Tuesday, 27 August 2013

Puding Roti Kurma


Puding Roti Kurma
Assalamualaikum....

Nie dessert utk baby zara yg ina buat hari ahad lepas. Puding roti kurma. Kali nie ina buat ina campur fresh milk yg ina beli kt Jusco. Jenama Farm Fresh. Mula2 sapu roti dgn unsalted butter. Lps tu rendam roti dlm susu. Ina cuma guna sekeping je roti. Biar sehingga roti kembang. Kemudian tabur kurma yg telah dipotong kt atas roti. Akhir sekali parut sedikit cheese & tabur di atas roti jugak. Ok, dh siap. Kukus selama 15 minit. Nk bakar pun blh jgk. Alhamdulillah, habis baby zara mkn. Lps nie blh buat lg utk baby zara. Stok roti pun ada lg. Skrg nie pun baby zara suka mkn roti. Tp kalau biarkan dia mkn sendiri, alamatnya byk la roti yg bersepah kt lantai dari masuk dlm mulut dia. Itu la gelagat baby zara skrg. Hmmmmm, dh besar anak dara ina. Dh sethn sebulan. Dh blh plan utk bg adik kt baby zara. (^________^)
Sebelum kukus. So yummy....

Sayur Campur Goreng


Sayur Campur Goreng
Assalamualaikum....

Baby zara tgh tido. So skrg nie la masa utk ina update blog. Hari nie mula2 nak cite pasal makanan baby zara. Byk gmbr makanan baby zara yg belum ina post kt blog. Tertangguh bila malas nk update blog. huhuhu... Insyaallah, ina akan cuba post dlm blog mana yg tertangguh tu. Ok la. Nie menu utk mkn tgh hari semalam. Ina buatkan baby zara sayur campur goreng. Selalu buat sup, so semlm tukar menu sikit. Bahan2 utk sayur campur goreng ialah:


  • brokoli
  • carrot
  • bunga kobis
  • kacang buncis
  • telur
  • bawang besar
  • unsalted butter

Mula2 kukus semua sayur. Ina kukus supaya sayur cpt lembut. Kemudian panaskan unsalted butter dlm kuali. Lps tu masukkan bawang. Masak hingga naik bau. Masukkan semua sayur. Kemudian masukkan telur. Kacau supaya telur sebati dgn sayur. Biarkan sehingga telur masak. Ok, dah siap. 

Monday, 26 August 2013

Roti Telur & Susu Kurma Untuk Baby Zara

Breakfast for my little princess
Assalamualaikum.....

Pagi td baby zara bgn awal. Dlm pukul 10 pg mcm tu. Selalunya baby zara bangun pukul 11 lebih. So ina buatkan breakfast utk baby zara. Kalau baby zara bgn lewat ina bg baby zara biskut dulu sementara nk mkn nasi. Disebabkan baby zara bgn awal pg td ina buatkan baby zara roti telur. Lps mandikan baby zara ina pun masuk dapur. Sekeping je ina buat. Lebih separuh jgk la baby zara mkn. Nk buat roti telur nie senang je. Bahan yg ina gunakan unsalted butter, roti gardenia & telur. Mula2 panaskan kuali dgn unsalted butter. Lps tu sapu roti dgn telur. Bakar atas non stick pan. Dah siap. Lps tu ina buatkan baby zara susu yg dicampur dgn kurma. Ina guna fresh milk jenama Farm Fresh. Alhamdulillah, baby zara suka minum nampaknya. Habis dia minum. Sebelum nie ina pernah bg baby zara fresh milk yg dicampur kurma jgk. Tp sikit je dia minum. Mungkin baby zara x suka lg masa tu. Skrg baby zara dh suka minum fresh milk. So lps nie kena beli fresh milk selalu la jawabnya. Harap2 berat baby zara bertambah byk lps nie. (^______^)
Roti Telur
Susu Kurma

Hatiku Berbelah Bahagi

Assalamualaikum.....

Memandangkan baby zara tgh diulit mimpi lg, blh la ina update blog lg. Bulan nie rasa mcm malas je nk update blog. X de mood. Nie pun gagahkan diri jgk. Kita masih lg dlm bulan Syawal, tp ina & zara x beraya ke mana sgt. Ahad lps pegi umah sepupu hubby. Lps tu hari sabtu baru nie pegi umah sepupu ina kt Klang. Hari ahad semalam x ke mana. Teringat masa ina bujang dulu. Masa tu duduk kt Muar dgn family. Keje pun kt sana. Setiap hari masa bulan syawal ada je open house. Yg buat open house ofismate. Termasuk la ina. So setiap hari waktu rehat je ina akan pegi open house ofismate ina. Mmg sebulan tu x pyh keluar duit utk lunch. hihihi... Pernah sekali tu sampai dh abis syawal pun ada yg buat open house lg sbb x cukup hari utk buat open house. Sampai mcm tu seklali. Biasanya kita org buat open house hari bekerja sbb kwn2 dpt dtg. Kalau hujung minggu ada yg sibuk dgn aktiviti lain. Seronoknya masa tu. Sekarang kehidupan dh berubah. I'm not single. Dah ada suami & anak. Alhamdulillah. Syukur padaMU. 

