Tuesday, 25 June 2013

Yogurt & Kurma


Yogurt & Kurma
Tadaaaa.... Nie dessert baru baby zara. Yogurt campur kurma. Yogurt nie ina beli minggu lps. Yogurt brand Farm Fresh. Yogurt yg ina beli nie natural yogurt (plain) & sesuai utk baby sbb yogurt nie 100% fresh milk. Selain tu ia juga mengandungi probiotic & high calcium. Yg penting yogurt nie no preservative. Kebykkan yogurt yg dijual di pasar raya semuanya low fat & mengandungi pelbagai bahan campuran. So baby mmg x sesuai dgn yogurt yg low fat sbb dia org memerlukan lemak yg lebih dlm perkembangan tumbesaran. Jadi inilah yogurt yg mmg sesuai utk baby. Masa mula2 bg baby zara mkn mmg dia suka sbb sejuk. Lps tu dh x nk mkn sgt. Mungkin masam kot walaupun ina dh campur kurma. X pe lps nie kena try bg lg. Kena pelbagaikan resepi yogurt nie. Mr. Google kan ada. Segalanya di hujung jari. (^_^)

Natural Yogurt Farm Fresh
Apa itu Probiotik???
Probiotik adalah di kalangan bertrilion organisma mikrob hidup yang hadir secara semulajadi dalam badan anda. Juga dikenali sebagai bakteria "mesra" atau "baik". Probiotik membantu mengekalkan kesihatan usus dengan menggalakkan fungsi pencernaan dan penyerapan nutrien, serta fungsi tetap usus dan kesihatan. Ia adalah komponen utama sistem pertahanan imun badan. Sebanyak 80% tisu imun badan tinggal dalam usus dan secara langsung dipengaruhi oleh bakteria probiotik. Di samping menghalang pertumbuhan bakteria lain, bakteria baik ini melekat pada dinding usus, mengurangkan ketersediaan bakteria jahat untuk mengambil kediaman di sepanjang dinding. Fungsi probiotik adalah utk menyokong fungsi penghadaman yang sihat, menggalakkan kesihatan sistem imun, membantu mengekalkan tahap bakteria baik dalam usus, & menggalakkan fungsi usus yang normal dan sihat. 


No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...