Rambut gugur slps b'salin??? Itu la yg ina alami skrg. Rambut ina mula gugur masa baby zara 4 bln. Menurut kata org2 tua, bila baby dh mula menyembur @ main buih kt mulut, rambut ibu akan gugur. Ina ingat tu sekadar mitos. Tp mmg betul ckp org2 tua. bila baby zara dh mula menyembur, rambut ina pun mula gugur. Kalau sikit x pe jgk. Nie byk. Bila sikat rambut lps mandi mesti byk rambut yg gugur. Risau plak ina tgk. Ina pun potong la rambut bg pendek sikit. Tp x de la pendek sgt. Skrg nie pun masih gugur lg. Rasa mcm dh nipis rambut ina. huhuhu.. So ina pun google la kt internet utk cari punca rambut gugur slps b'salin. So nie yg ina dpt dr laman web http://pama.karangkraf.com/ . Jom kita baca.
9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
Makanan Mencegah Keguguran Rambut
1. Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.
2. Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.
3. Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.
4. Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.
5. Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.
6. Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.
7. Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.
8. Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.
9. Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

No comments:
Post a Comment