Hmmmm, tp bila teringatkan blk kenangan nie rasa sedih la plak. Kehidupan ina lps kawin mmg berubah 100%. Lagi2 bila dh duduk kt tempat lain. Kalau kawin & duduk kt Muar lg mungkin x byk sgt perubahan yg ina lalui. Masih bekerja & ramai kawan. Kita hanya merancang, tp semuanya ketentuan Allah. Buat masa skrg ina dh x keje. Jadi fulltime housewife. Mmg seronok jd fulltime housewife nie. Berkhidmat utk suami, anak & rumahtangga. Besar pahalanya. Yg x bestnya x de kawan utk berbual, bergosip dll. Mcm dulu2. Hubby pun ada suruh ina apply keje blk sbb baby zara pun dh besar. Ina pun rasa dh tiba masanya utk ina keje blk. Tp bila tgk muka baby zara, rasa x sanggup nk tinggalkan baby zara kt baby sitter. Dgn erti kata sebenar x sanggup nk berpisah dgn baby zara. Ya la, bayangkan dari ina mengandung sampai la ke hari nie, baby zara sentiasa dgn ina. So bila nk tinggal baby zara utk bekerja x sanggup rasanya. huhuhuhu.... Kalau blh ina nk bekerja dari rumah. So skrg nie ina tgh fikir biz apa yg blh ina buat dari rumah & biz tu mesti berpanjangan & berterusan. Tapi dlm masa yg sama ina pun kena apply keje jgk. Mana tau ada rezeki utk bekerja di luar. Ina perlu berkorban. Byk komitmen ina yg masih belum selesai. Mudah2an Allah buka pintu rezeki utk ina. AMIN

Gulai Kepala Ikan By Mr Hubby


Gulai Kepala Ikan Tongkol
Assalamualaikum....

Nie la lauk utk dinner kami suami isteri mlm td. En suami @ hubby masak guali kepala ikan tongkol. Sebenarnya masakan hubby ina nie mmg blh tahan sedapnya. Kalau mood masak dia dtg, dia yg akan masak. So mlm td hubby masak gulai kepala ikan tongkol. Mmg bertambah kami suami isteri mkn nasi. hihihi... Mlm td dlm gulai hubby letak terung bulat. Selalunya kalau buat gulai hubby letak bendi. Ina nie kalau terung ina x mkn. Entah. X teringin nak mkn terung. So ina mkn la kuah, ikan & tomato. Lauk lain plak sayur campur, ayam goreng & sambal tempoyak. Yg nie ina yg masak & buat. Hubby ckp ayam goreng ina sedap walaupun ayam goreng biasa je. X tau tang mana sedapnya. hihihi... Sambal tempoyak tu saje je ina buat bg tambah kepedasan dlm makanan walaupun gulai tu pedas. Tapi x de la pedas sangat. Nk mkn dgn ulam, ulam x de. So mkn mcm tu je la. Nk buat sambal tempoyak nie senang je. Cuma tumbuk beberapa biji cili api. Kemudian letak tempoyak. Dh siap. Oh ya, utk zara ina buatkan sup sayur campur bersama isi ayam. Tp lupa plak nk amik gambar. Apa2 pun jom layan gambar kt bawah. Terima kasih hubby sayang sbb masak gulai mlm td. Love you so much. 

Lauk utk dinner kami
Sambal Tempoyak

Thursday, 22 August 2013

Kemalangan Bas Terburuk Di Malaysia

PASUKAN Bomba dan Penyelamat bersama Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat mangsa kemalangan bas jatuh gaung di Genting Highland, semalam.
37 MAUT, 16 CEDERA

Genting Highlands: Seramai 37 terbunuh termasuk pemandu apabila sebuah bas yang membawa 53 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam gaung, di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang semalam. 

Seramai 16 penumpang cedera, kebanyakannya parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong.

Tragedi itu adalah kemalangan jalan raya terburuk dengan jumlah mangsa paling banyak terkorban di negara ini.

