Assalamualaikum.....
Memandangkan baby zara tgh diulit mimpi lg, blh la ina update blog lg. Bulan nie rasa mcm malas je nk update blog. X de mood. Nie pun gagahkan diri jgk. Kita masih lg dlm bulan Syawal, tp ina & zara x beraya ke mana sgt. Ahad lps pegi umah sepupu hubby. Lps tu hari sabtu baru nie pegi umah sepupu ina kt Klang. Hari ahad semalam x ke mana. Teringat masa ina bujang dulu. Masa tu duduk kt Muar dgn family. Keje pun kt sana. Setiap hari masa bulan syawal ada je open house. Yg buat open house ofismate. Termasuk la ina. So setiap hari waktu rehat je ina akan pegi open house ofismate ina. Mmg sebulan tu x pyh keluar duit utk lunch. hihihi... Pernah sekali tu sampai dh abis syawal pun ada yg buat open house lg sbb x cukup hari utk buat open house. Sampai mcm tu seklali. Biasanya kita org buat open house hari bekerja sbb kwn2 dpt dtg. Kalau hujung minggu ada yg sibuk dgn aktiviti lain. Seronoknya masa tu. Sekarang kehidupan dh berubah. I'm not single. Dah ada suami & anak. Alhamdulillah. Syukur padaMU.
Hmmmm, tp bila teringatkan blk kenangan nie rasa sedih la plak. Kehidupan ina lps kawin mmg berubah 100%. Lagi2 bila dh duduk kt tempat lain. Kalau kawin & duduk kt Muar lg mungkin x byk sgt perubahan yg ina lalui. Masih bekerja & ramai kawan. Kita hanya merancang, tp semuanya ketentuan Allah. Buat masa skrg ina dh x keje. Jadi fulltime housewife. Mmg seronok jd fulltime housewife nie. Berkhidmat utk suami, anak & rumahtangga. Besar pahalanya. Yg x bestnya x de kawan utk berbual, bergosip dll. Mcm dulu2. Hubby pun ada suruh ina apply keje blk sbb baby zara pun dh besar. Ina pun rasa dh tiba masanya utk ina keje blk. Tp bila tgk muka baby zara, rasa x sanggup nk tinggalkan baby zara kt baby sitter. Dgn erti kata sebenar x sanggup nk berpisah dgn baby zara. Ya la, bayangkan dari ina mengandung sampai la ke hari nie, baby zara sentiasa dgn ina. So bila nk tinggal baby zara utk bekerja x sanggup rasanya. huhuhuhu.... Kalau blh ina nk bekerja dari rumah. So skrg nie ina tgh fikir biz apa yg blh ina buat dari rumah & biz tu mesti berpanjangan & berterusan. Tapi dlm masa yg sama ina pun kena apply keje jgk. Mana tau ada rezeki utk bekerja di luar. Ina perlu berkorban. Byk komitmen ina yg masih belum selesai. Mudah2an Allah buka pintu rezeki utk ina. AMIN
No comments:
Post a Comment