|
ALLAHYARHAM AHMAD ADAM SYUKRI |
Hari nie genap 2 minggu pemergian arwah baby Adam menemui Ilahi. Masih terasa lg di atas pemergiannya. Walaupun x pernah b'jumpa dgn arwah, tetapi sbg seorg ibu ina turut merasai kesedihan yg dilalui oleh ibu arwah baby Adam. Mmg sedih sgt2. Insan yg dikandung selama 9 bulan, di bawa ke sana ke mari ketika dlm kandungan akhirnya pergi jua setelah 11 bulan b'tarung nyawa utk hidup. Apakan daya, sbg manusia kita hanya merancang Allah yg menentukan segalanya. Allah lebih menyayangi arwah baby Adam. Ina mengikuti kisah arwah baby Adam sejak thn lps di fb. Mmg sayu sgt tgk gambar arwah baby Adam ketika itu. Dari susuk badan yg sihat m'jd kurus akibat penyakit yg dialaminya. Namun kuasa Allah mengatasi segala2nya. Slps m'dpt rawatan di HKL arwah baby Adam semakin sihat. Byk perkembangan positif yg ditunjukkan. Badan yg dulunya kurus telah kembali berisi & wajahnya juga sangat la comel. Seronok sgt tgk p'ubahan arwah baby Adam. Rasa mcm satu keajaiban tlh b'laku. Tp semua itu hanya sementara. Tanggal 7 February 2013 (khamis), arwah baby Adam tlh m'hembus nafas t'akhir. Masa itu ina t'gerak hati utk buka page arwah baby Adam. Bila ina buka, ramai yg ucap takziah. Baru ina tau arwah baby Adam tlh meninggalkan kita semua. Terus ina menangis masa tu. Terasa sedih yg t'amat sgt. Sebelum tu, ina ada baca ibu arwah baby Adam post mengatakan arwah baby Adam demam & mengalami jangkitan kuman pd paru2 yg begitu teruk. Hati ini hanya mampu b'doa agar arwah baby Adam selamat. Tp Allah lebih mengetahui segala2nya. Arwah baby Adam pergi jua. Utk yg tidak mengetahui tentang penyakit arwah baby Adam, ina ada sediakan sekali di sini.
|
PERKEMBANGAN POSITIF DI ATAS KEKUASAAN ALLAH |
|
KASIH SEORANG IBU BUAT ANAKNYA |
AHMAD ADAM SYUKRI dilahirkan pada 04 / 03 / 2012. Lahir secara vacuum pada 04-03-2012 dan sewaktu kelahirannya Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scan MRI menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan mengalami injured, telinga kanan tidak dapat mendengar kerana kerosakan. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak.
Mmg sedih bila baca tentang penyakit arwah baby Adam. Kini semua penderitaan arwah baby Adam telah berakhir. Arwah baby Adam sedang hidup bahagia & tenang di syurga spt mana yg tlh Allah janjikan buatnya. Semoga ibubapa arwah baby Adam tabah & sabar m'hadapi dugaan dari Allah. Sesungguhnya arwah baby Adam sedang menanti kedua ibubapanya di pintu syurga. Setiap kali ina tgk gambar arwah baby Adam, pasti air mata turut mengalir. Terasa sgt2 kehilangannya. Beginilah naluri seorg ibu. Yg belum m'jd ibu pun ina rasa pasti turut merasainya. Berat mata memandang, berat lg bahu yg memikulnya. Sesungguhnya, arwah baby Adam sentiasa dlm kenangan kita semua. AL FATIHAH....
|
SYURGA TEMPATMU SAYANG. DAMAILAH KAMU DI SANA
|
No comments:
Post a Comment