Dalam kejadian jam 2.22 petang itu, bas syarikat Genting Transport yang dalam perjalanan membawa penumpang ke stesen Hentian Pekeliling di ibu negara, dilaporkan gagal dikawal ketika menuruni bukit di laluan sehala, lalu terbabas dan terhumban ke gaung sedalam 67 meter.

Selepas terhumban, bas tersangkut pada pokok, manakala ada penumpang yang tercampak keluar dan ditemui di celah pokok. Menurut seorang penumpang yang cedera, Nur Fathia Jaafar, 21, bas dipandu melebihi had laju sebelum merempuh penghadang jalan dan berpusing dan terhumban ke dalam gaung.

Rempuh penghadang jalan

Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soimon Jahid, mengesahkan bas merempuh penghadang jalan sebelum terhumban.

“Berdasarkan siasatan di lokasi, sebahagian besar penumpang tercampak keluar, manakala sebahagian lagi ditemui terperangkap dan tersepit dalam bas.

“Pasukan penyelamat dari Balai Bomba Genting yang tiba di lokasi pada jam 2.30 petang mengesan sebahagian penumpang yang masih hidup di kawasan kejadian sebelum memulakan operasi menyelamat membawa mangsa naik ke jalan raya," katanya ketika di temui di lokasi kejadian malam tadi.

Hanya 49 tiket dijual

Katanya, hasil perancangan teliti semua agensi keselamatan yang terbabit, operasi menyelamat digerakkan sebelum 16 mangsa yang hidup dapat dibawa naik dan dihantar ke hospital.

“Sehingga jam 8 malam, pasukan penyelamat menemui 37 mayat. Kita belum dapat mengesan jumlah sebenar penumpang kerana hanya 49 tiket disahkan dijual untuk perjalanan berkenaan," katanya.

Operasi menyelamat dan membawa keluar semua mayat dilakukan lebih 450 pegawai dan anggota Bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela dan kakitangan Genting Highlands Resort (GHR).

Turut meninjau operasi menyelamat adalah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Wednesday, 21 August 2013

Cerita Raya Di Bulan Syawal

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, hari nie dh masuk hari ke 14 kita menyambut Syawal. Hari nie jugak la ina baru sempat @ baru ada mood nk update blog. First entry utk bulan Ogos. Sebenarnya ina ada je masa utk update blog lps blk beraya dari kg Grik & Muar hari rabu lps. Tapi mood nk update blog tu x de. Penyakit 'M' duk bersarang dlm diri. So hari nie baru terasa nk update blog. Rasanya masih belum terlambat utk ina ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Cerita pasal raya nie, thn nie ina beraya di kg hubby kt Grik, Perak. Kita org bertolak blk Grik hari rabu ptg. Sehari sebelum raya. Plan asal nk blk pagi rabu. Tp tiba2 kereta hubby ada masalah. So pegi la kedai utk check & repair. Tunggu punya tunggu dlm pukul 4 lebih baru siap. Hmmmm, dh last minute jadi mcm nie. Apa2 pun ina bersyukur sgt sbb kami masih belum mulakan perjalanan blk ke kg. Cuba bayangkan kalau masa tgh on da way tu kereta rosak. Lg haru biru dibuatnya. Tp yg x best tu melayang jgk la RM500 lebih utk baiki kereta. huhuhu.... Bkn rezeki kami agaknya. Rezeki kereta. Insyaallah, mudah2an ada hikmah di sebalik apa yg berlaku. Amin....

So lps dh settle semuanya, pukul 6 kami bertolak dari Rawang. Dlm hati berharap sgt jln x jam. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar. Mungkin sbb ramai org dh bertolak blk ke kg sejak cuti sekolah. Sepanjang perjalanan ina buka radio. Layan lagu raya. Mmg syahdu. Sambil2 tu ada jgk info pasal lalulintas di highway. So bila je dgr ada kesesakan kt highway kita org pun ikut jalan lama. Ok je ikut jalan lama nie. X byk sgt kereta. Masa tu kt Gopeng rasannya. Sekali sebelum sampai Behrang, kita org terserempak dgn kemalangan maut melibatkan 2 ke 3 kereta mcm tu. Allahuakhbar. Masa tu dh nk maghrib. Rasanya br berlaku sbb mayat masih di tepi jalan. Ada 2 mayat. Mmg teruk keadaan kereta mangsa. Tercabut bumbung & remuk. X tau mcm mana blh accident sbb jln mmg lengang & x byk kereta. Mungkin kereta dipandu laju. Kita org x berhenti pun. Cuma tgk dari dlm kereta masa lalu kt tmpt kejadian. 

