kt wad. So family ina pun blk. Lps dh sampai kt wad, hubby pun buatkan ina air milo. Ina pun mkn la biskut yg mmg ina dh sediakan utk duk kt wad. Mlm tu baby x tido dgn ina. Nurse tlg jaga. Ina pun tido dgn nyenyak smpai ke pg. Fuhhhhh, siap jgk ina menaip. Mmg panjang b'jela cerita kali nie. Apa2 pun ina b'syukur pd Allah sbb ina dpt lahirkan baby secara normal & semuanya selamat. Br ina tau pengorbanan seorg ibu. Mmg besar sgt2. Ibarat nyawa di hujung tanduk ketika melahirkan baby. B'tarung nyawa utk melahirkan zuriat. Jd hargailah ibu kita selagi nyawa dikandung badan. Smga ina dpt m'jd anak yg baik utk kedua ibubapa ina. Smga zara m'jd anak yg baik & solehah. AMIN.

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...