Friday, 15 February 2013

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG MENANGIS

Baginda Rasullah S.A.W. bersabda:
Janganlah kamu memukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis dalam masa setahun kerana empat bulan pertama kelahirannya ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLAALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ibubapanya. (H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a.)

Baginda Rasullah S.A.W. menjelaskan tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhannya dan empat bulan kedua pula ia membaca selawat kepada Nabinya dan empat bulan seterusnya ia memohon istigfar untuk kedua ibubapanya.

Baginda Rasullah S.A.W. bersabda:
Anak-anak sebelum ia baligh, maka apa-apa yang diperbuatnya daripada kebajikan maka dituliskan untuknya dan kedua ibubapanya. Dan apa yang diperbuatnya daripada kejahatan maka tiadalah ditulis untuknya dan tiada pula ditulis untuk kedua ibubapanya. Apabila ia telah baligh, maka berlakulah apa yang ditulis itu atasnya iaitu segala amal baik atau buruknya. (H.R. Imam Anas bin Malik r.a.)

No comments:

Post a Comment

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...