Alhamdulillah, kami sampai kt Grik pukul 10 lebih. Sampai tu terus pegi bazar raya. Hubby nk beli kopiah & butang baju melayu. Sbbnya tertinggal kt rumah. Hmmm, ina pun blh x check semua tu sbb selalunya hubby yg kemas brg2 dia. Ina just masukkan dlm beg. Salah ina jgk sbb x check semua tu. Masa pegi bazar, ramai sgt org. Ya la. Org duk tunggu peniaga lelong kuih raya. Hmmm, byk jgk la kuih raya yg dijual. Ada yg dh dijual murah. Lps dh siap beli, br blk rumah mak mertua. Sampai rumah mak mertua dlm pukul 11 lebih. Mak tgh masak rendang masa tu. Oh ya, hubby ada beli lemang masa on da way nk blk rumah. Sebatang RM10. Nasib baik ok lemangnya. Sbb mak mertua cite, mak beli lemang x masak. Last2 pulang blk sbb x masak. Biasa la org berniaga. Lg2 kalau org yg x prnh buat lemang, tiba2 nk jual lemang. Hmmmm, x tau la apa rasa lemang tu. Oh ya, ina ada suap lemang kt zara. Hmmmmm, sukanya zara mkn lemang. Mungkin sbb rasa lemak2. Tp ina x de la suap byk. Sikit2 je. Buat2 rasa kata org tua.

Raya thn nie ina rasa biasa je. Mcm x meriah pun ada. Sampai gmbr raya ina dgn hubby & zara pun x de. Padahal baju kita org dh sedondon. Mmg frust sgt. Ingatkan lps blk dari solat raya blh la amik gmbr. Sekali x de sapa nk amikkan gmbr. Ada adik ipar lelaki tp semua keluar beraya. Hubby plak sibuk duk masak bihun tom yam kt dapur. Ina plak tidokan zara sbb zara bgn awal. Last2 sampai sudah kita org x bergambar langsung. Sedih sgt2. Ina cuma amik gmbr zara berbaju kurung. Raya pertama tu pun x ke mana. Duk kt rumah je. X ramai pun org dtg rumah. Kwn2 adik ipar. Tu je. Esknya, raya ke 2 kita org blk Baling. Rumah mak cik ina. Lps tu pegi rumah Cu & Pak Long. Pukul 12 lebih br blk rumah. Br terasa pegi beraya. Raya ke 3 pun x pegi mana2. Hubby kena cirit birit sbb mkn daging byk sgt kot. Mlm pegi rumah mak cik hubby kt Lawin. Sepupu hubby nikah. Raya ke 4 pegi rumah mak cik hubby lg utk majlis kenduri kahwin. Pegi pun x lama. Lps mkn terus pegi raya rumah mak angkat adik ipar kt Lenggong. So nie la rutin ina sepanjang raya kt Grik.

Esknya, raya ke 5 hari isnin kita org blk Rawang. Pukul 1.30 ptg dari Grik. Ingatkan blk hari isnin highway x sesak. Sekali sesak rupanya. Hmmmm, mmg penat duk dlm kereta. Tu pun kita org ada lalu jln biasa jgk. Berhenti pun utk solat & pegi toilet. Nasib baik zara x meragam. Nk tau kita org sampai rumah pukul berapa? Pukul 10 mlm br sampai Rawang ok. Fuhhhh, 8 jam perjalanan dari Grik ke Rawang. Sepatutnya dlm 4 jam lebih je. Pagi esknya kemas2 brg nk blk Muar plak. Sepatutnya blk Muar hari khamis. Sekali blk Rawang air x de. Meter air kena cabut sbb x byr maintenance. Owner rumah yg ina sewa x byr maintenance. Tu yg dia org cabut meter air. Bil air mmg kita org x pernah byr sbb free. Nasib baik la ina ada simpan air kt dlm botol. Blh la guna utk basuh2 muka. Blk je Muar terus pegi rumah nyaei. Raya kt rumah nyaei dulu. Lps tu rumah pak uda & pak ngah. Mlm br blk Muar. Rumah mak abah ina. Esknya raya rumah mak dak. Mkn tgh hari kt sana. Mlm raya rumah cik Ira. Mlm tu jgk kita org blk Rawang sbb hubby dh start kelas esknya. Mmg sekejap blk Muar. Frust jgk la sbb byk lg rumah yg ina nk beraya sebenarnya. Tp semua tu angan2 je la nmpknya. Sbb tu la ina ckp raya thn nie x meriah. huhuhuhu.... mood: sedih :(

Next Previous
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...