♥اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم♥
Alhamdulillah, hari nie Khamis, 24 Januari 2013 bersamaan 12 RabiulAwal 1434H umat Islam di seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul. Maulidur Rasul disambut sempena kelahiran Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada pada Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Alla s.w.t. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Untuk pengetahuan semua, tema Maulidur Rasul Tahun 2013 ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' selaras dengan tema Maal Hijrah 1434. Pemilihan tema kali ini bertepatan dengan usaha kerajaan mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori Nabi Muhammad SAW yang menjadikan masyarakat Madinah contoh terbaik. Pendekatan ini diharapkan akan terus wujud dalam jiwa rakyat bagi menyuburkan keharmonian hidup dan melonjakkan prestasi negara menuju ke tahap lebih cemerlang. "Wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh di mata dunia.
Setiap tahun pada hari maulidur rasul, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
No comments:
Post a Comment